Memaparkan catatan dengan label Si Domba Putih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Si Domba Putih. Papar semua catatan

Isnin, 3 November 2025

Mesej Sulit Enigma Yang Membawa Impak Besar Dalam Peperangan Dunia Kedua


Pada malam tadi. saya menonton filem dokumentari mengenai Mesin Kod Enigma yang menjadi bahagian penting dalam Perang Dunia Kedua. Pihak Jerman yang menggunakan Mesin Enigma percaya mesin itu yang mencipta secara rambang kod rahsia dengan berbilion kemungkinan adalah mustahil dipecahkan kodnya.

Rabu, 27 Ogos 2025

Hari Ini Hari Yang Bagus!


Ketika aku bangun pagi, tercetus kata-kata ini dihatiku, "Hari ini hari yang bagus."

Aku terus mengucapkan amen terhadap kata-kata itu!

Isnin, 26 Ogos 2024

Mengapakah Saya Boleh Bersarapan Tetapi Tidak Bersaat Teduh?


Saat Teduh adalah waktu peribadi kita dengan Tuhan dalam doa dan Firman. Kita boleh adakan Saat Teduh pada waktu pagi, petang atau malam. Ada orang yang suka lakukan pada waktu pagi, dan ada yang suka lakukan pada waktu malam.

Isnin, 22 April 2024

Borang "Rekod Bacaan Alkitab"


Pada tahun lepas saya telah mencetak borang rekod bacaan Alkitab untuk ahli-ahli gereja saya. Semalam saya terkejut apabila anak saya memberitahu bahawa dia sedang menggunakan borang yang telah saya cetak tahun lepas. Saya gembira, pertamanya, kerana dia sedang membaca Alkitab, dan keduanya, dia bertekad membaca seluruh Alkitab menggunakan borang yang telah dicetak itu.

Rabu, 3 Januari 2024

2024 - Melupakan Yang Lama dan Melakukan Yang Baru?


Saya sering terfikir mengenai ayat dari Filipi 3:13-14 ketika tahun baru, "... tetapi satu perkara kulakukan: Melupakan segala yang di belakang dan cuba mendapatkan segala yang di hadapan, aku terus berusaha ke arah matlamat...."

Rabu, 22 Mac 2023

Aku Hanya Dapat "One Thing, One Place at One Time"


Aku Hanya Dapat "Satu Perkara, Satu Tempat pada Satu Masa"

Di media sosial dan di mana-mana saja anda akan membaca mengenai filem "Everything, Everywhere All At Once" yang telah memenangi 7 anugerah Oscar baru-baru ini termasuklah Oscar untuk pelakon wanita terbaik bagi Michelle Yeoh, yang berasal dari Ipoh, Malaysia.

Aku bukan menulis mengenai filem itu. Yang aku nak tulis adalah mengenai suatu mimpi yang aku alami beberapa tahun yang lepas.

Khamis, 22 Disember 2022

Apakah Hadiah Yang Engkau Bawa Krismas Ini?


Oleh Si Domba Putih:

Seringkali orang akan membawa hadiah ke gereja semasa Krismas untuk acara bertukar-tukar hadiah dan sebagainya. Krismas seakan musim untuk memberi dan menerima hadiah.

Selasa, 23 Ogos 2022

Selangkah Demi Selangkah, Setiap Langkah Bersama Yesus


Oleh: Si Domba Putih:

Bagaimanakah aku dapat melupakan malam itu?

Aku sedang berjalan ke arah gerai-gerai makan di kawasan Sabindo di Tawau. Aku berjalan melepasi kedai Top Shop dan sekarang di jalan yang sunyi di belakang kedai itu.

Isnin, 15 Ogos 2022

Aku Akan Melindungi Engkau, dan Aku Akan Membawa Engkau Kembali ke Negeri Ini


Oleh Si Domba Putih:

Aku masih ingat bertahun lalu, setelah habis pengajian di kolej, aku sedang bersedia untuk mengambil penerbangan merentasi Laut China Selatan untuk pekerjaan tetap pertamaku.

