Memaparkan catatan dengan label Rumahtangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumahtangga. Papar semua catatan

Isnin, 25 Jun 2018

Ingin Tidur Lebih Baik? Pergilah Ke Gereja, Kajian Menunjukkan

UNSPLASH/VLADISLAV MUSLAKOV

Satu kajian baru oleh Universiti Texas di San Antonio telah mendapati bahawa orang-orang yang menghadiri kebaktian agama dan sering berdoa cenderung tidur lebih baik berbanding orang-orang yang kurang beragama.

Rabu, 22 Mac 2017

10 Petanda Perhubungan Sulit Secara Emosi


1. Anda mengadakan perbualan yang anda tidak ingin suami atau isteri anda melihatnya.

Jika anda pernah dalam keadaan di mana anda berfikir, "Baguslah suami/isteri saya tidak melihat ini," anda sudah keluar dari batasan dan anda sedang bermain dengan api. Perkahwinan yang sihat memerlukan kepercayaan dan ketelusan yang penuh. Jangan BERHENTI bermain cinta dengan pasangan anda dan jangan MULA bermain cinta dengan sesiapa pun yang lain.

Isnin, 10 Oktober 2016

Nasihat Perkahwinan Yang Terbaik

Oleh Dave Willis:

Ketika saya dan Ashley berkahwin 13 tahun yang lalu, kami muda dan sedang bercinta, tapi kami juga kurang pengetahuan (terutamanya saya)! Dalam perjalanan kami, kami telah mendapat daripada begitu ramai orang yang telah berkongsi dengan kami nasihat yang baik dan pengalaman hidup yang telah membantu keluarga kami melalui waktu-waktu senang dan susah. Melalui masa bertahun saya telah mengumpulkan beberapa nasihat terbaik yang telah dikongsi oleh orang lain dengan kami (dan beberapa yang telah saya pelajari daripada kesilapan diri). 

Jika anda mengapplikasikan 25 prinsip di bawah dalam perhubungan anda, ianya boleh membawa perbezaan yang mengubah kehidupan dalam perkahwinan anda!

Selasa, 3 Mei 2016

Pasangan Yang Berdoa Bersama Kekal Bersama - Hasil Kajian


W. Bradford Wilcox dan Nicholas H. Wolfinger telah membuat kajian mengenai bagaimana iman Kristian telah membantu dua daripada etnik minoriti terbesar, bangsa Afrika dan Latin di Amerika Syarikat, yang paling terdedah kepada cabaran. Berikut ialah petikan daripada temubual antara Morgan Lee dari laman Christianity.com dengan W. Bradford Wilcox;

Selasa, 5 April 2016

9 Kesilapan Yang Perlu Dielak Oleh Orang-Orang Bujang Dan Pasangan Baru Berkahwin


Jika anda akan berkahwin tidak lama lagi atau baru-baru saja berkahwin, saya ingin mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan anda dan pasangan anda ke suatu dunia yang sungguh baru, suatu hidup yang sungguh baru. Tahukah anda kenapa? Pasangan-pasangan baru berkahwin adalah seperti pelajar-pelajar baru yang baru memasuki universiti. Pada mulanya, anda merasa sungguh gembira bahawa anda berjaya memasuki menara gading. Tetapi apabila kursus-kursusnya bermula, dengan kerja-kerja kursus dan seminar-seminar, anda mula tidak suka universiti dan tidak sabar-sabar untuk lulus pengajian di situ. Perkahwinan juga seperti itu.

Sabtu, 13 Februari 2016

Pasangan Yang Pergi Ke Gereja Lebih Bahagia - Hasil Kajian

(Foto Harvest Crusade)

Kajian Mendapati Bahawa Pasangan-Pasangan Yang Sering Pergi Ke Gereja Bersama-sama Memiliki Perhubungan Yang Paling Bahagia

Ribuan orang menyembah di Angel Stadium, Anaheim, California, semasa Harvest Crusade 2011. Sejumlah 115,000 orang menghadiri acara penginjilan itu, yang diadakan dari 12-14 Ogos. Lebih dari 12,000 orang membuat keputusan mengikuti Kristus dalam masa tiga hari itu. 

Institute of Family Studies (Institut Kajian Keluarga) telah mengeluarkan hasil kajian pada hari Khamis lalu yang mendapati bahawa pasangan-pasangan yang menghadiri kebaktian ibadah bersama-sama atau apabila hanya yang lelaki menghadiri kebaktian ibadah adalah lebih bahagia daripada pasangan-pasangan yang kedua-duanya tidak menghadiri atau hanya yang perempuan menghadiri. 

Jumaat, 2 Oktober 2015

5 Bahasa Cinta - Rahsia Untuk Cinta Yang Berkekalan



Oleh Gary Chapman:

Selepas 30 tahun sebagai kaunselor pernikahan, saya yakin bahawa ada lima bahasa cinta yang asas - lima cara untuk mengekspresikan kasih secara emosi. Setiap orang memiliki satu bahasa cinta utama yang perlu kita pelajari untuk ungkapkan jika kita ingin orang itu merasa dikasihi.

Khamis, 26 Mac 2015

Masih Bujang? Soalan-Soalan Untuk Ditanya Sebelum Menjawab "Ya" Di Mimbar


Oleh J. Lee Grady:

Pada bulan lepas, saya mendapat penghormatan menjalankan upacara perkahwinan untuk satu pasangan yang berbahasa Rusia di Seattle. Saya telah bertemu dengan Roman sewaktu mengajar di sebuah sekolah pelayanan dua tahun yang lalu, dan dia telah mengikuti saya ke lawatan misi ke Peru. Setelah dia bertunang dengan teman wanitanya, Ina, dia telah mengundang saya untuk menjalankan upacara perkahwinan mereka – dan saya gembira sekali untuk menjadi sebahagian daripada hari besar mereka. Perayaan itu ditutupi dengan jamuan makan Ukrania untuk 300 orang!

Rabu, 19 November 2014

Nick Vujicic dan Isteri Menceritakan Bagaimana Mereka Menemui "Cinta Yang Tidak Terbatas" Dalam Buku Baru

Nick dan Kanae Vujicic pada hari perkahwinan mereka

Nick Vujicic, penceramah motivasi yang juga dikenali sebagai "penginjil tanpa lengan dan kaki" menceritakan mengenai perjalanannya mencari cinta sejati dalam buku baru, Love Without Limits, dan cabaran yang dialami olehnya dan isterinya, Kanae dalam perjalanan mereka ke arah perkahwinan dan selanjutnya. 

Jumaat, 10 Oktober 2014

10 Cara Anda Boleh Berlaku Tidak Setia Kepada Suami Atau Isteri - Dan Tidak Menyedarinya



Perhubungan sulit jauh sekali dari fikiran. Pasti tak akan berlaku. Anda mengasihi suami atau isteri anda dan anda tidak akan pernah berlaku tidak setia kepadanya. Bagaimanapun anda mungkin tidak menyedari cara-cara lain yang anda sedang bertindak tidak setia terhadapnya. Jika perbuatan-perbuatan itu berterusan, anda akan mendapati diri di cerun yang licin yang menjurus ke hubungan sulit yang tidak dirancang.dan kesengsaraan yang anda tidak pernah inginkan dalam hidup anda.