Memaparkan catatan dengan label Amazing Grace. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amazing Grace. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mei 2015

Kisah Di Sebalik Lagu "Amazing Grace"

John Newton
Sering kita berfikir bahwa lagu-lagu pujian umat Kristian dan nyanyian-nyanyian rohani yang dikumandangkan di gereje-gereja, pasti diciptakan oleh orang-orang yang kehidupannya saleh. Namun sebenarnya tidak demikian. Masa lalu kehidupan pencipta nyanyian rohani ini bermacam-macam. Mereka manusia biasa seperti kita. Tidak jarang di antara mereka, memiliki masa lalu yang sangat kelam dan bahkan menjijikkan, kita fikir mungkin Tuhan tidak akan pernah mahu memakai mereka untuk mengharumkan nama-Nya. Apakah benar fikiran seperti itu?

Isnin, 11 Mei 2015

Andrew Chan Menyanyikan "10,000 Reasons" Ketika Ditembak Mati, Balunya Memberitahu Jemaat Semasa Pengkebumian

Febyanti Herewila diberi kata-kata sokongan dari kawan dan keluarga selepas selesainya
kebaktian pengkebumian Andrew Chan (Gambar AAP/Dan Himbrechts)

Pengkebumian penyeludup dadah ke Bali yang telah menjalani hukuman mati, Andrew Chan yang telah menjadi Kristian di penjara dan telah melayani sebagai pastor kepada para tahanan lain, telah diadakan di Hillsong Church di Sydney dalam suasana penuh emosi.

Jumaat, 1 Mei 2015

Mengapa Mereka Bernyanyi Ketika Di Hadapan Hukuman Mati?


Wahyu 'wepe' Pramudya
Oleh Wahyu 'wepe' Pramudya:

“Mengapa mereka bernyanyi ketika di hadapan hukuman mati, Pak Pendeta?” demikian bunyi sebuah pesan di inbox akaun facebook saya.” Apakah Pak Pendeta tahu lagu Amazing Grace yang mereka nyanyikan di hadapan para penembak yang mengarahkan senjata api pada mereka?”


Khamis, 30 April 2015

Mesej Teks Dari Salah Seorang Tahanan "Bali Nine" Sebelum Menjalani Hukuman Tembak Mati

Andrew Chan  (Gambar AAP)

Dari bilik selnya untuk banduan yang dihukum mati, Andrew Chan salah seorang warga Australia yang telah menjalani hukuman mati di Indonesia hari ini atas tuduhan mengedar dadah, telah sebelum ini bertukar-tukar mesej dengan seorang wartawan Australia mengenai dadah, liga ragbi, penyesalan, keinsafan dan akhirnya penebusan, dalam menemukan Tuhan dan juga mengasaskan sebuah rumah anak yatim sebelum hukuman matinya dilaksanakan oleh pasukan penembak pada awal pagi ini.

Dalam laporan yang diterbitkan oleh Daily Telegraph, banduan yang menanti hukuman mati itu telah berhubung dengan wartawan Phil Rothfield beberapa  bulan lalu.