Memaparkan catatan dengan label gembala2gembala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gembala2gembala. Papar semua catatan

Khamis, 12 November 2015

Corat-Coret: "Ketika Saya Menulis..."


Saya telah terjemahkan satu lagi artikel untuk blog gembala2gembala semalam. Mungkin ada kawan-kawan yang tertanya-tanya, "Adakah apa-apa kaitan antara blog domba2domba dan gembala2gembala?" memandangkan kedua-dua blog mempunyai gaya nama yang serupa.

Khamis, 10 Oktober 2013

Blog-Blog Baru Di Tahun Jubilee

Ulangtahun Jubilee Malaysia (Tahun ke-50 penubuhan Malaysia dengan penggabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak) telah dirayakan baru-baru ini pada 16 September 2013. Apakah pengalaman anda sepanjang Tahun Jubilee? Bagi diriku, aku telah menyaksikan kebaikan dan kesetiaan Tuhan dalam kehidupan dan pelayanan sepanjang Tahun Jubilee ini. Dalam penulisan blog umpamanya, aku telah melihat blog domba2domba mencapai 100,000 pageviews pada 18 Mei 2013.

Dalam Tahun Jubilee ini, aku juga telah memulakan dan mengaktifkan dua blog baru, dan blog-blog tersebut telah mendapat sambutan baik walaupun masih baru. Berikut ialah blog-blog yang kukendalikan kini (setiap blog mempunyai perbezaan dan pengkhususannya masing-masing);


Blog domba2domba ialah blog kesaksian yang bertemakan "Kisah dalam Kehidupan Kristian" telah dimulakan pada 9 April 2011. 
Fokus: Kisah Kehidupan

Blog Nota Si Domba Putih ialah blog renungan Firman Tuhan yang telah dimulakan pada 26 Ogos 2013.
Fokus: Nota Firman

Blog gembala2gembala pula ialah blog pelayanan yang bertemakan "Petua dalam Pelayanan Kristian" telah diaktifkan pada 14 Jun 2013. 
Fokus: Petua Pelayanan