Ahad, 23 Februari 2020

Beberapa Senario Peralihan Kuasa Di Parlimen Malaysia


PETALING JAYA: Dengan pemerintahan Pakatan Harapan dikatakan dalam bahaya oleh kerana desas-desus bahawa ianya telah kehilangan majoritinya di Parlimen, terdapat spekulasi kuat bagaimana keseimbangan kuasa telah beralih. 

Dalam Parlimen yang terdiri daripada 222 kerusi, majoriti mudah untuk membentuk kerajaan adalah 112 kerusi. 

Sebelum keadaan masa kini muncul, Pakatan beserta dengan rakan-rakannya Warisan dan Upko memiliki sejumlah 139 kerusi:

Kedudukan Parlimen pada 23 Feb 2020

Terdapat pelbagai senario di mana Pakatan boleh kehilangan majoritinya, termasuklah yang berikut:

* Jika hanya Bersatu (26) menarik diri, Pakatan akan masih tinggal 113 kerusi. Pakatan masih akan berkuasa.

* Jika Bersatu menarik diri dengan sekurang-kurang sedozen Ahli Parlimen PKR, termasuk Azmin dan penyokong-penyokong rapatnya, Pakatan hanya akan tinggal 101 kerusi. Pakatan akan kehilangan kuasa.

* Jika Bersatu menarik diri dengan sekurang-kurang sedozen Ahli Parlimen PKR beserta juga Warisan (9) dan Upko (1), Pakatan hanya akan tinggal 91 kerusi. Pakatan akan kehilangan kuasa.

* Jika Bersatu menarik diri dengan sekurang-kurang sedozen Ahli Parlimen PKR, Warisan, Upko dan beserta semua Ahli Parlimen daripada Umno (39), PAS (18), Gabungan Parti Sarawak (18) bergabung bersama, perikatan baharu itu akan memiliki 123 kerusi, cukup untuk membentuk kerajaan. 

(Diterjemahkan daripada artikel The Star bertajuk, "Possible Scenarios How Power Has Shifted In Parliament" yang ditulis oleh Razak Ahmad bertarikh 23 Februari 2020)