Apakah Akaun Bank Emosi? Dr Stephen R. Covey, pengarang "The 7 Habits of Highly Effective Families" mentakrifkan akaun bank emosi sebagai hubungan seseorang dengan orang yang lain. Dia menerangkan konsep akaun bank emosi secara kiasan: "Dengan secara proaktif melakukan hal-hal yang membina kepercayaan dalam sesuatu perhubungan, seseorang melakukan 'deposit.'
Sebaliknya, secara reaktif melakukan hal-hal yang mengurangkan kepercayaan, seseorang melakukan 'pengeluaran.' Baki semasa dalam akaun bank emosi akan menentukan sejauh mana dua orang dapat berkomunikasi dan menyelesaikan masalah secara bersama. Jika anda menghadapi masalah berkomunikasi dengan pasangan anda, anda mungkin boleh menanya diri, "Adakah saya perlu melakukan lebih deposit?"

