Jam di dinding sudah 12.30 tengahari. Aku ke bilik tidur menyalin pakaian untuk keluar beli makanan bagi anak-anak di rumah. Aku berlutut berdoa sekejap di bilik sebelum keluar.
"Hidupmu istimewa!" begitulah kata-kata yang tercetus dalam fikiranku sambil aku memandu keretaku keluar rumah. Kata-kata itu seperti suatu inspirasi baru daripada Tuhan. Kehidupanku sungguh istimewa! Hidup setiap orang di muka bumi sungguh istimewa! Setiap orang unik dan istimewa. Tidak ada dua yang sama di dunia.
Kita sering saja terlupa betapa istimewanya kita. Tiada yang sama seperti kita di seluruh muka bumi!
"Hidupmu istimewa bagi-Nya!" fikiranku terus mengalir dengan kata-kata. Ya hidupku memang istimewa, dan sangat istimewa bagi Tuhan. Dia memberikan Anak-Nya sendiri untuk menebusku dari dosa. "Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Dia telah mengurniakan Anaknya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal." (Yoh 3:16)
Begitu istimewanya kita di mata Tuhan!
Begitu istimewanya kita di mata Tuhan!
"Hidupmu istimewa di dalam-Nya!" kata-kata yang seterusnya mengalir dalam fikiranku dan membuat aku terfikir. Aku sampai dan duduk di kedai makan. Bagaimanakah hidupku istimewa di dalam-Nya?
Aku berfikir sejenak dan inilah jawapan yang kudapat: Hidupku istimewa di dalam-Nya sebab aku memiliki hidup baru di dalam-Nya. Dan di dalam hidup baru itu, aku memiliki kasih, damai dan sukacita yang sejati!
"Dalam Dia ada hidup dan hidup itu adalah terang manusia." (Yoh 1:4)
Dengan bungkusan makanan yang sudah dibeli, aku memandu balik ke rumah. Tiba-tiba aku terfikir pula. Ya, hidupku istimewa sebab aku memiliki hidup baru. Tetapi ada satu lagi sebab mengapa hidupku istimewa di dalam-Nya:
Ianya kerana aku memiliki Dia yang Teristimewa - Yesus Kristus, Tuhan dan Juruselamatku!
Tiada yang seperti Dia dalam hidupku!
- Si Domba Putih