Kebanyakan orang Katolik tidak menyedari bahawa pusat Kekristianan sedang bergerak ke selatan - ke Amerika Selatan, Afrika dan juga Asia. Kita yang tinggal di Utara secara global adalah paling terkesan dengan kemunduran dahsyat Katolik sebahagiannya oleh kerana kuasa agresif sekularisme. Dengan itu adalah mudah untuk melihat pertumbuhan dan kemunduran dari segi kebangkitan dan kejatuhan Kekristianan di utara.
Tetapi pertumbuhan Kekristianan di hemisfera selatan tidak dapat difahami dari segi yang sama mengapa Gereja Katolik mengalami kemunduran di utara. Apa yang kita saksikan di selatan adalah pertumbuhan gereja-gereja Pentakosta dan Karismatik yang tidak pernah dialami sebelumnya yang begitu berkuasa sehingga orang-orang Katolik meninggalkan Gereja untuk menyertai gereja-gereja itu. Ramai pemimpin Gereja kelihatan tidak menyedari masalah ini. Tetapi kepada mereka yang menyedarinya, pertumbuhan yang menakjubkan Pentakostalisme dalam konteks bukan Barat "adalah mengkagumkan dan/atau menakutkan bahagian lain dunia Kristian."
Orang-orang Katolik perlu melihat dengan teliti dan ikhlas apa yang sedang terjadi, dan sebabnya ianya terjadi, supaya mereka dapat dengan setia menafsirkan bagaimana untuk respon kepada cabaran yang dihadapi Gereja. Dengan kata lain, Gereja mestilah memahami apa yang sedang terjadi di benua selatan, dan kenapa gereja-gereja Pentakosta dan Karismatik telah dapat menarik begitu ramai orang. supaya dapat menafsirkan samada ianya dapat atau tidak mempelajari sesuatu mengenai penginjilan.
Ke arah ini, penulisan ini akan (1) meringkaskan pertumbuhan dan trend masa depan Kekristianan Pentakosta- Karismatik di selatan; (2) memeriksa dengan ringkas kerohanian yang menjadi asas pertumbuhan cepat; dan, (3) membuat kesimpulan dengan menawarkan suatu pendekatan bagaimana Gereja dapat respon.
Ledakan Pertumbuhan dan Trend Masa Depan
Dalam bukunya, The Next Christendom, ahli kaji sosial agama, Philip Jenkins, menggambarkan secara umum keadaan Kekristianan global masa kini.
Selama lima abad yang lepas, kisah Kekristianan telah terikat tanpa dapat dipisah dengan Eropah dan tamadun berasal-usul Eropah, terutamanya Amerika Utara... Namun begitu, dalam abad yang lepas, pusat Kekristianan telah tanpa dapat dibendung beralih dari Eropah, ke arah selatan, ke Afrika, ke Amerika Selatan, dan ke arah timur, ke arah Asia.
Mungkin seseorang akan cenderung berfikir bahawa peralihan ini adalah kerana faktor demografi semata-mata, lebih-lebih lagi kerana kependudukan di selatan memang bertumbuh pesat dan populasi di utara sedang mengalami kesuraman secara demografi. Ini adalah benar, dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan Kekristianan di selatan. Tetapi apa yang kita sedang saksikan adalah apa yang John Allen gelarkan sebagai "Ledakan Pentakosta" yang mengenainya dia telah menulis:
Dalam istilah Kekristianan, akhir abad ke-20 mungkin akan dikenali sebagai "Ledakan Pentakosta." Dari kurang daripada enam peratus pada pertengahan 1970an, golongan Pentakosta menamatkan abad ke-20 mewakili hampir 20 peratus Kekristianan dunia.
Pertumbuhan yang begitu pesat Kekristianan Pentakosta dan Karismatik sukar untuk diabaikan. Lebih 20 tahun yang lalu, Ralph Martin telah menulis:
Pada 1992, bilangan golongan Pentakosta dan Karismatik telah bertumbuh ke lebih 410 juta dan kini merupakan 24.2 peratus Kekristianan dunia... Kajian saya telah mendorong saya membuat satu kenyataan yang berani: dalam seluruh sejarah kemanusiaan, tidak ada gerakan sukarelawan yang bukan politik, yang bukan ketenteraan yang telah bertumbuh secepat gerakan Pentakosta-Karismatik dalam 25 tahun yang lepas.
Manakala untuk menganggarkan angka-angka ini dengan amat tepat adalah sukar, salah satu anggaran yang paling besar dan terbaharu mengenai bilangan golongan Pentakosta dan Karismatik datang dari satu kenyataan Kardinal Kasper, dari Majlis Kepausan untuk Kesatuan Kristian, di mana dia menganggarkan terdapat kini sekitar enam ratus juta orang-orang Kristian Pentakosta dan Karismatik, yang adalah lebih daripada satu perempat bilangan Kristian di seluruh dunia.
Jika sekalipun dia tersasar sebanyak 100 juta, saiz kumpulan ini adalah mengejutkan memandangkan kumpulan ini boleh dikatakan tidak wujud pada masa lebih sedikit dari seabad yang lepas. Kesan ledakan ini begitu penting sehingga Jenkins boleh mengatakan bahawa "pengembangan Pentakosta menyeberangi benua-benua Selatan adalah begitu menakjubkan sehingga dapat menyokong dakwaan terjadinya suatu Reformasi yang baharu."