Memaparkan catatan dengan label Penyembuhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyembuhan. Papar semua catatan

Isnin, 27 Februari 2023

Seorang Paderi Katolik Meninjau Ledakan Pertumbuhan Kekristianan Pentakosta-Karismatik di Benua Selatan (Bahagian 2)



Oleh Father Mathias D. Thelen:

Kunci kepada Pertumbuhan: Kerohanian

Manakala terdapat banyak sebab mengapa ramai sarjana percaya Kekristianan Pentakosta-Karismatik sedang bertumbuh, sebab yang paling menyakinkan untuk pertumbuhan dramatik - satu penjelasan di mana semua sebab-sebab lain akan masuk akal - adalah kerohanian yang biasanya wujud dalam bentuk Kekristianan ini. Itulah sebab yang paling sering diberikan, dan satu-satunya yang dianggap secara serius oleh mereka yang telah datang kepada iman melalui tradisi-tradisi ini.

Ahad, 26 Februari 2023

Seorang Paderi Katolik Meninjau Ledakan Pertumbuhan Kekristianan Pentakosta-Karismatik di Benua Selatan


Oleh Father Mathias D. Thelen:

Kebanyakan orang Katolik tidak menyedari bahawa pusat Kekristianan sedang bergerak ke selatan - ke Amerika Selatan, Afrika dan juga Asia. Kita yang tinggal di Utara secara global adalah paling terkesan dengan kemunduran dahsyat Katolik sebahagiannya oleh kerana kuasa agresif sekularisme. Dengan itu adalah mudah untuk melihat pertumbuhan dan kemunduran dari segi kebangkitan dan kejatuhan Kekristianan di utara.

Selasa, 7 September 2021

Di Ambang Maut – Pengalaman Seorang Pesakit Covid-19


Oleh Hannah Siew:

Bagaimanakah jangkitan Covid-19 saya bermula

Pada hari ketiga selepas disuntik vaksin di sebuah pusat pemberian vaksin, saya mula berasa tidak sihat. Saya percaya saya telah dijangkiti di situ sebab saya kemudiannya mendapat tahu bahawa empat orang yang lain di pusat itu juga didapati positif. Tambahan pula, saya tidak pergi ke mana-mana selepas disuntik vaksin.  Simptom-simptom yang mulai muncul termasuklah suhu badan yang semakin meningkat, batuk kering yang berterusan dan pening kepala yang teruk dengan kehilangan deria merasa dan bau, kelelahan dan kesakitan otot-otot. Saya semakin lemah sambil saya kehilangan selera dan hanya makan sedikit. Saya hampir rebah di bilik mandi dan terpaksa bergegas ke katil dengan rambut dan badan yang basah kuyup.

Sabtu, 11 April 2020

Pesakit Covid-19: Tuhan Menghembus Ke Dalam Paru-Paruku Dan Menyembuhkanku


Pesakit koronavirus yang telah disembuhkan: "Tuhan Menghembus Ke Dalam Paru-Paruku dan Menyembuhkanku."

"Anda tahu saya di hospital selama lebih kurang 12 hari. Saya kira lebih kurang pada hari kelima atau hari keenam, para doktor memberitahu saya kami telah mencuba segalanya," dia menjelaskan. 

Khamis, 8 Ogos 2019

Dino Kartsonakis: Kathryn Kuhlman Memberitahu Saya Rahsia Pelayanan Penyembuhannya

Kathryn Kuhlman

Lebih 43 tahun selepas kematiannya, Kathryn Kuhlman masih menginspirasikan orang untuk berjalan dalam Roh Kudus. Pelayanan penyembuhan mukjizatnya telah menyentuh bilangan jiwa yang tidak terkira. Ramai telah meninggalkan kebaktian-kebaktiannya disembuhkan atau dipenuhi dengan Roh Kudus. 

Selasa, 2 Julai 2019

Sejarah Kebangkitan Karismatik Di Kalangan Anglikan Sabah

Peta 1970 menunjukkan Tongod (dalam bulatan merah)

Ramai Anglikan Sabah hari ini akan menggelarkan diri mereka sebagai "Karismatik"atau "Dipenuhi Roh Kudus." Bagaimanakah identiti ini, yang tidak sejagat dalam Anglikanisme di sekeliling dunia, telah terbentuk dalam Diosis Sabah?

