Disiplin adalah sisi di sebalik pemuridan. Pemuridan tanpa disiplin adalah seperti menunggu untuk berlari dalam maraton tanpa pernah berlatih. Dispilin tanpa pemuridan adalah seperti sentiasa berlatih tanpa pernah mengambil bahagian.
Memaparkan catatan dengan label Henri Nouwen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Henri Nouwen. Papar semua catatan
Isnin, 27 Februari 2017
Ahad, 12 Februari 2017
Kata-Kata Yang Menghidupkan Kita - Henri Nouwen
Apabila kita bercakap satu dengan lain, kita sering perkatakan apa yang telah terjadi, apa yang kita sedang lakukan, atau apa yang kita ingin lakukan. Seringkali kita berkata, "Apa sedang terjadi dalam hidupmu?" dan kita mendorong satu sama lain untuk menceritakan butir-butir kehidupan harian kita. Tetapi seringkali apa yang kita ingin dengar adalah sesuatu yang lain. Kita ingin mendengar, "Aku sedang memikirkan kamu hari ini." atau "Aku merinduimu," atau "Aku kepingin kamu ada di sini," atau "Aku sangat mengasihimu." Bukan selalunya mudah untuk mengucapkan kata-kata itu, tetapi kata-kata seperti itu dapat menguatkan pertalian antara kita.
Sabtu, 11 Februari 2017
Kata-Kata Yang Mencipta - Henri Nouwen
Kata-kata. Kata-kata. Dan kata-kata. Masyarakat kita penuh dengan kata-kata: di papan kenyataan, di skrin televisyen, di akhbar-akhbar dan buku-buku. Kata-kata yang dibisik, dijerit dan dinyanyikan. Kata-kata yang bergerak, menari, dan berubah dalam saiz dan warna. Kata-kata yang menyatakan, "Rasalah aku, hidulah aku, makanlah aku, minumlah aku," tetapi yang terutamanya, "belilah aku." Dengan begitu banyak kata-kata di sekeliling kita, kita akan katakan dengan cepat, "Ah, itu hanya kata-kata." Dengan itu kata-kata telah kehilangan banyak kuasanya.
Langgan:
Catatan (Atom)


