Memaparkan catatan dengan label True Worshippers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label True Worshippers. Papar semua catatan

Khamis, 25 Januari 2018

Lagu "Bapa Pulihkan" (True Worshippers)


Pagi tadi saya telah memuatkan artikel mengenai kisah di sebalik lagu "Heal Our Land" oleh Kari Jobe. Lagu indah yang ditulis oleh Kari Jobe dan Brooke Ligertwood itu berdasarkan ayat 2 Tawarikh 7:14 dari Alkitab. 

Selasa, 29 Mei 2012

Temuramah Dengan Sari Simorangkir



Sari Simorangkir, penyanyi dan penulis lagu rohani Kristian yang popular dari Indonesia memulakan pelayanannya pada 1992 dengan Voice of Galilee dari Galilee Ministry. Kemudian, melalui pertemuan dengan sesama pelayan Tuhan, Sari dan kumpulannya kemudian tergabung bersama dalam satu kumpulan iaitu True Worshippers. Sampai sekarang dia sudah mengeluarkan enam album single. Hampir semua lagu yang dibawakan merupakan ciptaannya sendiri dan ada pula beberapa lagu dari teman sepelayanan.

Sari Simorangkir
Berikut ini ialah temuramah dengan Sari Simorangkir beberapa tahun yang lalu, selepas albumnya berjudul Sari 31:31 dilancarkan: 

Album pertama anda langsung diterima masyarakat?

Oh tidak. Album pertama dan kedua tidak begitu laris. Rentak muzik dua album ini adalah R&B, gayanya tidak begitu cocok dengan jemaat di sini. Di album ketiga, saya dan teman-teman membuat album yang lebih berentak pop. Ternyata hasilnya bagus. Boleh dikatakan untuk ukuran lagu rohani, sudah boleh disebut luarbiasa. Album ketiga dan keempat, boleh laris sekitar 30 ribu.

Selasa, 9 Ogos 2011

Kesaksian Sidney Mohede: "Tuhan Menyelamatkanku!"


Sidney Mohede dikenali ramai sebagai salah seorang pemimpin penyembahan dan penulis lagu Kristian paling berpengaruh di Indonesia pada hari ini.  Sidney telah merekod, menerbitkan atau melibatkan diri dalam lebih 35 album. Banyak daripada album itu daripada band yang pernah dianggotainya, Giving My Best (GMB); sementara lebih daripada sedozen adalah album-album yang dibuat dengan team penyembahan True Worshippers. Seorang penulis lagu yang cergas, dia juga telah menulis atau menulis bersama lebih daripada 200 lagu. 

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kesaksian Sidney Mohede: "Kisah Di Sebalik Lagu Hosanna"




Untuk beberapa bulan ini, sebuah lagu yang sering berkumandang dalam hati kami dan sering dimainkan sementara kami bekerja di pejabat. Lagu itu ialah ‘Hosanna (Be Lifted Higher)’ yang terkandung dalam album terbaru Israel Houghton ‘Love God, Love People’.