Sabtu, 18 Mac 2023

Ketika 'Jesus Revolution' Ditayangkan di Panggung, Produser Menceritakan 'Keajaiban Demi Keajaiban'


LOS ANGELES, California - Tahun 1970-an menyaksikan ramai orang yang melakukan perjalanan ke California selatan untuk mencari kebenaran. Kemudian sesuatu yang luar biasa terjadi: pastor dari sebuah gereja yang dalam pergumulan membuka pintunya untuk seorang pengkhutbah jalanan yang karismatik dan sejumlah anak-anak muda yang terus berdatangan. Hal ini menghasilkan salah satu kebangkitan rohani terbesar dalam sejarah Amerika. Kisah tersebut kini menjadi sebuah filem besar.

Jon Erwin adalah salah seorang dari pasangan pembuat filem The Erwin Brothers. Jon dan Andrew adalah pasangan yang menghasilkan filem terkenal I Can Only Imagine, Woodlawn, October Baby, dan Mom's Night Out. Namun, Jon menghabiskan selama tujuh tahun untuk mengangkat kisah yang sudah berusia lebih dari 50 tahun ke panggung dalam filem terbarunya, Jesus Revolution.

"Projek ini telah melalui banyak liku-liku. Ini adalah yang paling lama pernah saya kerjakan untuk sebuah filem," kata Jon kepada Studio 5 CBN News.

"Harapan saya adalah agar penonton menikmati filem ini. Dan kami ingin membuat anda ketawa dan menangis. Tetapi memang ada satu gerakan di sebalik penghasilan filem ini."

Jesus Movement yang bersejarah ini dimulai di Pantai Barat dan menyebar. Kebangkitan Kristian membuat orang-orang muda, yang sering disebut hipi, berpaling kepada Kristus.

Kebangkitan rohani yang terjadi di California Selatan pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an adalah apa yang disebut oleh Majalah Time sebagai "Revolusi Yesus." Namun hanya empat tahun sebelumnya, halaman depan majalah yang sama bertanya, "Adakah Tuhan Sudah Mati?"


Halaman depan majalah tersebut memberikan inspirasi kepada Jon untuk memulakan pembuatan filemnya, bahkan sebelum filemnya yang terkenal, I Can Only Imagine.

Sambil memegang kedua majalah tersebut di tangannya, Jon Erwin mengatakan kepada CBN News, "Saya membeli majalah ini tujuh tahun yang lalu, dan membaca artikel ini. Dan kemudian saya membeli yang ini juga. Muka depan pertama Time tanpa gambar. Dan itulah yang menjadi pertanyaan saya. Apa yang terjadi di antara kedua majalah ini? Pernyataan yang suram ini dan kemudian Yesus yang menjangkau golongan khayal ini. Dan sesuatu yang tidak dapat disangkal telah terjadi dalam masyarakat Amerika sehinggakan Majalah Time harus memberikannya pengiktirafan dengan sebuah cerita muka depan, seperti juga dilakukan oleh Majalah Life dan Majalah Look."

"Kemudian saya mula mengkajinya. Dan saya ingin berjumpa dengan orang-orang yang mengalaminya. Itulah permulaan akan hubungan saya dengan Greg Laurie."

Pastor Greg Laurie kini memimpin salah satu jemaat gereja terbesar di negara ini. Namun kisah iman dan kisah cintanya dimulai di dalam Jesus Movement pada tahun 1970-an. Dan keduanya itu ditampilkan dalam filem Erwin.

Studio 5 menemubual Laurie dan isterinya, Cathe, saat mereka berjalan di atas karpet merah pada tayangan perdana Jesus Revolution di Los Angeles.

Pastor Greg Laurie dan isterinya Cathe

"Orang mengenal saya sebagai orang yang lebih tua, dan menarik bagi mereka untuk diperkenalkan kepada kami pada waktu muda kami," kata Greg. "Ini adalah kisah kami, tetapi saya seperti sedang menonton kisah yang lain. Sebab ini adalah kisah penebusan. Dan kami seperti mewakili generasi anak muda yang sedang mencari."

