Selasa, 1 Ogos 2017

Tiga Pandangan Mengenai Penebusan (Dengan Analogi Modern)


Pastor April Yamasaki telah diundang menyampaikan seminar mengenai topik Penebusan di Sidang Gereja Mennonite Kanada beberapa tahun lalu. Berikut adalah petikan daripada blognya mengenai penyampaiannya di situ:

Dalam ulasan kepada Artikel 8, Keselamatan, Pengakuan Iman Dalam Perspektif Mennonite menyatakan, "Dalam sejarah pemikiran Kristian, terdapat tiga pandangan utama mengenai penebusan. Setiapnya ada dasarnya dalam Firman dan menyumbang kepada kefahaman kita mengenai keselamatan." Untuk menerangkan setiap daripada tiga pandangan ini, saya gunakan analogi dari dunia sukan. 

1. Kristus Pemenang, pandangan dramatik mengenai penebusan, yang lebih popular dalam abad kedua hingga keenam, yang saya gelarkan pandangan penebusan "Pacific Classic." Sejumlah tahun yang lalu, seekor kuda bernama Cigar adalah kuda di tempat paling hadapan dalam perlumbaan Pasific Classic, yang diadakah di Del Mar, California. Tapi semasa penghujung perlumbaan, kuda bernama Dare and Go berlari dengan laju dari tempat keempat untuk memenangi perlumbaan! Ianya perlumbaan sepenuh upaya, dengan kesulitan dan pergelutan, tetapi Dare and Go telah meraih kemenangan. Dalam pandangan penebusan ini, kita bergelut dengan dosa dan maut - kelihatannya kita akan kalah tetapi Allah mengutus Yesus untuk menyertai pergelutan kita. Pada mulanya, ianya kelihatan bahawa Yesus pun akan kalah - dia mengalami godaan, penentangan, dia ditangkap dan dibunuh. Tetapi tiga hari kemudian, Allah membangkitkan Yesus dengan kemenangan ke atas dosa dan maut!

2. Penebusan Penggantian Tempat, pandangan "memuaskan syarat," popular pada abad ke-11 dan seterusnya, terutama dalam lingkungan evangelikal, yang saya gelar pandangan penebusan "National Hockey League." Dalam NHL ada banyak peraturan terhadap mencederakan, berlawan, offside dan sebagainya. Jika seorang pemain melanggar peraturan, dia mungkin diberi hukuman dua minit untuk duduk dalam kotak hukuman, tetapi jika seorang penjaga gol melanggar peraturan, penjaga gol itu terus bermain sementara seorang pemain lain mengambil tempatnya dalam kotak hukuman. Dalam pandangan penebusan ini, kehidupan adalah penuh dengan peraturan yang telah kita langgar, tetapi Allah mengutus Yesus untuk menanggung hukuman kita. Dia mengambil tempat kita. 

3. Pengaruh Moral, abad ke-12, apa yang saya panggil pandangan penebusan Penonton Olimpik Yang Terinspirasi. Kawan saya yang adalah seorang pelari berkata bahawa setiap kali dia menonton Olimpik, dia rasa mahu pergi berlari dan memberikan sedaya upaya. Walaupun dia tidak berlumba dalam pertandingan, atlet-atlet Olimpik itu memberi dia inspirasi untuk memberikan yang terbaik. Dalam pandangan penebusan ini, kehidupan Yesus begitu menginspirasikan sehingga kita terinspirasi untuk menerima kasih Tuhan, dan menunjukkannya dalam hidup seperti yang dilakukan-Nya.

Kerja Berkumpulan

Para peserta berpecah ke dalam kumpulan kecil untuk membincang teks-teks berikut dan mengenalpasti satu atau lebih pandangan mengenai penebusan: Yesaya 53:5; Kisah Para Rasul 2:23-24; Roma 3:25-26; Roma 5:1-5; 1 Korintus 15:57; 2 Korintus 5:21; Ibrani 2:14-15; 1 Petrus 2:24; 1 Yohanes 3:8; 1 Yohanes 3:16; 1 Yohanes 4:10, 11, 19.

Perbincangan

Saya memulakan perbincangan dengan beberapa soalan asas: Adakah anda menjumpai bukti ketiga-tiga pandangan penebusan itu? Apa lagi yang anda jumpai? Adakah teks-teks lain atau imej-imej lain mengenai penebusan yang timbul di fikiran anda? Dalam dua sesi bengkel yang saya kendalikan, soalan-soalan itu telah lebih dari mencukupi untuk menggerakkan perbincangan kami.

- ya, kedua-dua kumpulan mendapati kesemua tiga pandangan penebusan dalam ayat-ayat Firman terpilih itu - kadang-kadang satu, kadang-kadang dalam kombinasi. Seorang peserta mengatakan bahawa pandangan pengaruh moral itu kelihatannya tidak muncul secara sendiri. Seorang lagi mengatakan bahawa dia hanya dapat mengenalpasti penebusan penggantian tempat dalam Rom 5:1-5, tetapi anggota-anggota lain kumpulannya menunjukkan kepadanya pengaruh moral; dia berfikir mungkin dia terlepas pandang itu kerana prasangka yang ada padanya.

- seorang lagi membangkitkan mengenai teks-teks korban Perjanjian Lama yang tidak diberikan; seorang lagi membangkitkan mengenai teks-teks profetik seperti Mikha 6:8; yang lain-lain lagi membangkitkan teks-teks Injil seperti Markus 10:45 dan Lukas 18:18-22 yang tidak diberikan. Oleh kerana masa yang terhad dan fokus khusus bengkel itu, saya telah memilih ayat-ayat Firman yang menjelaskan tiga pandangan utama mengenai penebusan, tetapi adalah baik untuk merujuk kepada ayat-ayat itu dan teks-teks lain untuk mengingatkan kita bahawa perbincangan mengenai penebusan adalah lebih luas daripada tiga pandangan utama ini.

Kesimpulan

Dalam beberapa lingkungan, bercakap mengenai penebusan telah membawa kepada pepecahan dan konflik, oleh kerana sebilangan berpegang kepada satu pandangan dan menolak yang lain, sehingga boleh berpecah kerana itu. Syukur semua peserta-peserta dalam bengkel-bengkel saya kelihatan memiliki semangat kerukunan.

Dalam pemahaman saya, setiap daripada tiga pandangan utama itu menyumbang kepada erti yang begitu besar mengenai kehidupan, kematian dan kebangkitan Yesus. Penebusan pergantian tempat memfokus lebih kepada kematian Yesus dan mengambil serius keselamatan dari dosa, tetapi kurang memfokus kepada kehidupan dan kebangkitan Yesus. Pandangan pengaruh moral memfokus lebih kepada kehidupan Yesus dan apa ertinya untuk menjalankan hidup dalam keselamatan kita, dan kurang memfokus kepada kematian dan kebangkitan Yesus. Pandangan penebusan Kristus Pemenang memfokus lebih kepada kebangkitan Yesus, dan kurang memfokus kepada kehidupan dan kematian Yesus.

Setiap pandangan itu ada kekuatannya dan setiapnya membantu menggenapkan yang selainnya. Seperti yang diulas oleh J.I. Packer, "Untuk mengabaikan mana-mana bahagian daripada kisah ini adalah untuk menyampaikan dengan tidak betul dan merosakkan Injil."

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel April Yamasaki bertajuk, "Three Views of the Atonement and Why They Matter" bertarikh 16 Julai 2012)