Memaparkan catatan dengan label Anglikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anglikan. Papar semua catatan

Khamis, 26 Mac 2026

Selasa, 21 Februari 2023

Gereja Anglikan di Singapura 'Amat Berdukacita' Atas Keputusan Church of England Beri Pemberkatan Kepada Pasangan Sejenis; Begitu Juga Gereja-Gereja Malaysia


SINGAPURA, 19 Feb: Gereja Anglikan di Singapura berkata pada hari Sabtu bahawa ianya "tidak dapat berkompromi" dengan keputusan Church of England untuk menawarkan pemberkatan kepada pasangan-pasangan sejenis.

Gereja Anglikan Wilayah Asia Tenggara Tolak Keputusan Church of England Mengenai Pemberkatan Untuk Pasangan Sejenis Sivil


Gereja Anglikan Wilayah Asia Tenggara telah dengan tegas menolak keputusan Church of England pada 9 Februari berkenaan pemberkatan untuk pasangan sejenis yang telah disatukan secara sivil.

Berikut adalah terjemahan surat pastoral daripada Gereja Anglikan Wilayah Asia Tenggara untuk ahli-ahli jemaatnya:

Khamis, 4 Ogos 2022

Dunia Dalam 'Keperluan Besar' Untuk Kasih Tuhan, Ratu Elizabeth Memberitahu Bishop-Bishop


Ratu Elizabeth telah menghantarkan salam mesranya kepada ratusan bishop yang menghadiri Persidangan Lambeth di Canterbury, Kent.

Dalam perutusannya, Ratu Elizabeth, yang adalah Gabenor Agung Church of England, berkata persidangan itu sedang dijalankan pada waktu "terdapat keperluan besar untuk kasih Tuhan - dalam perkataan dan dalam tindakan" sambil dunia keluar dari pandemik.

Rabu, 3 Ogos 2022

Nicky Gumbel Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Holy Trinity Brompton, "Yang Terbaik Belum Tiba Lagi"


Bagaimanakah rupanya suatu pelayanan awam yang berhasil sepanjang hayat? Pada Ahad lepas, Holy Trinity Brompton (HTB) berusaha menjawab soalan ini dalam suatu video montaj yang menandakan penghujung kepimpinan selama 46 tahun Nicky Gumbel  di gereja London yang pelbagai lokasi itu.

Ahad, 31 Julai 2022

Nicky Gumbel Bersara Sebagai Vicar Holy Trinity Brompton


Rev Nicky Gumbel dan isterinya Pippa telah secara rasmi bersara sebagai pemimpin-pemimpin Gereja Holy Trinity Brompton (HTB) di London.

Pada khutbah terakhirnya Ahad lepas, Gumbel mengingat kembali mengenai 46 tahunnya bersama gereja itu - 17 tahun yang terakhir di situ sebagai vicar.

Rabu, 12 Februari 2020

Bishop Diosis Anglikan Sabah Ditahbiskan Sebagai Archbishop Provinsi Asia Tenggara


KOTA KINABALU: Bishop Diosis Anglikan Sabah, Right Reverend Datuk Melter Jiki Tais telah dilantik Archbishop ke-6 Gereja Anglikan Provinsi Asia Tenggara di Katedral All Saints di sini pada hari Ahad.

Khamis, 24 Oktober 2019

"Sila Tinggalkan Kami": Archbishop Memberitahu Para Penyokong Perkahwinan Sejenis Untuk Tinggalkan Gereja Anglikan

Archbishop Anglikan Sydney, Dr Glenn Davies

Arcbishop Anglikan di Sidney, Glenn Davies memberitahu kepada para Anglikan yang menjadi penyokong perkahwinan sejenis bahawa mereka harus meninggalkan gereja daripada mengkhianati firman Tuhan dalam ucapannya mengutuk perbuatan tersebut.

Ahad, 13 Oktober 2019

Bishop Rev Danald Jute Dianugerahkan Gelaran Datuk



MIRI: Dianugerahkan darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk, Uskup Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Rt Rev Danald Jute berterima kasih kepada kerajaan Sarawak atas penghormatan yang diberikan berkenaan.

Jumaat, 4 Oktober 2019

Shafie Terima Kunjungan Penasihat Agama Ratu Elizabeth II


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal hari ini menerima kunjungan hormat pemimpin-pemimpin Kristian dari Eropah diketuai Penasihat Agama Kepada Ratu England, Elizabeth II iaitu Uskup Agung Justin Portal Welby.

