Memaparkan catatan dengan label Hillsong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hillsong. Papar semua catatan

Isnin, 14 September 2026

Hillsong Worship di Kota Kinabalu - Meriah dengan Pujian dan Penyembahan yang Menyentuh Hati


KOTA KINABALU: Kumpulan muzik terkenal antarabangsa, Hillsong Worship membuat penampilan sulung di Kota Kinabalu menerusi konsert Hillsong Worship Nights Asia Tour 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad.

Jumaat, 11 September 2026

Malam Indah Bersama Hillsong Worship di Kuala Lumpur

Hillsong Worship di Kuala Lumpur, 9 September 2026

✨𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, MALAM YANG INDAH! 🙌

Hillsong Worship Nights Asia Tour telah menyemarakkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur, mengumpulkan bersama lebih 3,000 para hadirin untuk malam muzik, pertemuan dan penyembahan yang menakjubkan. ❤️‍🔥

Sabtu, 5 September 2026

Eylia Guntabid Pembuka Persembahan Hillsong Worship di Kota Kinabalu


KOTA KINABALU: 5 September 2026 — Penyanyi kelahiran Sabah, Eylia Guntabid dipilih sebagai artis pembuka persembahan Hillsong Worship di Kota Kinabalu pada 13 September ini.

Sabtu, 22 Ogos 2026

Pelayanan Percuma atau Industri Berbayar? - Pastor Peter de Run


Oleh Pastor Peter de Run:

Membaca hujah-hujah tentang konsert Hillsong di Sabah yang ditulis beberapa pempengaruh Kristian di Malaysia membuat saya tersenyum dan juga gelengkan kepala. Memang banyak lapisan fahaman dan prejudis terkandung dalam setiap posting. Tapi satu hal jelas: Saya mendengar penyataan keresahan yang tinggi dari anda.

Pandangan Saya Mengenai Kedatangan Hillsong ke Kota Kinabalu - Cyril E. Justin


Oleh Cyril E. Justin:

Ini isi hati saya tentang kedatangan Hillsong di KK, dan saya berusaha menyampaikan ini dengan telus dan bertanggungjawab.

Khamis, 30 Julai 2026

Hillsong Worship Cipta Sejarah, Pilih Kota Kinabalu Destinasi Pertama di Malaysia Timur

KOTA KINABALU: 30 Julai 2026 – Kumpulan muzik penyembahan Kristian bertaraf antarabangsa, Hillsong Worship, bakal mencipta sejarah ketika mengadakan persembahan sulung mereka di Kota Kinabalu menerusi Hillsong Worship Nights Asia Tour 2026 pada 13 September ini di Sabah International Convention Centre (SICC).

Jumaat, 1 April 2022

"Aku Sungguh Mohon Maaf," Kata Brian Houston

Brian dan Bobbie Houston

Pengasas Hillsong, Brian Houston telah memohon maaf kepada anggota-anggota gereja setelah meletakkan jawatan atas dakwaan salah laku.

Dalam satu emel kepada ahli-ahli gereja yang diperolehi dari Eternity, bekas Senior Pastor Global Hillsong itu berkata dia "sungguh mohon maaf" atas kegagalannya dan bahawa "tidak ada orang lain untuk dipersalahkan selain diri saya untuk keadaan yang saya hadapi ini."

Khamis, 31 Mac 2022

Bagaimanakah Kita Harus Respons Terhadap Skandal Di Hillsong?


Oleh J. Lee Grady:

Hillsong telah menjadi nama paling popular dalam muzik penyembahan Kristian selama lebih dari dua dekad, dan rangkaian gereja-gereja Hillsong telah mendirikan gereja di 30 negara sejak diasaskan pada 1983 di Australia. Keahlian globalnya dianggarkan 150,000. Tetapi suatu siri skandal telah menggoncang pergerakan itu dalam tempoh dua tahun yang lepas, menyebabkan pengasasnya, Briah Houston meletakkan jawatan ketika berhadapan dakwaan perilaku tidak senonoh dan dakwaan penyembunyian kes.

