Memaparkan catatan dengan label Pertaubatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pertaubatan. Papar semua catatan

Khamis, 16 Ogos 2018

Brittni De La Mora - Dari Bintang Porno Ke Hidup Baharu


"Di tapak penggambaran porno pertama saya, kami memilih nama pentas saya, dan itu adalah Jenna Presley. Dan sejak dari masa itu, saya menjadi sangat terkenal dengan sangat cepat."

Brittni De La Mora hanya berusia 18 tahun ketika dia membintangi filem lucah pertamanya dan melancarkan kerjaya tujuh tahun dalam industri filem hiburan dewasa. Inilah kisahnya diterjemahkan daripada video CBN:

Jumaat, 6 Julai 2018

Kisah Mantan Yakuza Bertaubat Dan Jadi Pendeta



Tatsuya Shindo (44) adalah mantan gengster Jepun atau kelompok yang biasa disebut Yakuza. Kini, Shindo telah berbalik dari dunia kelam itu dan memilih untuk berdiri di atas mimbar dan menyampaikan khutbah kepada ratusan anggota jemaat gereja yang hadir.

Rabu, 27 Julai 2016

Samseng Insaf, Jadi Pendakwah Kristian Diberi Pengampunan


Lelaki itu dipenjarakan kerana memiliki senjata api pada 1988 membuka lembaran baharu selepas menemui Tuhan dalam penjara, dan dibebaskan selepas tiga dekad dalam penjara.

Selasa, 19 Mei 2015

Kesaksian Teddy Hung, Bekas Ketua Kongsi Gelap Hong Kong

Teddy Hung, bekas ketua kongsi gelap 14K di Hong Kong

Bekas ketua kongsi gelap 14K, kongsi gelap kedua terbesar di dunia dengan 25,000 ahli di sekeliling dunia - Teddy Hung Hon-yee telah menjadi kaya melalui kegiatannya menjalankan bilik-bilik perjudian, bar, kasino dan perjudian online. Berikut ialah kesaksiannya mengenai perjalanannya dari kegelapan kepada iman yang menerangi hidupnya kini. 

Isnin, 11 Mei 2015

Andrew Chan Menyanyikan "10,000 Reasons" Ketika Ditembak Mati, Balunya Memberitahu Jemaat Semasa Pengkebumian

Febyanti Herewila diberi kata-kata sokongan dari kawan dan keluarga selepas selesainya
kebaktian pengkebumian Andrew Chan (Gambar AAP/Dan Himbrechts)

Pengkebumian penyeludup dadah ke Bali yang telah menjalani hukuman mati, Andrew Chan yang telah menjadi Kristian di penjara dan telah melayani sebagai pastor kepada para tahanan lain, telah diadakan di Hillsong Church di Sydney dalam suasana penuh emosi.

Rabu, 6 Mei 2015

"Ikatkan Sehelai Riben Kuning Bagiku Di Pohon Beringin"



Pada tahun 1971 New York Post telah menulis kisah benar seorang pemuda di kota kecil White Oak, Georgia, USA. Pemuda ini menikahi seorang wanita cantik dan baik, sayangnya dia tidak pernah menghargai isterinya. Dia tidak menjadi seorang suami yang baik. Dia sering pulang malam dalam keadaan mabuk, lalu memukuli anak dan isterinya.

Selasa, 5 Mei 2015

Kesaksian Dari Penjara Kerobokan - Oleh Andrew Chan


6 Mac 2015 - Berikut ini adalah transkrip kesaksian Andrew Chan dari Penjara Kerobokan - ianya telah diberikan kepadaku oleh seorang Pastor yang merupakan kawanku. Andrew telah memberi keizinan untuk dikongsikan kesaksian ini. 

"Saya membesar dalam keluarga berugama Buddha jadi saya tidak beberapa tahu mengenai agama Kristian. Pada hari saya telah ditahan di Lapangan Terbang Bali pada 17 April 2005. Saya dibawa keluar dari kapal terbang dan setelah diperiksa dan soal-siasat pertama di lapangan terbang saya telah dibawa ke Balai Polis. Mereka mencampak saya ke dalam bilik sel seorang diri dan menjerit-jerit kepadaku. Saya berfikir mereka akan membunuh saya. 

Jumaat, 1 Mei 2015

Inilah Kata Terakhir Andrew Chan Sebelum Ditembak Pasukan Penembak

Andrew Chan (Gambar Kompas,com)

TRIBUN-BALI.COM, DENPASAR - Sepuluh tahun Andrew Chan ditahan di Lapas Kerobokan Bali, tepatnya pada 2005 yang lalu.

Selama 10 tahun itu pulalah Andrew banyak mempunyai sahabat-sahabat dekat. Satu di antaranya ialah M.A. Mirdjaja, yang seorang tokoh rohani. 

Mengapa Mereka Bernyanyi Ketika Di Hadapan Hukuman Mati?


Wahyu 'wepe' Pramudya
Oleh Wahyu 'wepe' Pramudya:

“Mengapa mereka bernyanyi ketika di hadapan hukuman mati, Pak Pendeta?” demikian bunyi sebuah pesan di inbox akaun facebook saya.” Apakah Pak Pendeta tahu lagu Amazing Grace yang mereka nyanyikan di hadapan para penembak yang mengarahkan senjata api pada mereka?”


Khamis, 30 April 2015

Mesej Teks Dari Salah Seorang Tahanan "Bali Nine" Sebelum Menjalani Hukuman Tembak Mati

Andrew Chan  (Gambar AAP)

Dari bilik selnya untuk banduan yang dihukum mati, Andrew Chan salah seorang warga Australia yang telah menjalani hukuman mati di Indonesia hari ini atas tuduhan mengedar dadah, telah sebelum ini bertukar-tukar mesej dengan seorang wartawan Australia mengenai dadah, liga ragbi, penyesalan, keinsafan dan akhirnya penebusan, dalam menemukan Tuhan dan juga mengasaskan sebuah rumah anak yatim sebelum hukuman matinya dilaksanakan oleh pasukan penembak pada awal pagi ini.

Dalam laporan yang diterbitkan oleh Daily Telegraph, banduan yang menanti hukuman mati itu telah berhubung dengan wartawan Phil Rothfield beberapa  bulan lalu.