Kunci kepada Pertumbuhan: Kerohanian
Manakala terdapat banyak sebab mengapa ramai sarjana percaya Kekristianan Pentakosta-Karismatik sedang bertumbuh, sebab yang paling menyakinkan untuk pertumbuhan dramatik - satu penjelasan di mana semua sebab-sebab lain akan masuk akal - adalah kerohanian yang biasanya wujud dalam bentuk Kekristianan ini. Itulah sebab yang paling sering diberikan, dan satu-satunya yang dianggap secara serius oleh mereka yang telah datang kepada iman melalui tradisi-tradisi ini.
Jika kita menanya mana-mana orang Pentakosta atau Karismatik mengapa mereka bertumbuh begitu cepat, dia akan memberi jawapan: ianya adalah kerana kuasa Roh Kudus. Dengan itu mereka percaya bahawa gereja-gereja mereka mewakili pekerjaaan Roh Kudus yang paling mengkagumkan di zaman modern ini, dan itulah yang menyebabkan pertumbuhan mereka. John Allen meringkaskan kepercayaan kerohanian pembawa-pembawa pembaharuan ini seperti dilaporkan oleh kajian Pew Forum:
- Kepercayaan akan kurnia-kurnia Roh Kudus, seperti berbahasa roh, nubuatan, atau doa untuk penyembuhan secara mukjizat;
- Pembacaan Alkitab secara literal;
- Kepercayaan yang kuat dalam penyembuhan ilahi untuk penyakit dan kecederaan;
- Penekanan mengenai roh-roh jahat;
- Kepercayaan bahawa Yesus akan kembali ke bumi semasa hayat hidup mereka;
- Kepercayaan bahawa mukjizat masih terjadi seperti yang pernah terjadi pada zaman alkitabiah;
- Komitmen kepada penginjilan, ertinya mengongsikan iman mereka dengan orang-orang belum percaya;
- Penekanan kepada Kristus sebagai jalan tunggal kepada keselamatan;
- Kadar kehadiran yang lebih tinggi dari purata di gereja;
Dimensi pengalaman dalam kehidupan Kristian ini juga telah memberi kredibiliti kepada Kekristianan di tempat-tempat di mana agama tidak pernah terlalu dipengaruhi oleh kecenderungn rasionalisme, seperti Afrika. Sesebuah agama yang tidak mengambil serius pengalaman luarbiasa tidak akan bertahan lama di benua yang begitu kaya dengan tradisi-tradisi agama bukan Kristian. Oleh itu, pengalaman berkuasa baptisan Roh Kudus, yang menjadi teras kerohanian pembawa-pembawa pembaharuan ini, kelihatan begitu tepat untuk menjangkau orang di kedua-dua konteks Barat dan bukan Barat.
Satu lagi aspek kerohanian pembawa-pembawa kerohanian ini adalah keazaman yang berapi-api untuk menginjil. Pengikut-pengikut gereja-gereja Pentakosta dan Karismatik ini akan menjelaskan keazaman ini sebagai respons kepada pengalaman dipenuhi Roh Kudus. Seperti apa yang terjadi kepada murid-murid pada hari Pentakosta: suatu pengalaman berkuasa akan kasih Allah akan selalu membawa kepada orang-orang percaya mahu berkongsi dengan orang-orang lain iman kepada Allah yang telah mereka alami.
Atau dalam istilah sosiologi, seperti yang digunakan Ed Stezer dalam sebuah artikel pada 2014 dalam Christianity Today, satu sebab mengapa (golongan Pentakosta) sedang bertumbuh begitu cepat adalah mereka begitu menghargai pengalaman mereka dengan Allah dan ini mendorong mereka untuk mengongsikannya dengan orang-orang lain.
Pembawa-pembawa pembaharuan bukan saja rasa terdorong berkongsi pengalaman mereka akan Allah dengan orang-orang lain, tetapi mereka melakukannya untuk membawa orang-orang lain kepada Yesus, yang telah dinyatakan kepada mereka sebagai Anak Allah yang darinya mereka mendapat keselamatan. Dengan kata lain, anggota-anggota gereja-gereja ini adalah sepenuhnya komited kepada penginjilan kerana mereka terdorong oleh Roh untuk melakukannya, dan mereka kelihatan melakukannya dengan baik.
Kemungkinan apa yang paling mengkagumkan, dan pastinya paling menarik dari aspek kerohanian mereka adalah kepercayaan, dan amalan berdoa untuk penyembuhan fizikal dan pelepasan daripada roh-roh jahat. Randy Clark, seorang pemimpin penginjilan sekitar dunia Karismatik Protestan, membincangkan konsep penginjilan yang disertai kuasa (power evangelism) dari segi kuasa penyembuhan dengan membawa Injil kepada orang-orang lain dalam bukunya Evangelism Unleashed.
Di mana tanda-tanda dan keajaiban yang paling besar dinyatakan, gereja bertumbuh paling cepat. Pernyataan kuasa, terutamanya penyembuhan dan pelepasan dari roh-roh jahat, menarik orang ramai kepada Kristus.
Dia memberikan contoh demi contoh peribadi bagaimana pastor-pastor di selatan, yang diperlengkapi dengan kurnia-kurnia penyembuhan dan pelepasan, telah menumbuhkan gereja mereka kepada ribuan anggota dalam masa yang secara bandingan pendik. Ini menyokong mengapa Pew Study mendapati terdapat peratusan yang jauh lebih tinggi pembawa-pembawa pembaharuan yang percaya berdoa untuk kesembuhan dan pelepasan berbanding dengan rakan-rakan Kristian bukan Pentakosta dan Karismatik.
Dengan kisah-kisah peribadi dari Clark dan penginjil-penginjil Pentakosta, dan dengan pertumbuhan yang meledak di kalangan gereja-gereja ini, ianya boleh dinyatakan dengan pastinya penyembuhan-penyembuhan dan pelepasan-pelepasan ini sedang sebenarnya terjadi. Tetapi ini tidak dapat dikatakan mengenai setiap gereja. Dengan kuasa penyembuhan dan pelepasan dari roh-roh jahat dalam kehidupan peribadi orang-orang Kristian, adalah tidak sukar untuk memikirkan mengapa ramai orang tertarik kepada bentuk Kekristianan yang seperti ini.
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Homiletic and Pastoral Review bertajuk, "The Explosive Growth of Pentecostal-Charismatic Christianity in the Global South, and Its Implication for Catholic Evangelization" yang ditulis oleh Father Mathias Thelen yang bertarikh 28 Jun 2017)