Orang-orang Yahudi telah menterjemahkan Kitab Suci mereka dari bahasa Ibrani ke dalam bahasa Yunani - kitab bahasa Yunani itu yang terdiri dari Perjanjian Lama dikenali sebagai Septuagint.
Terjemahan-terjemahan Kitab Suci lebih tua dari Kekristianan sendiri. Kitab Suci Ibrani telah diterjemah ke dalam bahasa-bahasa lain yang biasa digunakan lama sebelum kedatangan Yesus Kristus, dan sebenarnya telah banyak mebantu gereja awal. Selepas Alexander the Great, bahasa Yunani (Greek) telah menjadi bahasa utama di kebanyakan dunia kuno itu. Ramai orang Yahudi yang telah tersebar ke merata dunia mula menuturkan bahasa Yunani sebagai bahasa utama mereka. Ini akhirnya membawa kepada keperluan untuk suatu terjemahan dalam bahasa Yunani.
Taurat (Kitab-kitab Musa, dari Kejadian sehingga Ulangan) telah diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani dalam kurun ke-3 Sebelum Masihi, diikuti tidak lama kemudian dengan kitab-kitab lain Perjanjian Lama.
Septuagint sering telah dikutip kata-katanya secara terus ke dalam Perjanjian Baharu dan adalah amat penting kepada gereja awal. Orang-orang Kristian bukan Yahudi tidak tahu bahasa Ibrani (Hebrew), oleh itu Septuagint adalah Kitab Suci mereka.
Walaupun ramai orang Kristian awal menuturkan bahasa Yunani, bukan semua menuturkannya, dan orang-orang Kristian tidak membiarkan Perjanjian Lama wujud hanya dalam terjemahan Yunani. Mereka telah membuat pelbagai terjemahan dari Septuagint Yunani ke dalam banyak lagi bahasa dari abad ke-2 hingga abad ke-9, termasuk Latin, Koptik, Ethiopik, Arabik, Gothik, Armenia, Georgia dan Slavonik.
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Christian Apologetics and Research Ministry bertajuk, "A Brief History of Bible Translations" yang ditulis oleh Luke Wayne bertarikh 17 April 2018)