Peminat-peminat Philly juga mempunyai reputasi suka membuat riuh. Tahukah anda mereka mereka pernah sekali mengejek Santa Claus dan membaling bola salji ke arahnya?
Eagles tahun ini adalah golongan yang sama sekali berbeza. Ramai daripada mereka mengikuti Pengajian Alkitab, mereka selalu mengatakan mengenai iman mereka, dan mereka berkata bahawa mereka hanya mahu memuliakan Tuhan dalam segala yang mereka lakukan.
Dan satu lagi perkara yang membezakan Eagles 2017 daripada pasukan-pasukan yang sebelumnya, pemuda-pemuda yang berkelakuan baik ini memenangi cincin Super Bowl.
Philadelphia Eagles (kiri) menang 41-33 ke atas New England Patriots - Super Bowl LII |
Selepas Super Bowl LII (ke-52), yang boleh dikatakan paling menghiburkan dalam sejarah, pasukan Eagles meneruskan pujian mereka kepada Tuhan. Pemain-pemain yang paling lantang menyatakan iman mereka juga telah memainkan peranan besar dalam perlawanan itu.
Semasa berdiri di podium menerima anugerah sebagai Most Valuable Player (Pemain Paling Berperanan) dan mengendong anak perempuannya Lily, quarterback Nick Foles berkata, "Segala kemuliaan bagi Tuhan." Sambil memuji rakan-rakan sepasukan dan para jurulatih pasukan Eagle, dia menambah, "Untuk berada di sini dengan anak perempuan saya, isteri saya, rakan-rakan sepasukan saya, kota ini... kami sungguh diberkati."
Pemain tight end, Zach Ertz telah menangkap balingan touchdown kemenangan perlawanan itu. Sebelum perlawanan itu dia telah berkata, "Matlamat No. 1 kami di bumi adalah untuk menjadikan murid Kristus. Itulah satu-satunya kerja yang kami benar-benar ingin lakukan. Kami ingin membawa orang kepada Kristus."
Ketua jurulatih, Doug Pedersen, yang telah mengarahkan trick play (aksi mengelirukan) yang berakhir dengan Foles menangkap balingan touchdown, suatu aksi yang akan terus diceritakan berdekad-dekad akan datang, memberi pujian kepada "Tuhan dan Juruselamatku Yesus Kristus" sambil dia bercakap dengan Dan Patrick dari NBC ditonton oleh para penonton TV nasional serta-merta selepas tamat perlawanan. Dalam bilik persalinan selepas kemenangan penuh emosi itu, dia mengucapkan terima kasih kepada pemain-pemainnya untuk komitmen dan pengorbanan mereka dan kemudian memimpin mereka dalam Doa Bapa Kami.
Pemain centre Stefen Wisniewski, yang telah membantu bahagian serangan Eagles mendapatkan sejumlah 538 ela semasa serangan telah menghantar mesej tweet, "Segala Kemuliaan bagi Yesus!"
Pemain tight end, Trey Burton, yang telah membaling balingan touchdown yang tidak disangka kepada Foles, telah menulis satu artikel musim lepas bagaimana football telah memberikannya kesempatan yang besar untuk berkongsi kesaksiannya dan ajaran Alkitab dengan orang-orang lain.
Pemain-pemain Eagles yang tercedera juga mengambil masa untuk memuji Tuhan atas kejayaan mereka yang beraksi di padang.
Salah satu daripada mereka adalah Carson Wentz. Pemain quarterback utama pasukan Eagles itu yang tercedera menghantar tweet selepas perlawanan:
Pemain free safety Chris Maragos, yang juga telah diketepikan kerana kecederaan musim ini, telah ditanya selepas perlawanan itu apakah peranan Yesus dalam hidupnya. "Ianya segala-galanya, ianya segala aspek hidup saya. Ianya terjalin rapat dengan segala yang saya lakukan. Yesus adalah sebahagian pernikahanku, sebahagian kehidupan anak-anakku, sebahagianku sebagai bapa, dan sebahagianku sebagai pemain. Ianya segala sesuatu mengenai diri saya."
Dan kemudian ada foto ini, yang diposkan ke Twitter oleh bekas jurulatih NFL, yang kini pengulas sukan, Tony Dungy:
Wow! Perlawanan yang hebat. Pasukan yang hebat. Kesaksian yang hebat.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Church Leaders bertajuk, "Philadelphia Eagles Faith On Display After Exciting Victory" yang ditulis oleh Bob Ditmer bertarikh 5 Februari 2018)
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Church Leaders bertajuk, "Philadelphia Eagles Faith On Display After Exciting Victory" yang ditulis oleh Bob Ditmer bertarikh 5 Februari 2018)