Rabu, 30 Mac 2022

Ketika Ayah Mertuaku Memberi Persepuluhan


Aku menyayangi mendiang ayah mertuaku. Dia seorang yang suka bercerita. Dia sering bercerita mengenai masa kecilnya ketika negara di bawah penjajahan Jepun. Pada waktu itu mereka semua perlu belajar Bahasa Jepun dan menyanyi lagu-lagu Jepun  di sekolah. Dia masih ingat sekerat dua lagu Jepun yang telah dipelajarinya.

Selasa, 8 Mac 2022

Pelajaran Yang Penting Daripada Mentari, Bumi dan Bulan!


Kita semua tahu bahawa bumi berputar mengelilingi matahari, manakala bulan pula berputar mengelilingi bumi. Itulah yang telah kita belajar dari mata pelajaran sains sewaktu di bangku sekolah.

Dalam sekolah kehidupan pula, Tuhan telah mengajarku sesuatu mengenai pelayanan daripada mentari, bumi dan bulan.

Sabtu, 12 Februari 2022

Seorang Pelayan Restoran Yang Matanya Tertuju Kepada-Ku

 
Aku sedang memikirkan hal ini pada suatu hari. Aku bimbang bahawa kesibukanku akan membuat aku hilang fokus dalam kehidupan. 

Tiba-tiba tanpa disangka aku mendapat suatu penglihatan dari Tuhan.

Rabu, 7 April 2021

Saya Bermimpi Ambil Peperiksaan!


Peperiksaan bukanlah sesuatu yang paling disukai orang, namun itulah yang saya mimpikan beberapa hari lepas.

Dalam mimpi itu, saya sedang menjawab soalan peperiksaan di sebuah dewan yang kecil. Saya melihat penyelia peperiksaan tersenyum di hadapan saya. Wajahnya mirip seorang yang saya kenal.

Khamis, 31 Disember 2020

10 Artikel Paling Popular Di Blog Domba2Domba Tahun 2020


Tahun 2020 sudah sampai penghujungnya. Tibalah masanya untuk menilai kembali artikel-artikel yang paling popular di blog domba2domba sepanjang tahun 2020! Dari Januari ke Disember, kami telah memuatkan 133 artikel berkaitan kehidupan Kristian dalam pelbagai bentuk - berita, kesaksian, pengajaran dan lain-lain.

Khamis, 20 Februari 2020

Hidupmu Istimewa!


Jam di dinding sudah 12.30 tengahari. Aku ke bilik tidur menyalin pakaian untuk keluar beli makanan bagi anak-anak di rumah. Aku berlutut berdoa sekejap di bilik sebelum keluar.

"Hidupmu istimewa!" begitulah kata-kata yang tercetus dalam fikiranku sambil aku memandu keretaku keluar rumah. Kata-kata itu seperti suatu inspirasi baru daripada Tuhan. Kehidupanku sungguh istimewa! Hidup setiap orang di muka bumi sungguh istimewa! Setiap orang unik dan istimewa. Tidak ada dua yang sama di dunia.

Selasa, 31 Disember 2019

10 Artikel Paling Popular Di Blog Domba2Domba Tahun 2019


Tahun 2019 sudah dekat penghujungnya. Tibalah masanya untuk menilai kembali artikel-artikel yang paling popular di blog domba2domba sepanjang tahun ini! Dari Januari ke Disember, kami telah memuatkan 237 artikel berkaitan kehidupan Kristian dalam pelbagai bentuk - berita, kesaksian, pengajaran dan lain-lain.

Isnin, 6 Mei 2019

Artikel Popular 5 Bintang Di Blog Domba2Domba


Filem Avengers: End Game sedang mendapat sambutan amat hebat di pawagam-pawagam tempatan dan luar negeri. Ada beberapa orang kawan cuba memberikan ranking bintang mereka untuk filem Marvel yang epik ini. Berapakah bintang yang akan anda berikan untuk filem itu?

Isnin, 10 September 2018

Mimpi: "Buaya Di Tepi Pantai"


Bertahun yang lalu, saya pernah bermimpi suatu suasana yang indah di tepi laut. Dalam mimpi itu, saya melihat rumah kampung yang terbina di tepi pantai. Pemandangannya cantik sekali.