Memaparkan catatan dengan label Reformasi Protestan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Reformasi Protestan. Papar semua catatan

Ahad, 24 Disember 2017

Martin Luther Suka Benar Krismas - Dia Mungkin Juga Telah Popularkan Pokok Krismas Dalam Rumah


Penulis bersama lagu "In Christ Alone", Keith Getty mendedahkan beberapa fakta yang kurang diketahui mengenai Pelopor Reformasi itu.

Krismas adalah masa untuk mengingati. Bau-bauan yang biasa dari dapur. Gelak tawa biasa dari kanak-kanak. Kilauan biasa dari pokok yang dihiasi lampu. Setiap ini dan banyak lagi mengingatkan kita detik-detik waktu silam kita - cebisan-cebisan pengalaman dan emosi yang telah membentuk cara kita melihat hidup kita.

Selasa, 31 Oktober 2017

9 Perkara Yang Anda Harus Tahu Mengenai Reformasi Protestan


Pada 31 Oktober 1517, Seorang rahib Jerman yang kurang dikenali telah mengubah haluan sejarah dengan cara yang masih terus membentuk dunia modern. Pada tahun ini, pada tarikh yang sama, 560 juta umat Protestan di dunia akan merayakan ulangtahun ke-500 apa yang dikenali sebagai Reformasi. Berikut adalah 9 perkara untuk diketahui mengenai Reformasi Protestan itu dan kenapa ianya masih relevan setengah millennium kemudian.

Tahukah Anda... "5 Sola" Popular Semasa Reformasi Protestan?


Lima Sola itu adalah frasa Latin yang telah menjadi popular sewaktu Reformasi Protestan lima ratus tahun yang lalu sebagai kesimpulan pegangan teologia golongan Reformasi tentang asas-asas Kristian. 

Martin Luther - Rahib Yang Telah Mengubah Dunia


95 Tesis Martin Luther yang dipaparkan pada 31 Oktober 1517, telah mengubah gereja, politik dan budaya.

Khamis, 24 Ogos 2017

Martin Luther - Pelopor Reformasi Protestan Yang Mengubah Sejarah Barat


Dilahirkan di Eisleben, Jerman, pada 1483, Martin Luther seterusnya telah menjadi salah seorang daripada tokoh paling penting dalam sejarah Barat. Luther telah menjalankan kehidupan awalnya dalam keadaan secara bandingan kurang dikenali sebagai seorang rahib dan sarjana. Tetapi pada 1517 Luther telah menulis suatu dokumen yang menyerang amalan korup Gereja Katolik menjual “indulgence” untuk menghapuskan dosa. “95 Tesis” yang ditulisnya, yang menjelaskan dua kepercayaan asas – bahawa Alkitab adalah autoriti utama keagamaan dan bahawa manusia memperoleh keselamatan hanya melalui iman mereka dan bukannya perbuatan mereka – telah mencetuskan Reformasi Protestan. 

Rabu, 31 Oktober 2012

Martin Luther Pelopor Reformasi Protestan

Martin Luther

Pada hari ini pada tahun 1517, paderi dan sarjana agama, Martin Luther menghampiri pintu Castle Church di Wittenberg, Jerman, dan memakukan ke atasnya sekeping kertas yang mengandungi 95 pendapat bersifat pembaharuan yang akan memulakan Reformasi Protestan.