Rhema Radio telah mengeluarkan video lagu karol "Angels We Have Heard On High" (Dari Pulau dan Benua) yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi tempatan dalam lima bahasa - Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Kenyah!
Memaparkan catatan dengan label Radio. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Radio. Papar semua catatan
Khamis, 28 Disember 2017
Rhema Radio Merayakan Krismas Juga Ulang Tahun Pertamanya
Rhema Radio adalah radio internet Kristian yang menyiarkan podcast mingguan mengenai topik-topik iman, budaya, muzik dan lain-lain lagi.
Rhema Radio telah merayakan Krismas dengan siaran "The Christmas Show" beberapa hari yang lepas. Itu adalah siarannya yang ke-53 dan juga menandakan genap setahun penyiaran radio internet Kristian Malaysia itu. Siaran mereka yang pertama setahun yang lalu, pada Disember 2016 juga bertema Krismas, "A Joyful Christmas."
Selasa, 22 Ogos 2017
Kes Mahkamah Untuk Stesen Radio Kristian Ditangguh Lagi Ke 7 September 2017
Semakan kehakiman yang dimohon oleh Ronnie Vun, seorang lelaki Sabah untuk perintah mahkamah untuk memulakan sebuah stesen radio Kristian di Sabah dan Sarawak telah ditangguhkan lagi ke 7 September. Berikut adalah catitan Facebook oleh Ronnie awal pagi tadi:
Jumaat, 28 Julai 2017
Semakan Kehakiman Mahkamah Mengenai Lesen Stesen Radio Kristian Ditangguh Ke 8 Ogos
Semakan kehakiman yang dimohon oleh seorang lelaki Sabah untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk memulakan sebuah stesen radio Kristian telah ditangguhkan ke 8 Ogos.
Rabu, 26 Julai 2017
Dengarlah Radio Kristian Online Dari Malaysia
Di Malaysia belum ada stesen radio Kristian ke udara. Seorang lelaki Sabah, Ronnie Vun sedang mengemukakan permohonan semakan kehakiman untuk membenarkannya menjalankan stesen radio Kristian di Sabah dan Sarawak. Kes itu akan didengar di mahkamah pada 28 Julai ini.
Namun begitu, terdapat beberapa radio Kristian yang dijalankan secara online di Malaysia. Berikut adalah 3 radio Kristian online dari Malaysia (update 8 Feb 2018):
Khamis, 20 Julai 2017
Sabah Bakal Ada Stesen Radio Kristian Pertama Jika Diluluskan Mahkamah
![]() |
| Ronnie Vun Yun Heu (Sumber Foto: The Malaysian Insight) |
TIDAK bimbang dengan halangan yang dihadapi terhadap
rancangannya menubuhkan stesen radio Kristian di Sabah, Ronnie Vun Yun Heu, 55,
berharap pendengaran di mahkamah pada minggu depan akan memberinya kebenaran
untuk meneruskan usaha yang pertama seumpamanya di negara ini.
Khamis, 15 Jun 2017
Temuramah Rhema Radio Dengan Isteri Dan Anak Pastor Raymond Koh (7 April 2017)
Semasa melayari web, saya telah menjumpai temuramah oleh Rhema Radio, bersama Susanna dan Jonathan Koh, isteri dan anak Pastor Raymond Koh. Berikut adalah terjemahan daripada temubual Rhema Radio bertarikh 7 April 2017.
Khamis, 9 Jun 2016
Pemuda Ini Sampaikan Injil Ke Korea Utara Melalui Mikrofon Kecil Dari Seoul
![]() |
| Kim Chung-seong di studio radio stesen di Seoul |
Setiap harinya Kim Chung-seong, pemuda asal Korea Utara
sekaligus missionari ini meluangkan waktunya ke udara melalui program radio
‘Hello from Seoul, the Republic of Korea’ untuk memberitakan Injil kepada
rakyat Korea Utara. Melalui program campuran muzik rohani dan berita ini,
Chung-seong berupaya membawa bangsa setanah airnya hidup dalam Tuhan.
Langgan:
Catatan (Atom)







