Isnin, 13 Februari 2023

Enam Tahun Selepas Kehilangan Pastor Raymond Koh, Isterinya Berkata Pencarian Untuk Jawapan Tidak Akan Berhenti


PETALING JAYA, 12 Feb - Susanna Liew berkata dia dan keluarganya tidak akan berehat sehingga ada penutupan kepada kehilangan suaminya, Pastor Raymond Koh, enam tahun lalu pada hari ini.

Di acara doa berlilin yang diadakan di Majlis Gereja-Gereja Malaysia di Petaling Jaya malam ini untuk menandakan ulangtahun keenam penculikannya, Liew berkata tahun-tahun yang berlalu tanpa jawapan adalah pengalaman yang getir baginya dan keluarganya.

"Kami tidak ada maklumat terbaharu, tidak ada berita daripada pihak berkuasa atau kerajaan. 

"Namun begitu, kami masih berpegang dengan pengharapan," katanya semasa ucapannya. 

Dalam keadaan tiada penyelesaian, Liew berkata berpegang pada kepercayaan bahawa dia akan disatukan dengan suaminya pada suatu hari nanti, samada di dunia ini atau yang akan datang.

Dalam acara yang sama, anak perempuan Koh, Elizabeth, memberikan sedikit keterangan bagaimana keluarganya berusaha untuk tabah, dan berkongsi pelajaran yang dipelajarinya dalam perjalannnya berikutan pemculikan ayahnya, menyifatkan enam tahun itu bagaikan enam tali pada gitar.

Ucapannya adalah melalui rakaman video dari Amerika Syarikat, di mana dia sedang bekerja pada waktu ini.

Menurut Elizabeth, tahun pertama melambangkan rasa kekosongan baginya, manakala tahun-tahun berikutannya penuh dengan kekhuatiran, keraguan, pertumbuhan, kecekalan dan ketabahan. 

"Tahun keenam yang bermula tahun ini, saya inginkannya sebagai ketabahan - melakukannya sekali lagi. 

"Melalui kesakitannya sekali lagi. Melalui kegelapannya lagi dan lagi," katanya menggambarkan kegetiran dan kesedihan yang dialaminya sejak kehilangan ayahnya. 

Kawan-kawan kepada keluarga dan ahli-ahli gereja juga berkongsi kesaksian mereka mengenai Pastor Koh. 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Malay Mail bertajuk, "Six Year Since Pastor Koh's Disappearance, Wife Says Fight For Answers Will Be Unwavering" yang ditulis oleh Zarrah Morden bertrikh 12 Februari 2023)