Rabu, 14 November 2018

"Itu Mukjizat Dan Itulah Cara Tuhan Merancangkannya": Doktor-Doktor Tergamam Apabila Ketumbuhan Otak Lenyap


Seorang lelaki di Lodi, yang telah dikesan oleh doktor mengalami ketumbuhan kanser berbahaya, berkata bahawa ketumbuhan itu telah lenyap tanpa rawatan perubatan. Apa yang dia lakukan hanyalah meminta orang-orang seiman berdoa untuknya. 

Jumaat, 27 April 2018

Mukjizat Nyata Yang Benar-Benar Mengejutkan Penginjil, Mantan Atheis Ini


Pengarang dan penginjil Lee Strobel adalah dulunya seorang atheis yang bertugas sebagai editor hal-ehwal perundangan di Chicago Tribune sebelum memulakan perjalanan untuk menguji dan menidakkan kepercayaan Kristian - usaha yang sebaliknya telah membawanya memeluk iman itu. 

Strobel, yang kisah peribadinya telah diceritakan dalam filem Pure Flix, buku dan dokumentari bertajuk The Case for Christ, kini telah menerbitkan The Case for Miracles, sebuah buku penyiasatan baru yang berdasarkan fakta, temubual dan kajian untuk lebih lagi menyelidik hal-hal rohani.

Khamis, 28 September 2017

Sertailah KKR dan Penyembuhan Encounter J316 Di Stadium Malawati, Shah Alam!


Kebaktian Kebangunan Rohani & Penyembuhan Encounter J316 akan berlangsung mulai esok (30 Sep-1 Okt 2017). Penginjil Nathan Morris telah datang ke negara kita dalam 2 tahun lepas dan kita telah melihat kuasa Tuhan, kehausan dan respon untuk keselamatan, kebangunan rohani dan penyembuhan pada setiap kebaktian.

Sabtu, 8 Julai 2017

Tuhan Menyembuhkan Pendengaran Ibuku!

Pastor Yaya (berdiri, berbaju merah) dan ibunya (paling kiri)

Kesaksian Pastor Yaya:

Saya pastor Yaya, saya ingin kongsikan sedikit mengenai apa yang telah Tuhan lakukan dalam Kebaktian Supernatural baru-baru ini, di mana Ibu saya yang berasal dari Sabah, telah mengalami kesembuhan. Setelah telinga sebelah kirinya tidak dapat mendengar selama lebih kurang sepuluh tahun, pada upacara malam ketiga, ia menerima kesembuhan sepenuhnya dari Tuhan Yesus, telinganya kirinya boleh mendengar sepenuhnya seperti normal. 

Jumaat, 7 Julai 2017

Tuhan Menyembuhkan Kawanku!


Kesaksian oleh Serene Foo:

30 Jun ke 2 Julai adalah malam-malam terbagus bagiku! Aku mengikuti Rali Penyembuhan Supernatural Encounter di Stadium MBPJ yang dipenuhi beribu-ribu orang. Aku dapat melihat dengan mataku sendiri bagaimana Tuhan bekerja menerusi doa dan iman. Orang buta melihat, orang tuli mendengar, yang timpang berdiri dan berlari. Ianya sesungguhnya detik paling sukacita untuk disaksikan. 

Selasa, 27 Jun 2017

Kebaktian Penyembuhan "Supernatural Encounter" Bersama Moldonado Pada 30 June - 2 Julai 2017


Kebaktian Penyembuhan "Supernatural Encounter" akan diadakan di Stadium MBPJ (Kelana Jaya) pada 30 Jun - 2 Julai 2017. Kebaktian ini di mana doa untuk orang-orang sakit dan kurang upaya yang disertai dengan iman pengkhutbah utama Guillermo Maldonado, dijangka akan menampakkan banyak tanda-tanda, keajaiban dan mukjizat.