Jumaat, 10 Februari 2023

Phil dan Lucinda Dooley Adalah Senior Pastor Global Baharu Gereja Hillsong


Gereja Hillsong memiliki pasangan senior pastor global baharu: Phil dan Lucinda Dooley.

Pasangan Dooley itu telah dilantik ke jawatan itu selepas berkhidmat sebagai pastor sementara berikutan perletakan jawatan pengasas Hillsong, Brian Houston. 

Stephen Crouch, pengerusi Lembaga Global Gereja Hillsong, memberitahu jemaat pada hari Ahad dan memuji pasangan Dooley itu kerana pelayanan mereka yang komited kepada gereja itu selama bertahun-tahun. 

"Phil dan Lucinda telah dibesarkan di gereja kita. Mereka telah melayani dalam pelbagai peranan, sebagai pastor muda-mudi, pastor puiian dan penyembahan, penjagaan pastoral, dan untuk 14 tahun yang lepas telah mendedikasikan hidup mereka untuk menubuhkan dan membina sebuah gereja yang giat bertumbuh di Afrika Selatan," kata pengerusi Lembaga Global Gereja Hillsong, Stephen Crouch pada hari Ahad.

Phil dan Lucinda diumumkan sebagai senior pastor global baharu Gereja Hillsong

"Kami percaya, yakni lembaga senior global percaya, bahawa mereka memiliki roh kepimpinan dalam hidup mereka," dia meneruskan. "Dan setelah kami telah memperhatikan mereka dengan dekat, dan seperti kamu telah memperhatikan mereka dengan lebih dekat, kamu dapat melihat bahawa mereka mengikuti Tuhan dengan segenap hati. Iaitu mereka adalah pengikut-pengikut Yesus."

Pengalaman pasangan Dooley sebelum ini termasuklah memimpin pelayanan muda-mudi dan orang dewasa muda Australia selama 12 tahun sebelum berpindah ke Cape Town, Afrika Selatan untuk melayani sebagai pastor utama Gereja Hillsong, Afrika, sebuah gereja dengan pelbagai lokasi di Afrika Selatan dan benua Afrika.

Perlantikan Phil dan Lucinda Doolley sebagai senior pastor global baharu Gereja Hillsong menandakan bab baharu dalam sejarah gereja itu. Pada tahun lepas, Brian Houston telah meletakkan jawatan dari jawatan tersebut berikutan beberapa skandal. Pasangan Dooley itu telah dinamakan sebagai pastor sementara pada ketika itu, tetapi telah secara rasminya mengambil alih pada hujung minggu lepas. 

(Diterjemahkan dari artikel Relevant Magazine bertajuk, "Phil and Lucinda Dooley Are The New Global Senior Pastors of Hillsong Church" bertajuk 8 Februari 2023)