Memaparkan catatan dengan label Pasukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pasukan. Papar semua catatan

Ahad, 18 Disember 2022

Pemain-Pemain Kristian Yang Beraksi Di Piala Dunia Qatar 2022


Pada Ahad ketiga Advent ini, jutaan orang Kristian akan ada di gereja. Tetapi jutaan orang juga akan terpaku di hadapan skrin, dengan keinginan untuk mengetahui samada GOAT (Greatest of All Time) dari Argentina akan akhirnya merangkul kejuaraan Piala Dunia. Walaupun sudah melepasi tahap terbaiknya, kapten pasukan yang berusia 35 tahun, Lionel Messi telah beraksi cemerlang dalam pertandingan ini, dengan lima gol dan tiga bantuan jaringan, dan sedang mendahului persaingan meraih kasut emas dalam Piala Dunianya yang kelima.

Walaupun Messi yang lebih bersikap pendiam, yang lengan kanannya bertatu Yesus dengan mahkota duri, tidak mengucapkan imannya secara terbuka selain dari menuding ke langit selepas menjaringkan gol-golnya, Piala Dunia ini telah mempamerkan pelbagai aksi pemain-pemain yang menyatakan iman mereka sebagai Kristian.

Jumaat, 15 Jun 2018

Temuilah Bintang-Bintang Piala Dunia Yang Cinta Pada Yesus


Demam Piala Dunia menguasai planet untuk sebulan ini. Sambil kita mendengar kisah-kisah dari beratus ahli-ahli sukan dari lebih tiga puluh negara, dengarlah mereka berbicara mengenai iman mereka dalam kata-kata mereka sendiri. 

Selasa, 6 Februari 2018

Bintang Eagles, Zach Ertz Berkata Rakan-Rakan Sepasukan Telah Inspirasikannya Untuk Serahkan Hidup Kepada Kristus


Jika anda ada di mana-mana dekat laman kami hari ini, anda akan perasan bahawa kami cukup teruja mengenai beberapa pemain tertentu juara Super Bowl, Philadelphia Eagles. Salah seorang daripada mereka adalah Zach Ertz, pemain bintang tight end Eagles. Ertz menangkap tujuh hantaran dalam perlawanan itu dan membawa satu daripadanya untuk touchdown, tetapi beberapa sebelumnya, dia telah berbicara mengenai membawa kesan dengan cara yang lain: pemuridan. 

Iman Philadelphia Eagles Dipamerkan Selepas Kemenangan Mengujakan


Kecualilah anda dari Philadelphia, ada kemungkinan besar anda tidak mempedulikan Philadelphia Eagles. Pemain-pemain mereka kasar dan ganas dan dilambangkan oleh mantan jurulatih Buddy Ryan yang pernah mengatakan, "Saya fikir dengan saya, apa yang kamu lihat ialah apa yang kamu dapat. Tetapi sebahagian orang tidak suka apa mereka lihat."

Jumaat, 5 Mei 2017

Setiap Pemain Penting Dalam Pasukan


Bagi semua peminat bola sepak, nama Neymar memang tak asing lagi sebagai bintang pasukan Brazil. Kemahiran dan kehandalannya ketika mewakili kelabnya Barcelona dan negaranya Brazil memang dikagumi. Namun begitu Neymar hanyalah seorang daripada sebelas pemain yang mewakili pasukannya. Sepenting-pentingnya Neymar kepada pasukannya, namun setiap pemain adalah penting untuk membawa kejayaan pasukan. Neymar sendiri pasti mengakui bahawa pemain-pemain di sekelilingnya sangat membantunya menyempurnakan tugas sebagai penyerang dan penyudah di barisan depan.