Memaparkan catatan dengan label Tokoh Gimnastik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh Gimnastik. Papar semua catatan

Isnin, 8 Ogos 2016

Kesaksian Olimpik - Iman Laurie Hernandez ("The Human Emoji")


Laurie Hernandez
("The Human Emoji")
Laurie Hernandez, yang digelar "The Human Emoji," (kerana wajah dan persembahannya yang penuh ekspresi) adalah ahli gimnastik Amerika Syarikat berbangsa Hispanic (berbahasa Sepanyol) yang pertama untuk melayakkan diri ke Kejohanan Olimpik dalam lebih 30 tahun. 

Dia berkata dia mengendalikan tekanan dengan berdoa. "Biasanya sebelum saya memberi salam hormat kepada hakim, saya akan sempat membawa acara itu dalam doa dan itu benar-benar memberi saya ketenangan. Untuk sebab tertentu, apabila saya lakukan itu, saya dapat berfikir dengan jelas dan saya dapat menenangkan diri sejurus sebelum saya bertanding."

Kesaksian Olimpik - Iman Gabby Douglas


"Grace, Gold & Glory: My Leap
of Faith" - kisah hidup Douglas
Christianity Today menemuramah Gabby Douglas berikutan Olimpik 2012, di mana dia telah menjadi ahli gimnastik Amerika Syarikat berkulit hitam pertama untuk memenangi emas dalam pertandingan individu keseluruhan. Dia menceritakan kerjayanya dan iman Kristiannya dalam buku Grace, Gold & Glory: My Leap of Faith. Douglas menceritakan bagaimana dia berpegang pada iman semasa Kejohanan itu: "Saya membawa Alkitab saya bersama, kadang-kala dua Alkitab, semasa dalam perjalanan.... 

Khamis, 21 Julai 2016

Shawn Johnson Berkongsi Kisah Sedih Di Sebalik Kemenangan Di Olimpik Beijing 2008


Ahli gimnastik Shawn Johnson telah berkongsi dengan jujur mengenai ketakutan akan kegagalan yang mencengkamnya yang hampir-hampir melemaskannya di kejohanan Olimpik Beijing 2008 dan bagaimana akhirnya dia mendapat kebebasan daripada rasa bersalah dalam satu filem baru siri White Chair yang telah diterbitkan di IAmSecond.com.

Rabu, 8 Ogos 2012

Gabby Douglas Juara Gimnastik Olimpik Menghantar Tweet Ayat Alkitab

Gabby Douglas menunjukkan emas acara
individu all-alround (acara keseluruhan)
yang dimenanginya (2 Ogos 2012)
Gabby Douglas telah muncul sebagai bintang baru gimnastik wanita Amerika Syarikat apabila dia memenangi dua pingat emas, satu untuk acara berpasukan gimnastik bersama empat rakan sepasukannya dan satu emas lagi untuk acara individu all-around (acara keseluruhan) dalam gimnastik wanita di Olimpik London beberapa hari lalu. Persembahannya yang bergaya dan mantap telah menarik perhatian para peminat sukan Olimpik London 2012.

Gabby Douglas, wajah baru gimnastik wanita, mungkin sedang menerima mesej tweet dari senarai selebriti ternama merangkumi dari Oprah ke Justin Bieber (dan jaguh Olimpik terhebat sepanjang waktu Michael Phelps, yang telah mengatakan bahawa dia telah menonton persembahan Gabby dari kolam renang), tetapi sebelum datangnya tweet daripada senarai ternama Hollywood, ialah mesej tweet tentang ayat Alkitab dan pengakuan iman.