Jumaat, 28 Julai 2017

Semakan Kehakiman Mahkamah Mengenai Lesen Stesen Radio Kristian Ditangguh Ke 8 Ogos


Semakan kehakiman yang dimohon oleh seorang lelaki Sabah untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk memulakan sebuah stesen radio Kristian telah ditangguhkan ke 8 Ogos.

Pelabur hartanah kelahiran Sabah, Ronnie Vun Yun Heu telah membuat permohonan itu pada 13 Julai dan kes itu sepatutnya disemak di Mahkamah Sesyen Sabah hari ini.

Peguam, Nurul Rafeeqa, yang mewakili Vun. 56, memberitahu The Malaysian Insight bahawa mahkamah hari ini membuat keputusan untuk menjadualkan semula semakan itu tetapi tidak memberikan sebabnya.

Vun dalam permohonannya berkata bahawa dia telah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai kelulusan untuk permit stesen radio itu tanpa hasil selama tiga tahun lepas.

Dia percaya bahawa sebuah stesen radio Kristian akan menjadi perkhidmatan yang penting untuk orang-orang Kristian di Sabah dari segi pengetahuan yang lebih mendalam akan agama itu. 

(Diterjemah daripada artikel Thd Malaysian Insight bertajuk, "Court Review On Christian Radio Station License Delayed To August 8" yang ditulis oleh Jason Santos bertarikh 28 Julai 2017)