Memaparkan catatan dengan label Paskah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Paskah. Papar semua catatan

Rabu, 27 Mac 2024

Keldai Dengan Salibnya


Keldai adalah satu-satunya haiwan di dunia dengan salib di belakangnya. Pada Ahad Palma, Yesus memasuki Yerusalem dengan salib, di atas keldai, dan dia meninggalkan Yerusalem di atas salib. Kebetulan? Saya tidak fikir begitu.

- Sid Miller

Isnin, 18 April 2022

Easter Bukan Berasal Daripada Nama Dewi Kuno Mesopotamia


Hantaran-hantaran media sosial mengatakan Easter berasal daripada Ishtar, nama dewi Assyria untuk seks dan kesuburan - satu dakwaan yang dibangkitkan semula setiap tahun sekitar perayaan Kristian ini. Tetapi para pakar menolak gagasan ini dan mengatakan bahawa Easter difikirkan berasal daripada perkataan yang bermakna Timur (East) dan subuh, atau, kurang mungkin, dari nama suatu dewi Anglo-Saxon, Eostre.

Jumaat, 8 April 2022

Perjalanan Salib & Kebangkitan


Zaman berganti zaman, peristiwa Penyaliban dan Kebangkitan Yesus merupakan satu peristiwa Agung yang di peringati di seluruh dunia. Satu peristiwa yang berkait dengan setiap kehidupan manusia yang ada di permukaan bumi ini.

Jumaat, 10 April 2020

J. Lee Grady: "Orang-Orang Kristian Tak Harus Terima Gambaran Penyeksaan dan Penyaliban Yesus Yang Telah Ditapis"


Untuk memahami dan menyelami sepenuhnya pengorbanan besar yang Yesus lakukan untuk menyelamatkan manusia daripad dosa, orang-orang Kristian telah disarankan untuk merenungkan kesakitan yang amat sangat yang ditanggung oleh Yesus pada hari Dia dipaku ke kayu salib 2,000 tahun yang lalu. 

Khamis, 5 April 2018

Adakah Easter Berasal Dari Perayaan Pagan?


Sesiapa yang mendekati polemik anti Kristian akan dengan cepat berhadapan dengan dakwaan bahawa satu perayaan besar yang diamalkan oleh orang-orang Kristian di sekeliling dunia - yakni, Easter - adalah dipinjam dari atau telah mengambil alih satu perayaan pagan. Saya sering berhadapan gagasan ini di kalangan orang-orang Muslim yang mendakwa orang-orang Kristian yang terkemudian telah berkompromi dengan paganisme untuk melunturkan iman asal Yesus. 

Sabtu, 16 Disember 2017

Tiada Paskah Tanpa Kelahiran


Gereja awal merayakan kebangkitan Yesus sebagai detik utama bagi umat untuk mengungkapkan iman. Pada masa itu perayaan kelahiran Yesus belum menjadi perhatian utama Gereja. Tetapi kemudian menjadi perhatian Gereja pada abad ke 3 Masehi. Kesaksian akan hal tersebut diperoleh dari catatan St Clemens dari Alexandria (+150-210 Masehi). Dalam catatannya, dia menjelaskan bahawa ada usaha Gereja untuk menentukan bila tarikhnya kelahiran Yesus.

Khamis, 13 April 2017

Nubuatan-Nubuatan Yang Digenapi Sempena Penyaliban Yesus (Dalam Injil Matius)


Nubuatan-nubuatan Perjanjian Lama yang digenapi sempena penyaliban Yesus dalam Injil Matius:

Seorang kawan karib akan mengkhianatinya (Mazmur 41:9)
Yudas mengkhianati Yesus (Matius 10:4; 26:14-16, 23-25, 47-49)

Khamis, 17 April 2014

8 Cara Yesus Telah Menderita Untuk Anda


Oleh J. Lee Grady:

Banyak yang telah ditulis dalam Injil mengenai penyeksaan yang dialami Yesus dalam perjalanan ke Golgota dan kesakitan yang ditanggung-Nya semasa terpaku di kayu salib. Kita harus merenungkan penderitaan yang telah dialami Yesus jika kita ingin mengerti harga yang telah dibayar oleh-Nya untuk keselamatan kita.

Berikut lapan perkara yang kita harus renungkan dalam hari-hari menjelang Paskah: