Chariots of Fire adalah drama sukan bersejarah British yang diarahkan oleh Hugh Hudson, ditulis oleh Colin Welland dan diterbitkan oleh David Puttnam. Filem ini berdasarkan kisah benar dua atlet British di Olimpik 1924: Eric Liddell, seorang Kristian yang komited dari Scotland yang berlari untuk kemuliaan Tuhan, dan Harold Abrahams, seorang Yahudi Inggeris yang berlari untuk mengatasi prejudis.
Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan
Sabtu, 14 Oktober 2023
Sabtu, 18 Mac 2023
Ketika 'Jesus Revolution' Ditayangkan di Panggung, Produser Menceritakan 'Keajaiban Demi Keajaiban'
LOS ANGELES, California - Tahun 1970-an menyaksikan ramai orang
yang melakukan perjalanan ke California selatan untuk mencari kebenaran.
Kemudian sesuatu yang luar biasa terjadi: pastor dari sebuah gereja yang dalam
pergumulan membuka pintunya untuk seorang pengkhutbah jalanan yang karismatik
dan sejumlah anak-anak muda yang terus berdatangan. Hal ini menghasilkan salah
satu kebangkitan rohani terbesar dalam sejarah Amerika. Kisah tersebut kini
menjadi sebuah filem besar.
Ahad, 13 November 2022
Filem "JESUS" Dalam Beberapa Bahasa Di Malaysia
Filem "JESUS" kini telah diterjemahkan ke dalam lebih 2,000 bahasa.
Berikut senarai filem "JESUS" dalam beberapa bahasa di Malaysia:
Sabtu, 2 April 2022
Lee Strobel Menyiasat Mengenai Kehidupan Selepas Maut Dalam Buku "The Case For Heaven" Yang Kini Dijadikan Filem
Pengarang Kristian, Lee Strobel telah menjadikan misinya untuk mencari bukti kehidupan selepas maut selepas mengalami krisis kesihatan 10 tahun yang lalu yang telah membawanya ke ambang maut.
Dan misi penyiasatannya telah mendedahkan kes-kes yang mengejutkan yang menyakinkannya akan kebenaran pengalaman-pengalaman hampir maut dan bukti-bukti syurga dan bumi.
"Saya hampir mati 10 tahun yang lalu. Isteri saya menjumpai saya dalam keadaan pengsan. Dia memanggil ambulans. Saya masih ingat bangun di bilik kecemasan dan memandang kepada doktor, " Strobel memberitahu Faithwire, CBN. "Dia memandang saya dan berkata, 'Kamu satu langkah dari koma, dan dua langkah dari maut.'"
Strobel meneruskan, "Jadi saya bertahan di antara hidup dan maut di situ untuk beberapa waktu. Saya mengidap suatu keadaan yang jarang terjadi dipanggil hyponatremia, iaitu kejatuhan teruk tahap darah-sodium saya."
Pengarang "The Case for Christ" itu mengambil keputusan memulakan perjalanan mencari bukti yang menyokong gagasan bahawa wujud kehidupan selepas maut." Dia menceritakan perjalanan penyiasatannya dalam filem baru "The Case for Heaven" yang akan ditayangkan di pawagam pada 4-6 April menerusi Fathom Events (filem itu juga berdasarkan bukunya).
![]() |
| Lee Strobel dan bukunya, The Case for Heaven |
"Sebagai seorang Kristian, saya percaya akan kehidupan selepas maut, tetapi pada waktu yang sama saya memiliki sisi skeptikal saya," katanya. "Latarbelakang saya ialah kewartawanan dan perundangan, jadi saya cenderung mempersoalkan perkara-perkara."
Perjalanan itu menjadikan Strobel terkejut, khususnya mengenai data-data yang telah direkod dan dikaji dengan teliti mengenai pengalaman hampir maut.
"Saya betul-betul terkejut dengan bukti-bukti pengalaman hampir maut. Saya dulunya skeptikal mengenainya," katanya. "Saya fikir ianya hanya adalah kerana kekurangan oksigen dalam otak yang menyebabkan halusinasi atau yang seperti itu. Apa yang saya dapati ialah terdapat lebih daripada 900 kajian sarjana mengenai pengalaman hampir maut yang diterbitkan dalam jurnal sains dan prubatan sepanjang 50 tahun yang lepas."
Strobel berkata dia sepenuhnya sedar mengenai kisah-kisah palsu yang pernah orang ceritakan, oleh itu dia menumpukan fokusnya kepada dakwaan-dakwaan yang boleh dibuktikan, dengan menggunakan latarbelakangnya dalam kewartawanan dan perundangan untuk mengesahkannya.
"Saya mahu kes-kes di mana orang melihat atau mendengar perkara-perkara yang mereka tidak mungkin lihat atau dengar kecuali mereka mengalami pengalaman keluar dari tubuh yang tulen," katanya.
Pengarang itu berkongsi contoh kegemarannya mengenai seorang wanita bernama Maria yang mati di hospital sebelum dibangunkan semula. Dakwaannya selepas itu amat menarik sekali.
"Wanita itu berkata kemudian, 'Saya dalam keadaan sedar sepanjang waktu. Saya melihat usaha-usaha untuk membangunkan saya kembali yang mereka lakukan ke atas tubuh saya. Roh saya seperti sedang terapung-apung di bilik hospital itu, dan kemudian roh saya terapung keluar dari hospital,'" Strobel menceritakan kembali kisah itu. "Dan bila wanita itu dapat dibangunkan kembali, rohnya kembali ke dalam tubuhnya, dan dia berkata, 'Oh ya, ada satu belah kasut tenis lelaki di atas bumbung hospital, dan ianya berwarna biru tua, kasut sebelah kiri, dan sedikit kesan terpakai di tempat jari kelingking kaki dan tali-tali kasut itu terlipat di bawah kasut."
Keterangan yang kedengaran pelik itu disiasat, dan tentu saja, penerangan Maria mengenai kasut misteri di atas atap itu tepat sekali, meskipun hakikatnya dia dilaporkan tidak pernah secara fizakal melihat tempat itu.
"Dalam buku saya dan filem ini, kami merekodkan kes-kes ini," kata Strobel. "Dan saya fikir ianya luar biasa sekali."
Treler Filem "The Case For Heaven"
(Diterjemahkan daripada artikel CBN News, bertajuk, "'My Spirit Was... Floating': Woman Nearly Dies and What She Sees Before Being Revived Shocks Lee Strobel" yang ditulis oleh Billy Hallowell bertarikh 31 Mac 2022)
Jumaat, 4 September 2020
Jumaat, 10 April 2020
J. Lee Grady: "Orang-Orang Kristian Tak Harus Terima Gambaran Penyeksaan dan Penyaliban Yesus Yang Telah Ditapis"
Selasa, 7 Januari 2020
Filem Yesus Yang Pertama Dalam Bahasa Isyarat Bakal Menjangkau 70 Juta Orang Pekak Dengan Injil
Rabu, 16 Oktober 2019
Gal Gadot Akan Bintangi Filem Mengenai Wanita Kristian Yang Selamatkan 2,500 Kanak-Kanak Yahudi Dari Tangkapan Nazi
Gal Gadot akan kembali ke layar perak lagi tetapi kali ini dia akan memainkan peranan Wanita Menakjubkan yang lain - seorang aktivis Poland yang membahayakan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan 2,500 kanak-kanak Yahudi dari tangkapan Nazi.
Rabu, 12 Jun 2019
Gereja Orchard Road Melakukannya Lagi... Dengan Banner Bertema Durian
Sabtu, 1 Jun 2019
Bintang Aladdin, Naomi Scott: "Iman Saya Sebahagian Dari Siapa Diri Saya"
Naomi Scott, bintang filem Disney versi baru aksi hidup "Aladdin," berkata dia tidak tahu bagaimana menjalani hidupnya tanpa iman Kristiannya yang kuat.
Isnin, 12 November 2018
Pembikin Filem "War Room" Bakal Mengkagumkan Kita Dengan Projek Terbaru
Alex dan Stephen Kendrick, adik beradik yang telah memberikan kita War Room, Courageous, Fireproof dan Facing The Giants baru saja mengeluarkan treler projek terbaru mereka, Overcomer.
Khamis, 4 Oktober 2018
Netflix Umumkan Filem-Filem Dan Siri "Chronicles of Narnia"
Aslan akan kembali lagi.
Syarikat gergasi streaming, Netflix akan menghasilkan filem-filem dan siri baharu berdasarkan "The Chronicles of Narnia" oleh C.S. Lewis.
Isnin, 24 September 2018
5 Filem Kristian Yang Harus Ditonton Musim Luruh Ini (Sep - Dis)
Rabu, 20 Jun 2018
Chris Pratt Berkata Mengenai Tuhan Dalam Ucapan Menerima Anugerah MTV: "Tuhan Wujud Dan Mengasihimu"
Pelakon "Jurassic World" Chris Pratt menerima Anugerah Generasi di majlis Anugerah Filem & Televisyen MTV yang telah disiarkan pada malam Isnin dan menggunakan pentas itu untuk berkongsi sembilan butir nasihat yang lucu dan yang menawarkan panduan Kristian yang kuat.
Isnin, 9 April 2018
Jim Caviezel - Pengalamanku Berlakon Sebagai Yesus
![]() |
| Jim Caviezel berlakon sebagai Yesus dalam filem arahan Mel Gibson |
Jim Caviezel adalah aktor Hollywood yang dipilih oleh Mel
Gibson untuk melakonkan watak “Yesus” dalam filem “The Passion of the
Christ”. Selama proses pembuatan filem itu banyak hal yang dialami oleh Jim,
berikut adalah kesaksian dari mulutnya sendiri:
Rabu, 21 Februari 2018
Pelakon 'Black Panther' Letitia Wright Datang Kepada Yesus Setelah Lakonan Menjadi Idola Dalam Hidupnya
Letitia Wright semakin terkenal setelah membintangi filem besar "Black Panther," tetapi pelakon Kristian itu dulu pernah berehat daripada lakonan selepas menyedari bahawa kariernya sudah menjadi idola dalam hidupnya.
Khamis, 1 Februari 2018
Jim Caviezel: Filem Susulan 'Passion' Akan Jadi Filem Terbesar Dalam Sejarah
Rabu, 31 Januari 2018
Treler Rasmi Filem "Paul, Apostle of Christ" Sudah Dikeluarkan
Treler rasmi untuk filem baru "Paul. Apostle of Christ" sudah dikeluarkan. Filem itu yang akan tiba di pawagam di seluruh negara (Amerika Syarikat) pada 28 Mac, ialah filem penuh pertama untuk menceritakan kisah Rasul Paulus, dengan James Faulkner memainkan peranan utama sebagai Paulus, dan Jim Caviezel sebagai Lukas, peranan pertama Alkitabiahnya sejak memainkan peranan sebagai Yesus dalam filem tahun 2004 "The Passion of The Christ" yang memenangi anugerah.
Ahad, 21 Januari 2018
"The 15:17 To Paris" Filem Mengenai 3 Pemuda Amerika Yang Selamatkan Tren Dari Serangan Pengganas
Filem baru pengarah filem Clint Eastwood "The 15:17 to Paris" menceritakan kisah benar tiga warga berani Amerika dengan tindakan cepat mereka yang telah menjadikan mereka wira dalam perjalanan tren laju merentasi Eropah pada 21 Ogos 2015.
Sabtu, 6 Januari 2018
"Samson" Akan Ke Pawagam Mulai 16 Februari 2018 (Treler)
Langgan:
Catatan (Atom)




















