Memaparkan catatan dengan label 11 September. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 11 September. Papar semua catatan

Sabtu, 17 September 2016

Apa Yang Kelihatan Seperti Malaikat Tuhan Muncul Dalam Foto Di Atas Tapak Menara World Trade

Rich McComark menangkap gambar satu penjelmaan syurgawi di atas tapak World Trade Center

Seorang jurufoto bebas telah menangkap apa yang kelihatan seperti penjelmaan syurgawi semasa mengambil foto acara peringatan 11 September 2001.

Selasa, 13 September 2016

Mukjizat 9/11 - Gereja Kecil Yang Terselamat Dari Kehancuran


Oleh Diana Aydin:

Saya tinggal dan bekerja di pusat bandar Manhattan, oleh itu saya akan berjalan hampir setiap hari di sebelah St. Paul's Chapel yang bersejarah, yang juga dikenali sebagai "The Little Chapel That Stood" (Gereja Kecil Yang Berdiri Terus").

Sabtu, 10 September 2016

Foto Pelangi Di One World Trade Center Sehari Sebelum Ulangtahun Serangan 9/11


Pada September 2015, penduduk New York telah mendapat permandangan pelangi di atas langit One World Trade Center pada hari sebelum ulangtahun ke-14 serangan 11 September. Berikut liputan dari USA Today:

Selasa, 11 September 2012

Al Braca - Menyelamatkan Jiwa Sampai Akhir (Di World Trade Center 11 September 2001)

Al Braca bekerja di World Trade Centre
Pada pagi 11 September 2001, Jeannie Braca memasang televisyen untuk mengikuti laporan cuaca, tetapi sebaliknya dia mendengar laporan bahawa sebuah kapalterbang telah melanggar World Trade Centre. Suami Jeannie, Al, bekerja sebagai seorang pedagang bon perniagaan untuk Cantor Fitzgerald. Pejabatnya di tingkat 105, Menara Satu. Jeannie tidak bercakap dengan Al sejak dia pergi kerja pada pagi itu.

"Biasanya kami akan banyak bercakap di telefon - mungkin lima atau 10 kali sehari. Kami akan berdoa bersama setiap masa, apabila menghadapi pelbagai keadaan," jelas Jeannie. "Kami hanya berpindah ke rumah baru kami, dan pada pagi itu aku sedang mengeluarkan barang-barang dari kotak dan menyusunnya."

Jumaat, 9 September 2011

Kesaksian Genelle Guzman - Malaikat Di Tengah Runtuhan

Genelle Guzman-McMillan
Dialah orang yang paling akhir diselamatkan dari runtuhan di World Trade Centre selepas terbenam di bawah runtuhannya selama 27 jam. Bacalah kesaksian oleh Genelle Guzman-McMillan...

Rabu, 7 September 2011

Kesaksian Stanley Praimnath dan Brian Clark - Terselamat Daripada Serangan Pengganas


Beberapa detik sebelum kapalterbang kedua
menghentam Tingkat ke-81, Menara Selatan
World Trade Centre (bangunan sebelah kiri)
di mana Stanley Praimnath sedang bertugas
Serangan 11 September berlaku dengan empat serangan terancang oleh Al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Pada pagi itu, 19 pengganas Al-Qaeda telah merampas dan menguasai empat kapalterbang penumpang. Para perampas itu dengan sengaja menghempaskan dua kapalterbang ke Menara Kembar World Trade Centre, New York, menyebabkan kematian semua orang di atas kapalterbang dan beribu-ribu orang yang bekerja dalam bangunan-bangunan itu. Kedua menara itu runtuh sepenuhnya dalam masa dua jam. Para perampas juga telah menghempaskan kapalterbang ketiga ke bangunan Pentagon di Arlington, Virginia. Kapalterbang keempat telah terhempas di sebuah padang di Pennsylvania.