Media melaporkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dijadualkan bertemu dengan Raja-raja Melayu pada pagi ini untuk membincangkan perkembangan semasa dalam negara. Sementara itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Interim menyatakan bahawa satu sidang parlimen khas akan dipanggil pada hari Isnin (2 Mac) untuk memilih Perdana Menteri yang baharu.
Inilah waktunya kita berdoa untuk Raja-raja dan para pembesar negara agar membuat keputusan yang bijak dalam pemilihan Perdana Menteri ke-8 Malaysia.
Pertama-tama aku menasihatkan: Naikkanlah permohonan, doa syafaat dan ucapan syukur untuk semua orang, untuk raja-raja dan untuk semua pembesar, agar kita dapat hidup tenang dan tenteram dalam segala kesalehan dan kehormatan. (1 Tim 2:1-2)
Apakah yang kita harus doakan untuk Negara?
1. Untuk pentadbiran negara yang baik.
"untuk raja-raja dan untuk semua pembesar..." (ayat 2)
2. Untuk kehidupan yang tenang dan tenteram.
"agar kita dapat hidup tenang dan tenteram..." (ayat 2)
3. Untuk kehidupan yang saleh dan penuh kehormatan.
"dalam segala kesalehan dan kehormatan..." (ayat 2)
4. Untuk melaksanakan kehendak Allah.
"Itulah yang baik dan yang berkenan kepada Allah, Juruselamat kita..." (ayat 3)
5. Untuk keselamatan semua orang.
"yang menghendaki supaya semua orang diselamatkan..." (ayat 4)