Memaparkan catatan dengan label Pentakosta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pentakosta. Papar semua catatan

Ahad, 30 Mac 2025

10 Sebab Mengapa Gereja Pentakosta Sedang Bertumbuh Di Amerika Syarikat


Oleh Joseph Mattera:

Pada waktu di mana banyak denominasi Kristian mengalami pengurangan yang cepat, gereja-gereja Pentakosta dan Karismatik sedang melawan arah aliran dan terus bertumbuh. Denominasi-denominasi seperti Roman Katolik, Southern Baptist Convention, Gereja Episkopal, Gereja Presbyterian (Amerika Syarikat), dan Gereja Evangelikal Lutheran di Amerika telah menyaksikan kejatuhan yang cukup besar dalam keanggotaan, manakala gerakan-gerakan Pentakosta terus cergas dan berkembang. Ini menimbulkan persoalan: Mengapakah Gereja Pentakosta bertumbuh manakala yang lainnya mengalami pergelutan? Berikut adalah 10 sebab yang menjelaskan fenomena unik ini.

Isnin, 27 Februari 2023

Seorang Paderi Katolik Meninjau Ledakan Pertumbuhan Kekristianan Pentakosta-Karismatik di Benua Selatan (Bahagian 2)



Oleh Father Mathias D. Thelen:

Kunci kepada Pertumbuhan: Kerohanian

Manakala terdapat banyak sebab mengapa ramai sarjana percaya Kekristianan Pentakosta-Karismatik sedang bertumbuh, sebab yang paling menyakinkan untuk pertumbuhan dramatik - satu penjelasan di mana semua sebab-sebab lain akan masuk akal - adalah kerohanian yang biasanya wujud dalam bentuk Kekristianan ini. Itulah sebab yang paling sering diberikan, dan satu-satunya yang dianggap secara serius oleh mereka yang telah datang kepada iman melalui tradisi-tradisi ini.

Ahad, 26 Februari 2023

Seorang Paderi Katolik Meninjau Ledakan Pertumbuhan Kekristianan Pentakosta-Karismatik di Benua Selatan


Oleh Father Mathias D. Thelen:

Kebanyakan orang Katolik tidak menyedari bahawa pusat Kekristianan sedang bergerak ke selatan - ke Amerika Selatan, Afrika dan juga Asia. Kita yang tinggal di Utara secara global adalah paling terkesan dengan kemunduran dahsyat Katolik sebahagiannya oleh kerana kuasa agresif sekularisme. Dengan itu adalah mudah untuk melihat pertumbuhan dan kemunduran dari segi kebangkitan dan kejatuhan Kekristianan di utara.

Jumaat, 6 Mac 2020

APAKAH ITU BAPTISAN ROH KUDUS?


Apakah itu Baptisan Roh Kudus? Artikel dari laman Gereja Bethel Indonesia, Bogor menjelaskannya:

Pendahuluan

Pengakuan iman GBI mencatat: Baptisan Roh Kudus adalah kurnia Tuhan untuk semua orang yang telah disucikan hatinya. Tanda awal baptisan Roh Kudus adalah berkata-kata dengan bahasa roh sebagaimana diilhamkan oleh Roh Kudus.

Selasa, 11 Februari 2020

Asal-Usul Gerakan Pentakosta Abad Ke-20


Asal-Usul Gerakan Pentakosta Abad Ke-20

Charles F. Parham

Charles F. Parham

Golongan "Pentakosta" pertama pada zaman modern muncul pada 1901 di kota Topeka, Kansas di sebuah Sekolah Alkitab yang dikendalikan oleh Charles Fox Parham, seorang guru aliran Holiness dan bekas pastor Methodist. Pada Januari 1901, Parham telah menyuruh pelajar-pelajar di Sekolah Alkitab itu mengkaji Alkitab demi mencari bukti alkitabiah berkenaan menerima baptisan Roh Kudus.

Ahad, 12 Januari 2020

Ketika Hamba Tuhan Mengangkat Jubahnya Dan Bersorak, Kuasa Tuhan Dinyatakan Pada Malam Pentakosta Di Sarawak


Salah satu sedutan video yang paling tidak dapat dilupakan dari tahun 2019 adalah sewaktu Malam Pentakosta di Padang Sukan Jubilee, Kuching pada 15 September 2019. Pada waktu itu Pastor Philip Mantofa telah mengangkat jubahnya sambil berkata, "Emas dan perak tidak kuberikan padamu, Sarawak. Apa yang kupunya emas dan perak tidak dapat beli, iaitu jubah urapan yang baru menjadi milikmu, especially young people."

