Memaparkan catatan dengan label Tokoh Lumba Renang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh Lumba Renang. Papar semua catatan

Ahad, 14 Ogos 2016

Michael Phelps dan Joseph Schooling - Mengejar Impian Di Hati

Joseph Schooling bergambar dengan pingat emas selepas memenangi kuak kupu-kupu 100m
dengan Michael Phelps di sebelahnya. (Foto: Dominic Ebenbichler/Reuters)

Oleh Andy Bull:

Kisah mengenai Michael Phelps berakhir dengan kesudahan yang tidak disangka, seperti kisah-kisah lain yang bagus. Dia tewas dalam perlumbaan solo yang terakhir dalam karirnya, kuak kupu-lupu 100m, kepada Joseph Schooling, perenang 21 tahun dari Singapura. Phelps tidak terlalu sedih mengenainya. Dia memiliki 22 emas, tetapi ini adalah emas yang pertama Schooling, dan Singapura. Phelps merasa dia boleh terlepaskannya. Tetapi lebih dari itu, dia menemukan suatu kepuasan dalam kekalahan yang sepertinya lebih penting baginya dari satu lagi pingat emas. 

Sabtu, 13 Ogos 2016

Simone Manuel Mencatat Sejarah Dan Memberi "Segala Kemuliaan Kepada Tuhan"

Simone Manuel kelihatan terkejut setelah menyedari kemenangannya dalam 100m gaya bebas

Dalam minit pertama selepas memenangi 100m gaya bebas dan mencatat rekod baru Olimpik pada Khamis malam di Rio de Janeiro, pemenang Amerika Syarikat, Simone Manuel telah ditanya oleh satu siaran TV apa yang sedang difikirkannya. Manuel yang penuh emosi menjawab, "Yang dapat saya katakan hanyalah segala kemuliaan kepada Tuhan."

Selasa, 9 Ogos 2016

Bakat Renang Pelarian Kristian Ini Menyelamatkan Banyak Nyawa, Kini Dia Bertanding Untuk Emas Di Olimpik


Yusra Mardini adalah seorang perenang berbakat yang telah berjaya sampai ke Rio untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Olimpik 2016. Bakat sukan itu telah menyelamatkan nyawanya hampir setahun yang lalu.

Isnin, 8 Ogos 2016

Jatuh Bangkit Michael Phelps - Pemenang Pingat Terbanyak Dalam Sejarah Olimpik

Michael Phelps membawa bendera Amerika Syarikat dalam acara pembukaan Olimpik Rio 2016

Sebagai pemenang pingat paling banyak di Olimpik di antara semua sukan untuk sepanjang masa, perenang Amerika Syarikat, Michael Phelps telah membawa bendera Amerika Syarikat pada Jumaat malam dalam perarakan peserta-peserta Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Tetapi dia juga membawa unsur-unsur lain yang sangat peribadi ke Olimpiknya yang kelima. Dia sedang menikmati acara yang gemilang ini selepas melalui waktu yang sangat gelap dalam hidupnya yang kemudiannya dia telah mendedahkan bahawa buku Rick Warren, The Purpose Driven Life telah mengalihkannya dari membunuh diri. 

Khamis, 4 Ogos 2016

Jaguh Olimpik, Michael Phelps Terselamat Dari Bunuh Diri Oleh Buku "The Purpose Driven Life"

Michael Phelps dengan buku, The Purpose Driven Life" di tangannya

Michael Phelps - ahli sukan dengan paling banyak pingat dalam sejarah Olimpik, yang telah memenangi 22 pingat, 18 daripadanya emas, ketika berenang dalam empat kejohanan Olimpik - begitu kecewa pada September 2014 sehingga dia terfikir untuk menamatkan nyawanya, majalah ESPN mendedahkan dalam edisi 18 Julainya.