Selasa, 6 Februari 2018

Pemain MVP Super Bowl, Nick Foles Ada Sasaran Baru: Menjadi Pastor

Pemain MVP Super Bowl 2018, Nick Foles

Philadelphia Eagles telah menjadi juara Super Bowl untuk pertama kali dalam sejarah! Selepas perlawanan itu, jurulatih dan pemain-pemain utamanya secara terbuka memberi kemuliaan atas kemenangan itu.

Pemain-pemain Kristian menyatakan iman mereka bukanlah perkara baru dalam NFL - tetapi ianya adalah kebangunan rohani yang sedang melanda pasukan Eagles pemenang Super Bowl yang terus menjadi sebutan orang.

Pada bulan Mac, pemain tight end Zach Ertz menyerahkan hidupnya kepada Kristus.

"Saya telah dibaptiskan pada bulan Mac, dan bernikah keesokannya. Perkahwinan kami telah dibina atas dasar itu dari Firman dan Yesus dan ianya telah mengubah hidup saya. Dan untuk punya rakan-rakan ini yang selalu mengingatkan saya setiap hari adalah hebat sekali," Ertz memberitahu Wartawan Sukan CBN, Shawn Brown.

Beberap bulan kemudian pemain wide receiver, Marcus Johnson telah dibaptis dalam sebuah kolam renang North Carolina sebelum sebuah perlawanan mennetang Carolina Panthers.


Lima rakan sepasukan - linebacker Jordan Hicks, Mychal Kendricks, dan Kamu Grugier-Hill, dan wide receiver Paul Turner dan David Watford - telah dibaptis dalam kolam Philadelphia Eagles hujung tahun lepas, menurut laporan.



Dalam satu temuramah dengan podcast CBN News Daily Rundown, Brown memberitahu pengacara Caitlin Burke bahawa kepimpinan Kristian yang kuat dari quarterback Carson Wentz telah membawa perubahan besar kepada pasukan ini yang kini dikenali sebagai pasukan paling rohani dalam liga ini.

"Mereka bercakap dan berkata, 'Hei, kita nak berikan kesempatan kepada pemain-pemain untuk dibaptis.' dan merek memulakan musim mereka melakukan itu," kata Bron.

Wentz tidak dapat bermain dalam Super Bowl menentang New England Patriots kerana kecederaan sendi lutut pada Minggu ke-14, tetapi quarterback simpanan, Nick Foles berkongsi imannya yang kukuh dan telah memastikan saudara-saudara seiman itu untuk menjadikan iman fokus mereka.

"Imanku kepada Tuhan adalah segala-galanya. Saya seorang yang percaya pada Yesus Kristus, dan itulah yang pertama dan yang terutama. Itulah segala-galanya. Saya tidak dapat nenjalani permainan ini tanpa-Nya, sebab saya tidak punya kekuatan untuk keluar dan lakukan ini. Ini sesuatu yang ajaib," Foles memberitahu Brown.

Kesaksian yang berkuasa itu datang daripada seorang yang hampir sudah bersara daripada football, dan yang pada permulaan musim tidak tahu ke manakah dia akan tujui.

Nick Foles bersiap membuat balingan dalam
perlawanan menentang New England Patriots
dalam Super Bowl LII (ke-52) semalam

"Dia sudah siap untuk bersara; dia sudah siap tinggalkan sukan itu dan menceburi bidang lain. Tetapi Tuhan kata, 'Tidak, Aku punya sesuatu yang lain untuk kamu.' Dia akhirnya pergi ke Eagles, dan dia fikir, 'Ok, saya dengan Eagles, tetapi saya masih pemain simpanan. Carson ada di sini, Carson itu hebat,' di pasukan yang pernah diwakilinya dulu, di pasukan di mana dia dulunya pemain utama, dia kembali lagi ke pasukan ini, mereka ada pemain utama baru yang sungguh hebat dan dia mula berfikir, 'Tuhan, apakah tujuan untuk saya di sini?'" kata Brown.

Tetapi Foles terus menyiapkan diri, dan kemudian segala-galanya berubah apabila Wentz tercedera.

"Tuhan memberi kepadanya (Foles) peluang kedua, dan berkata, "Hei, Aku akan mempamerkan kamu di sini supaya kamu dapat menunjukkan kepada dunia apa yang kamu ada, bagaimana Aku telah memberkati kamu," Brown meneruskan.

Foles berkata pada masa hadapan, apabila tiba waktu untuk menggantungkan kasut footballnya, dia berharap dapat menumpukan lebih lagi dalam mengongsikan imannya.

"Saya ingin menjadi pastor di sekolah menengah," Foles berkata pada hari Khamis sebelum Super bowl. "Itu di hati saya. saya mengambil langkah iman tahun lepas dan mendaftar untuk mengikuti kelas di Sekolah Alkitab Saya mahu terus belajar dan mencabar iman saya. Ianya suatu cabaran kerana perlu menulis esei yang tepat secara Alkitabiah. Kita nak membawa impak kepada hati manusia.."

"Apabila saya bercakap dengan (pelajar-pelajar), bahawa ada suatu waktu dalam hidup anak-anak muda lelaki dan wanita, ada banyak hal yang dihadapi mereka. Begitu banyak godaan di dunia, begitu banyak terjadi dalam media sosial dan internet dan kita ingin bercakap dengan mereka dan memperkatakannya dan berkongsi segala kelemahan yang saya ada kerana saya telah tersandung banyak kali," kata Foles. "Itu sesuatu yang saya ingin lakukan. Saya tidak boleh bermain football selamanya. Saya telah diberkati dengan pentas yang mengkagumkan ini, dan ianya hanya satu pintu yang Tuhan telah bukakan, tetapi saya ada banyak persekolahan lagi untuk diikuti dan perjalanan yang masih panjang.

(Diterjemahkan daripada artikel Charisma News bertajuk, "Super Bowl MVP Nick Foles Has A New Goal: Becoming A Pastor" yang ditulis oleh Caitlin Burke bertarikh 5 Februari 2018)