Selasa, 2 Julai 2019

Sejarah Kebangkitan Karismatik Di Kalangan Anglikan Sabah

Peta 1970 menunjukkan Tongod (dalam bulatan merah)

Ramai Anglikan Sabah hari ini akan menggelarkan diri mereka sebagai "Karismatik"atau "Dipenuhi Roh Kudus." Bagaimanakah identiti ini, yang tidak sejagat dalam Anglikanisme di sekeliling dunia, telah terbentuk dalam Diosis Sabah?

Khamis, 28 Mac 2019

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Bahasa Roh


Oleh Brian Alarid:

Tanpa ragu-ragu lagi, bahasa roh adalah kurnia rohani yang paling kontroversi dalam Perjanjian Baru. Adakah ianya daripada Tuhan atau daripada Iblis? Haruskah orang-orang beriman mengabaikannya, menentangnya atau menyambutnya? Ada banyak soalan yang berasas mengenai bahasa roh yang memerlukan respons yang berhikmah dan alkitabiah. Mari kita meneliti lima daripadanya:

Sabtu, 9 Februari 2019

Apakah Bezanya Antara Golongan Pentakosta dan Karismatik?


Pendahuluan

Perkataan karismatik berasal daripada perkataan Yunani charisma, iaitu perkataan Perjanjian Baru untuk karunia rohani. Charisma atau dalam bentuk jamaknya, charismata, adalah perkataan yang digunakan oleh Paulus dalam 1 Kor 1:1-12 ketika dia membincangkan kurnia-kurnia Roh Kudus, seperti bahasa roh, kurnia penyembuhan, mukjizat dan nubuatan. Atas sebab ini, mana-mana kumpulan, gereja atau gerakan yang menyambut dimensi dinamik Roh Kudus dan kurnia-kurnia-Nya melayakkan mereka digelar sebagai karismatik. Atas sebab yang sama, gereja abad pertama juga boleh dipanggil gereja karismatik.

Jumaat, 8 Februari 2019

Doktrin Palsu Di Sebalik Polemik "Strange Fire" Yang Dibangkitkan Oleh John MacArthur

John MacArthur

Dalam buku terbarunya, Strange Fire, John MacArthur dengan ganas melabelkan gerakan Pentakosta/Karismatik sebagai "gereja palsu yang sama bahayanya dengan mana-mana bidaah atau ajaran sesat yang pernah menyerang Kekristianan."

Sambil saya membaca dan membaca semula polemiknya, satu perkara yang menjadi jelas adalah seluruh pandangan teologia MacArthur dipimpin dan ditentukan oleh komitmennya kepada doktrin Calvinis mengenai pemberhentian (cessationism), iaitu kepercayaan bahawa kurnia-kurnia ajaib Roh Kudus telah ditarik balik daripada gereja selepas kematian rasul-rasul asal Kristus. Namun begitu, ini adalah doktrin palsu yang tidak dapat disokong oleh samada Firman Allah mahupun sejarah gereja.

Sabtu, 25 Ogos 2018

Scott Morrison, Perdana Menteri Baharu Australia - Seorang Kristian Yang Sering Ke Gereja


Scott Morrison adalah Perdana Menteri Pentakosta pertama, satu cabang Kristian yang terkenal dengan perhimpunan-perhimpunan bersaiz stadium dan khutbah-khutbah yang bertenaga.

Sabtu, 9 Julai 2016

Gereja-Gereja Pentakosta dan Karismatik Makin Maju, Manakala Church of England Mengalami Kemunduran

Hillsong Church London mengadakan empat kebaktian ibadah, yang dihadiri oleh 8,000 orang,
pada setiap Ahad di Dominion Theatre (Foto daripada Hillsong Church London)

CANTERBURY. England (RNS): Penutupan gereja bukanlah perkara baru di negara ini.

Dalam masa enam tahun yang lepas, 168 gereja Church of England telah ditutup, bersama dengan 500 gereja Methodist dan 100 gereja Roman Katolik.

Jumaat, 10 Jun 2016

Tahukah Anda Mengenai Pergerakan Kristian - Pentakosta, Karismatik, Evangelikal?



Gerakan Pantekosta dan Karismatik telah berkembang dengan cepat sejak permulaannya gerakan Pentakosta (seratus tahun yang lalu) dan Karismatik (lima puluh tahun yang lalu). Berikut data yang menunjukkan jumlah dan taburan pengikut dalam gerakan-gerakan Pantekosta, Karismatik dan Evangelikal (untuk takrifan gerakan-gerakan ini, lihat di bahagian tengah artikel)