Khamis, 3 Oktober 2019

Bishop Besar Canterbury Melawat Gereja St. George, Pulau Pinang


Bishop Besar Canterbury. Justin Welby, yang merupakan pemimpin rohani komuniti Anglican sedunia telah melawat gereja St. George di George Town di Pulau Pinang pada hari Rabu.

Khamis, 26 September 2019

Sejarah Awal Kristian Di Sarawak


Dalam banci 2010, umat Kristian (termasuk Katolik) merupakan 42% daripada penduduk Sarawak.

Berdasarkan peratusan ini, kemungkinan terdapat 1.18 juta orang Kristian daripada jumlah populasi negeri seramai 2.8 juta orang pada 2019. Dan berdasarkan trend pelbagai denominasi, lebih kurang separuh adalah Katolik, bererti 590,000 Katolik dan 590,000 Protestan.

Rabu, 25 September 2019

Tahniah! Bisyop Melter Jiki Tais Telah Dipilih Menjadi Bisyop Besar Asia Tenggara Akan Datang


Diosis Anglikan Sabah telah menghantarkan poster mengenai pemilihan Rt Rev Melter Jiki Tais sebagai Bisyop Besar Asia Tenggara akan datang melalui laman Facebook rasminya sebentar tadi. Begini catitan di poster tersebut:

Khamis, 29 Ogos 2019

Gereja Anglikan St Francis Di Kota Samarahan Akan Ditahbiskan Pada 29 September

Gereja Anglikan St Francis, Kota Samarahan (Foto: Dayak Daily)

Oleh Lian Cheng:

KUCHING, 29 Ogos 2019: Gereja Anglikan St Francis di Kota Samarahan yang telah siap dibina pada Mei tahun ini akan ditahbiskan oleh Bishop Sarawak dan Brunei, Reverend Danald Jute pada 29 September.

Selasa, 2 Julai 2019

Sejarah Kebangkitan Karismatik Di Kalangan Anglikan Sabah

Peta 1970 menunjukkan Tongod (dalam bulatan merah)

Ramai Anglikan Sabah hari ini akan menggelarkan diri mereka sebagai "Karismatik"atau "Dipenuhi Roh Kudus." Bagaimanakah identiti ini, yang tidak sejagat dalam Anglikanisme di sekeliling dunia, telah terbentuk dalam Diosis Sabah?

Ahad, 12 Mei 2019

Gereja St. George, Pulau Pinang Rayakan Ulang Tahun Ke-200 Dengan Sampul Hari Pertama Dan Setem Kenang-Kenangan

Bishop Charles menunjukkan set sampul hari pertama dan setem kenangan kepada
Ketua Menteri P. Pinang, Chow Kon Yew

GEORGE TOWN: Gereja St George, gereja Inggeris tertua zaman penjajahan di Asia Timur, menandakan ulang tahun ke-200 tarikh perasmiannya dengan pelancaran sampul hari pertama dan setem kenang-kenangan. 

Selasa, 22 Januari 2019

Ketua Church of England Mendedahkan, "Saya Berdoa Dalam Bahasa Roh Setiap Hari"

Bishop Besar Justin Welby

Bishop Besar Canterbury, yang dikenali sebagai ketua Church of England, telah mendedahkan bahawa dia berdoa dalam bahasa roh setiap hari. 

Selasa, 18 Disember 2018

Mesej Krismas Daripada Bishop Besar Moon Hing



Seorang Raja dilahirkan, Seorang Anak dikurniakan

Sesungguhnya, seorang anak telah lahir bagi kita, seorang putera telah dikurniakan bagi kita. Di atas bahunya tampuk pemerintahan, dan namanya akan disebut: Penasihat Ajaib, Allah Perkasa, Bapa Kekal, Raja Damai. (Yes 9:6, AVB)

Rabu, 3 Oktober 2018

Laman Web Diosis Anglikan Sabah Yang Baharu Sudah Dilancarkan!


Laman web Diosis Anglikan Sabah yang baharu sudah dilancarkan! Anda boleh melayarinya untuk mendapat berita terkini dan maklumat mengenai acara-acara yang akan datang, serta belajar tentang sejarah dan pelayanan semasa Diosis.