Jumaat, 18 Ogos 2017

Charlie's Cafe Menjadi Tular Kerana Benarkan Pelanggan Memberi Makan Kepada Golongan Miskin


Anda mungkin pernah mendengar mengenai Charlie's Cafe - kedai makan Malaysia yang bukan saja dikenali kerana menyajikan makanan yang sungguh enak (terutama Fried Chicken Chop mereka yang istimewa) tetapi juga kerana membantu mereka yang kelaparan. 

Pengasas Charlie's Cafe, Desonny Tuzan (Sonny), percaya bahawa apabila menyediakan makanan, setiap orang harus ada bahagiannya, dan itu termasuklah mereka yang miskin yang mungkin tidak mampu mendapatkan hidangan mereka. Dan di situlah sistem "Bayar Ke Hadapan" (Pay It Forward) berfungsi.

"Bayar Ke Hadapan" adalah sistem di mana pelanggan-pelanggan yang bermurah hati boleh membeli baucar RM5 dan menyumbangkannya untuk mereka yang kurang bernasib baik.

"Pelanggan-pelanggan mempunyai pilihan untuk menyumbang RM5, yang mendapatkan mereka baucar. Kami menggunakan baucar RM5 itu untuk menyediakan hidangan dan menghantarkannya kepada orang-orang yang akan memberikannya kepada orang-orang di jalanan. Rakan kongsi kami yang paling konsisten pada masa ini adalah Robin Hood Army. Mereka mengambil makanan daripada kami pada hari Isnin dua minggu sekali, dan mereka menghantarkannya keluar," Sonny memberitahu Uppre.

Para pelanggan juga boleh memilih cara meletakkan baucar mereka di dinding kafe itu. Dengan cara demikian, mereka yang mengunjungi Charlie's Cafe yang tidak mencukupi wang boleh menggunakan baucar-baucar itu untuk mengisi perut mereka. 

"Kami kadangkala juga menjadi tuan rumah untuk orang makan di sini - orang-orang dari rumah anak yatim, pusat perlindungan dan semua itu. Sekurang-kurangnya mereka ada tempat untuk datang dan makan," tambah Sonny. 


Selain daripada Fried Chicken Chop dengan Salted Egg Gravy istimewa mereka, kita juga harus sebutkan hidangan pencuci mulut mereka yang sedap. Sebagai contohnya adalah UFO Tart istimewa mereka dan aiskrim durian soft serve yang diperbuat daripada durian yang sebenar. 

Berikut adalah maklumat mengenai Charlie's Cafe: 

Alamat: 29, Jalan Bukit Desa 5, Taman Bukit Desa, 58100 Kuala Lumpur

Masa Dibuka: Isnin - Sabtu, 11 pagi ke 10 malam (Tutup pada hari Ahad)

Telefon: 012-8160003

Untuk maklumat tambahan, jenguklah laman Facebook mereka atau ikut mereka di Instagram.

(Diterjemah daripada artikel Hype bertajuk, "Charlie's Cafe Goes Viral For Allowing Patrons To Feed The Poor" yang ditulis oleh Justin bertarikh 15 Ogos 2017)