Memaparkan catatan dengan label Raja Permaisuri Agong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raja Permaisuri Agong. Papar semua catatan

Jumaat, 16 September 2022

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke UK Beri Penghormatan Terakhir Kepada Ratu Elizabeth II


SEPANG: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, berangkat ke United Kingdom (UK), London bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 September lalu.

Lawatan khas Al-Sultan Abdullah bagi memenuhi jemputan rasmi kerajaan UK selama enam hari bermula hari ini, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.