Rabu, 23 Mac 2022

Pengasas Gereja Hillsong, Brian Houston Letak Jawatan


Brian Houston telah meletakkan jawatan dari Gereja Hillsong, gereja yang telah diasaskannya hampir 40 tahun yang lalu dan yang telah dipimpinnya sebagai senior pastor global.

Ahad, 30 Januari 2022

Brian Houston Undur Diri Dari Jawatan Senior Pastor Global Hillsong


Brian Houston, pengasas bersama megachurch dan empayar media Hillsong, mengumumkan dia mengundur diri dari jawatan pastor senior global, memberitahu anggota-anggota gerejanya melalui video yang telah dirakam lebih awal, yang ditunjukkan semasa kebaktian pagi Ahad di ibu pejabat Hillsong di Sydney, Australia, bahawa dia akan mengambil cuti dari gereja sehingga penghujung tahun ini.

Khamis, 23 September 2021

Pastor Hillsong, Brian Houston Letak Jawatan Dari Lembaga Pentadbiran Gereja Untuk Menghadapi Dakwaan


Brian Houston pastor dan pengasas bersama Gereja Hillsong di Australia, telah meletakkan jawatan dari semua jawatan lembaga-lembaga pentadbiran gereja tetapi akan kekal sebagai senior pastor global.

Selasa, 20 Ogos 2019

Ketika Anak Bertanya Mengenai Marty Sampson


Oleh Si Domba Putih:

Malam tadi anak saya menanya saya mengenai Marty Sampson.

"Ayah tahukah mengenai pemimpin pujian Hillsong itu yang mengatakan dirinya meninggalkan iman Kristian?" katanya.

Jumaat, 19 Oktober 2018

Ahad Lepas Saya Beribadah Di Gereja Hillsong


Pada Ahad lepas saya beribadah di Gereja Hillsong London, yang terletak di kawasan pusat bandaraya London. Gereja itu menyewa Dominion Theatre untuk mengadakan empat kebaktian pada setiap hari Ahad.

Khamis, 20 September 2018

Hillsong Akan Bentuk Denominasi Sendiri

Pastor Brian Houston dan Hillsong Church

Hillsong telah mengundur diri daripada denominasinya untuk membentuk denominasinya sendiri. Dalam surat kepada Australian Christian Churches (ACC), Pastor Brian Houston merujuk kepada "jejak langkah" Hillsong yang semakin global sebagai sebab gereja multi-nasional itu ingin meninggalkan denominasi itu.

Selasa, 30 Januari 2018

Hillsong Menang Anugerah Grammy Untuk "What A Beautiful Name"


Ben Fielding dan Brooke Ligertwood secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada pastor-pastor mereka Brian dan Bobbi Houston dari Gereja Hillsong selepas kemenangan Grammy mereka malam tadi. 

Rabu, 12 Julai 2017

Lagu Pujian Kepada Yesus Oleh Kumpulan Pelajar Jadi Tular Dengan 15 Juta Tontonan Dalam Seminggu


Satu persembahan yang menakjubkan lagu pujian kepada Yesus telah menjadi tular di internet, menyentuh hati dan jiwa berjuta-juta orang di sekeliling dunia.

Jumaat, 17 Februari 2017

Dari Sydney ke Tel Aviv: Hillsong Akan Membuka Gereja Di Israel


Gereja megachurch Australia, Hillsong akan mengasaskan sebuah gereja di Tel Aviv, Israel, menurut satu pos Instagram daripada pastor senior Brian Houston.

Selasa, 15 November 2016

Kisah Di Sebalik Lagu "Kupercaya" (This I Believe - Hillsong)


Kali pertama lagu ini dinyanyikan di gereja kami, saya dapat merasakan ianya begitu berkuasa dan diurapi, sehingga jemaat menyanyikannya dengan penuh semangat dan bertenaga. Lagu "Kupercaya" ini asalnya dari lagu Hillsong bertajuk "This I Believe." Ianya telah diterjemahkan ke Bahasa Indonesia oleh Billy Simpson dari JPCC, dan dinyanyikan oleh Sidney Mohede (JPCC) dan Ben Fielding (Hillsong) semasa Hillsong Asia Tour di Jakarta pada 15 April 2016 (foto di sebelah).