Cathe Laurie menambah, "Saya menyedari betapa berkuasanya hal itu bagi saya. Ia sesuatu yang mengubah hidup saya. Semuanya terjadi dalam satu malam. Ia mengubah kegelapan kepada terang. Dan saya telah melihat hal itu terjadi dalam kehidupan orang lain, ketika mereka mengalami pertemuan dengan Kristus. Tetapi saya tidak pernah terfikir bahawa kisah kami, khususnya kisah saya, akan diceritakan dengan cara yang begitu indah."

Para pelakon yang memainkan watak utama dalam filem Jesus Revolution

Joel Courtney membawakan watak Greg Laurie dalam filem ini. Anna Grace Barlow membawakan watak Cathe Laurie dan Jonathan Roumie dari The Chosen melengkapi barisan pelakon sebagai pengkhutbah muda yang karismatik, Lonnie Frisbee.

Para pelakon ini berkongsi pendapat mereka mengenai apa yang mecetuskan kisah kebangkitan yang kini mereka bantu untuk sampaikan di layar perak.

"Budaya pada waktu itu berada dalam keadaan yang sangat terdesak. Saya berpendapat bahawa itulah yang menjadi dasar dari sebuah kebangkitan. Ia seperti domba yang tersesat," kata Courtney. "Keperluan, keinginan untuk membentuk semula diri anda. Dan tidak ada asas yang lebih baik daripada batu penjuru Kristus."

Roumie berkata, "Saya berpendapat bahawa sebagai manusia, kita terikat dengan beberapa perkara. Salah satunya adalah komuniti, hal yang kedua selepas Tuhan. Hubungan dengan Tuhan dan antara sesama dalam komuniti. Dan ketika kedua hal tersebut sepertinya dikompromikan dalam masyarakat, jiwa kita mulai memberontak terhadap hal itu dan berusaha mencari cara untuk mengembalikannya kepada pengaturan yang sepatutnya. Maka terjadilah kebangunan rohani ini."

"Dan saya fikir anda melihatnya sekarang dengan apa yang sedang terjadi di Kentucky," katanya.

Jonathan Roumie membawa watak Lonnie Frisbee dalam filem Jesus Revolution

Barlow menyahut, "Saya ingin memberikan pernyataan tambahan kerana saya tidak dapat berhenti memikirkan tentang Damar Hamlin yang rebah di padang beberapa minggu yang lalu. Dan reaksi pertama adalah berlutut dan berdoa. Dan berdoa di televisyen nasional. Saya belum pernah melihat hal seperti ini selama bertahun-tahun."

"Ketika mereka mengatakan bahawa kami sudah bersedia untuk itu, itu adalah frasa yang sering saya dengar di sekitar filem ini, saya fikir itu benar."

Para pembuat filem sering mengatakan bahawa menyiapkan sebuah filem adalah satu keajaiban. Produser Kevin Downes juga akan bersetuju. Tapi dia juga melihat keajaiban saat mengerjakan projek ini.

Downes mengatakan, "Ada saat-saat keajaiban setiap kali anda membuat filem. Tentunya, dalam seluruh prosesnya. Tetapi yang satu ini memiliki keajaiban demi keajaiban, di mana kami benar-benar merasakan dan mengalami kehadiran Tuhan di sepanjang prosesnya."

Kelsey Grammer (kiri) berlakon sebagai Pastor Chuck Smith

Keajaiban-keajaiban tersebut termasuk bagaimana aktor veteran Kelsey Grammer menandatangani kontrak untuk watak utama sebagai Pastor Calvary Chapel, Chuck Smith.

Dalam sebuah temubual dengan CBS News, Grammer mengatakan, "Saya sedang menikmati lewat malam dan saya berfikir bahawa saya ingin melakukan sesuatu yang memiliki nilai lebih, lebih dari sekadar watak biasa, sesuatu yang saya suka lakonkan. Dan keesokan paginya, skrip ini dikirimkan ke rumah saya."

Diterjemahkan oleh Sabrina Abigail daripada artikel CBN News bertajuk, "As 'Jesus Revolution' Hits Theaters, Producers Tells of 'Miracle after Miracle'" yang ditulis oleh Efrem Graham bertarikh 23 Februari 2023)