Sabtu, 29 Julai 2017

Nick Vujicic: "Jangan Pernah Menyerah"


Nick Vujicic, tokoh motivator tanpa lengan dan kaki telah ditemuramah di studio ANTV beberapa tahun yang lalu. Berikut adalah transkrip video temuramah tersebut:

Pengacara: Apakah detik paling rendah dalam kehidupan kamu?

Nick Vujicic: Ketika saya berusia lapan tahun, saya kehilangan pengharapan, saya tidak punya pengharapan. Saya tidak pernah berfikir akan dapat bernikah, tidak dapat berfikir bahawa saya akan bahagia, tidak akan pernah dapat pekerjaan. Saya tidak mahu menjadi beban kepada orang tua saya, jadi saya ambil keputusan untuk bunuh diri.

Jadi ketika saya berusia 10 tahun, saya membenamkan, menenggelamkan diri saya di 15 sentimeter kedalaman air. Saya tidak dapat melihat rencana untuk masa depan saya sekalipun orang tua saya seringkali berkata, "Tuhan punya rencana bagi engkau." Saya tidak tahu pada saat itu bahawa saya dapat menjadi tangan kasih dan kaki kasih bagi dunia ini. Jadi ketika saya tidak dapat melihat pengharapan, itu sangat menyedihkan sekali.

Saya tidak akhirnya bunuh diri kerana saya tidak mahu melihat orang tua saya itu berakhir dengan terluka begitu. Jadi saya akhirnya tidak.

Dan saya senang sekali saya tidak jadi bunuh diri! Itu adalah sesuatu yang luar biasa!

Pengacara: Iya... Dan kalau itu terjadi, Nick pasti tidak akan dapat bertemu kita di sini, bapak ibu semua ya.... Dan Nick ini adalah seorang sarjana akaun dan kewangan betulkan? Apakah yang membuat anda tidak meneruskan karir dalam bidang itu tetapi sebaliknya menjadi seorang motivator?

Nick Vujicic: Sebenarnya, ayah saya yang mendorong saya untuk belajar matematik dan menjadi seorang akauntan. Tetapi ada seorang tukang bersih di sekolah saya satu ketika berkata dengan saya, "Nick, satu hari nanti kamu akan menjadi seorang penceramah. Pada waktu itu, saya cuma berusia 17 tahun dan saya berkata, "Oh... mana mungkin, tak mungkin itu saya dapat jadi seorang penceramah!"

Dan dia mulai berkata bahawa, "Hanya mulai saja menceritakan mengenai kisahmu." Saya mulai menceritakan tentang kisah saya di kelompok yang kecil. Dan pada usia saya 19 tahun, saya berbicara di depan 300 anak-anak muda, saya takut sekali, lutut saya menggeletar!


Dalam waktu tiga minit, separuh dari yang mendengarkan saya, semuanya itu menangis, bercucuran air mata, dan seorang gadis angkat tangan dan berkata, "Bolehkah saya memeluk engkau?" Dia datang kepada saya dan mencium, memeluk saya dan berkata, "Tidak ada seorangpun yang memberitahu saya bahawa saya itu cantik, saya itu dikasihi dan sebagaimana apa adanya sekarang ini."

Dan saya tahu saat itu kehidupannya berubah untuk selama-lamanya. Dan melihat kehidupan seseorang itu berubah kerana ada suatu pengharapan dan iman kepada Tuhan, itu jauh lebih baik daripada menjadi seorang akauntan.

Pengacara: Apa yang membuat Nick ini begitu memiliki rasa syukur dan begitu hebat dan dia dapat mengatasi segala kebatasan yang dia punya?

Nick Vujicic: Dengan pertolongan Tuhan, saya belajar untuk menerima hal yang saya tidak dapat ubah, dan meminta kepada Tuhan untuk membantu saya mengubah apa yang saya dapat ubah.

Lebih dari saya memerlukan tangan dan kaki, saya lebih memerlukan damai, pengampunan akan dosa, syurga, tujuan. Saudara boleh punya tangan dan kaki, tapi jika Saudara tidak punya tujuan, engkau akan merasa kosong. Dan saya mahu setiap orang itu tahu bahawa kita semua memiliki tujuan dan jangan, jangan pernah menyerah.

(Diterjemahkan daripada temuramah Nick Vujicic dalam rancangan Seputar Obrolan Selebritis di Studio ANTV bertarikh 23 Ogos 2013)