Alkitab Bahasa Malaysia yang baru iaitu Alkitab Versi Borneo (AVB) telah diterbitkan baru-baru ini. Apakah Alkitab Versi Borneo itu dan apakah persamaan dan perbezaannya dengan terjemahan-terjemahan yang sebelumnya?
Sewaktu pelancaran AVB baru-baru ini, Rev Datuk Jerry Dusing, pengerusi Literature And Bible Network (LAB) yang telah menerbitkan Alkitab itu, telah menyebut mengenai dua jenis terjemahan Alkitab. Saya membuat sedikit penyelidikan di internet, dan mendapat maklumat tambahan mengenai dua jenis terjemahan utama yang digunakan untuk menterjemah Alkitab dari bahasa asal kepada bahasa tempatan.




