Khamis, 28 September 2017

Sertailah KKR dan Penyembuhan Encounter J316 Di Stadium Malawati, Shah Alam!


Kebaktian Kebangunan Rohani & Penyembuhan Encounter J316 akan berlangsung mulai esok (30 Sep-1 Okt 2017). Penginjil Nathan Morris telah datang ke negara kita dalam 2 tahun lepas dan kita telah melihat kuasa Tuhan, kehausan dan respon untuk keselamatan, kebangunan rohani dan penyembuhan pada setiap kebaktian.

Pada 2015, Wisma MCA dengan tempat duduk lebih 3,000 telah penuh sesak sehingga ke bilik-bilik tambahan dan begitu juga dengan Calvary Convention Centre yang mempunyai lebih 5,000 tempat duduk pada 2016.  

Para hadirin dalam KKR masa lepas bersama Nathan Morris

Tuhan sedang melakukan sesuatu yang belum pernah terjadi di Malaysia - ini adalah Kebaktian Kebangunan Rohani dan Penyembuhan Encounter yang ke-2 diadakan tahun ini di stadium (Supernatural Encounter adalah yang pertama diadakan pada Jun). Kita percaya bahawa Tuhan akan memberikan pencurahan Roh Kudus yang lebih dahsyat sambil kita berkumpul setiap malam di Stadium Melawati yang boleh menduduki 10,000 orang 
.
Salah satu daripada kesaksian penyembahan dalam acara masa lepas Nathan Morris

Kami percaya mesej Tuhan yang tepat pada waktunya melalui Nathan Morris dan penyembahan yang diurapi oleh Lydia Marrow akan membawa kuasa dan kemuliaan Tuhan ke atas negara dan menjadi pemangkin kebangunan rohani di gereja-gereja tempatan. Kami berdoa agar ramai akan mengalami pertemuan peribadi dengan Yesus Kristus dan tanda-tanda serta mukjizat akan terjadi. 

Kami menggesa anda untuk menyertai kami dan membawa keluarga serta kawan-kawan anda.

Butir-butir lanjut:

  • 7.30 malam, 29 Sep - 1 Okt (Jumaat - Ahad)
  • Stadium Malawati, Shah Alam
  • Masuk percuma, dengan gelang tangan (yang boleh didapati di luar pintu masuk utama stadium pada malam kebaktian)
  • Sesi-sesi akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Cina, Tamil dan Bahasa Malaysia.

(Diterjemahkan daripada artikel Christianity Malaysia bertarikh 9 September 2017)