Crystal Bassette menghabiskan tempoh sepuluh tahun dalam industri filem dewasa dan telah membintangi dalam lebih 100 filem. Dia telah menjalani kehidupan yang mewah dan tidak ada niat untuk berhenti. Sehinggalah dia mengalami satu pertemuan yang berkuasa dengan Yesus, dan mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia pornografi dan memulakan hidup baru dengan Tuhannya. Oh, dan dalam perjalanannya itu dia telah menjadi pastor. Kisahnya sungguh menakjubkan!
"Ianya pasti sekali perubahan yang mutlak. Ianya beralih dari satu hujung ke hujung yang lain. Saya perlu tinggalkan seluruh kehidupan lama itu," menurut The Daily Mail. Crystal hamil ketika berusia 16 tahun dan mula menjadi penari untuk membayar sewa. Kemudan dia bertemu seorang agen industri filem dewasa dan dengan cepat mendapat $30,000 sebulan. Tetapi dari mula dia telah merasakan sesuatu yang tidak betul mengenainya.
"Saya masih ingat selepas penggambaran pertama, saya duduk di bilik mandi dan menangis untuk dua jam'" kata Crystal. "Kemudian saya berhenti selepas penggambaran itu dan tidak kembali ke situ selama hampir sebulan."
"Tetapi akhirnya saya kembali lagi ke situ dan ketika itu saya cuba mengebaskan perasaan saya melalui ubat tahan sakit dan meminum alkohol untuk melalui penggambaran," ingat Crystal. Dia membeli rumah yang besar dan menjadi tetap dalam kerjanya sebagai pelakon filem dewasa.
Crystal menari di kelab malam |
"Saya memiliki rumah di Malibu. Saya memiliki kelab malam. Saya memiliki tujuh kereta. Saya memiliki sebuah Ferrari, dua buah Escalades, ianya gila betul," katanya.
Sementara itu, ibu bapanya tidak menyedari sepenuhnya apakah jenis kerja yang dilakukannya. Bagaimanapun, pada suatu hari, itu berubah dalam satu kejadian yang tidak disangka. "Ayah saya seorang pemandu lori. Dia pergi ke bilik rehat, dan di situ ada majalah. Dan majalah itu terbuka dan menunjukkan anak perempuannya dalam keadaan bogel. Jadi itulah kali pertama dia mengetahui mengenai kerjaya saya dalam industri filem dewasa. Jadi itu hari yang buruk."
Keadaan buruk bertambah buruk. Pada 2014, Crystal mengalami kemalangan jalan raya dan disabitkan kesalahan memandu ketika mabuk. Kejadian itu mengubah perspektifnya mengenai hidupnya dan dia mula mencari sesuatu yang lebih bererti. Dia mencari perteduhan di gereja, dan dengan cepat menyedari bahawa dia memerlukan Yesus. Dia sedang duduk di Gereja pada suatu Ahad ketika pastornya mula menyampaikan Injil. Dengan serta-merta Roh Kudus menyatakan kepada Crystal akan dosa-dosanya dan pastor itu mengundangnya untuk kehidupan baru bersama Yesus. "Pada hari saya diselamatkan, saya merasa seperti pastor itu sedang berbicara terus kepada saya," dia mengingat kembali.
"Ianya seolah-olah dia berkhutbah hanya kepada saya, dan kamu tahu hari itu saya rasa bahawa Tuhan sedang berbicara kepada saya melalui khutbahnya dan semua yang dikatakannya betul benar rasanya."
"Saya berlutut dan berdoa kepada Tuhan untuk membebaskan saya daripada segalanya dan ibu saya ada d situ dan kakak saya pun datang kepada saya dan kami semuanya menangis. Dan itulah hari saya diselamatkan."
"Selepas kita diselamatkan, kita tahu apa yang kita lakukan dahulu itu salah, dan sesuatu yang kita tidak ingin lakukan lagi. Saya tidak pernah berbalik lagi, dan saya tidak akan berbalik lagi," begitu kata Crystal.
Crystal telah berkahwin dengan David |
Crystal seterusnya mendapatkan pengajian sebagai pembantu guaman dan pastor. Kini dia dan David telah merintis Gereja mereka sendiri, New Beginnings Christian Life di Fulton, New York, dan berharap dapat menggunakan kisah mereka untuk memberi inspirasi kepada orang-orang lain untuk datang dan mengikuti Yesus.
"Apa yang saya inginkan orang dapat dari kami adalah Tuhan boleh mengampuni kita tanpa mengira masa lalu kita. Saya berharap ianya mengggalakkan semua orang lain untuk melakukan yang sama, dan menyedari bahawa wang dan kemashyuran bukanlah maksud kehidupan," kata David.
Crystal percaya bahawa kasih rahmat Yesus Kristus telah mentransformasikannya sepenuhnya dari dalam hingga ke luar. Kini dia membawakan berita baik Injil kepada orang-orang lain.
"Masa lampau saya telah menjadikan saya yang hari ini dan Tuhan telah mengubah hidup saya sepenuhnya."
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Hello Christian bertajuk, "This Former Pornstar Met Jesus And Now Pastors A Church With Her Husband" yang ditulis oleh Will Maule bertarikh 8 Mac 2017)