Memaparkan catatan dengan label Karismata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karismata. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Februari 2019

Apakah Bezanya Antara Golongan Pentakosta dan Karismatik?


Pendahuluan

Perkataan karismatik berasal daripada perkataan Yunani charisma, iaitu perkataan Perjanjian Baru untuk karunia rohani. Charisma atau dalam bentuk jamaknya, charismata, adalah perkataan yang digunakan oleh Paulus dalam 1 Kor 1:1-12 ketika dia membincangkan kurnia-kurnia Roh Kudus, seperti bahasa roh, kurnia penyembuhan, mukjizat dan nubuatan. Atas sebab ini, mana-mana kumpulan, gereja atau gerakan yang menyambut dimensi dinamik Roh Kudus dan kurnia-kurnia-Nya melayakkan mereka digelar sebagai karismatik. Atas sebab yang sama, gereja abad pertama juga boleh dipanggil gereja karismatik.

Jumaat, 8 Februari 2019

Doktrin Palsu Di Sebalik Polemik "Strange Fire" Yang Dibangkitkan Oleh John MacArthur

John MacArthur

Dalam buku terbarunya, Strange Fire, John MacArthur dengan ganas melabelkan gerakan Pentakosta/Karismatik sebagai "gereja palsu yang sama bahayanya dengan mana-mana bidaah atau ajaran sesat yang pernah menyerang Kekristianan."

Sambil saya membaca dan membaca semula polemiknya, satu perkara yang menjadi jelas adalah seluruh pandangan teologia MacArthur dipimpin dan ditentukan oleh komitmennya kepada doktrin Calvinis mengenai pemberhentian (cessationism), iaitu kepercayaan bahawa kurnia-kurnia ajaib Roh Kudus telah ditarik balik daripada gereja selepas kematian rasul-rasul asal Kristus. Namun begitu, ini adalah doktrin palsu yang tidak dapat disokong oleh samada Firman Allah mahupun sejarah gereja.