Rabu, 3 Ogos 2022

Nicky Gumbel Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Holy Trinity Brompton, "Yang Terbaik Belum Tiba Lagi"


Bagaimanakah rupanya suatu pelayanan awam yang berhasil sepanjang hayat? Pada Ahad lepas, Holy Trinity Brompton (HTB) berusaha menjawab soalan ini dalam suatu video montaj yang menandakan penghujung kepimpinan selama 46 tahun Nicky Gumbel  di gereja London yang pelbagai lokasi itu.

Imej orang-orang yang kehidupan mereka telah diimpak oleh senior pastor dan pengarang itu dipancarkan pada skrin sambil satu demi satu statistik yang mengagumkan dipaparkan: 30 juta orang telah diperkenalkan kepada iman Kristian melalui Kursus Alpha, di sekeliling 140 negara dan 170 bahasa; 2 juta orang diberi makanan rohani oleh suatu aplikasi bacaan Alkitab; dan 2 juta hidangan telah dihantarkan semasa pandemik dari HTB sahaja.

Video 24 Julai itu adalah penghormatan yang sewajarnya bagi suatu kerjaya yang pada hari ini adalah luar dari kebiasaan, menjangkau hampir lima dekad bersama jemaat yang sama. Adalah amat jarang terjadi dalam gereja-gereja Anglikan di England untuk jawatan kepimpinan sebagai pelatih untuk bertahan lebih daripada syarat minima tiga tahun, dengan ramai yang kebiasaannya akan berpindah ke jemaat lain. Tetapi Nicky telah melayani di bawah pengajaran pemimpin senior HTB pada masa itu, Bishop Sandy Millar selama 19 tahun. Nicky berusia 49 tahun ketika dia mengambil alih kepimpinan gereja itu, dan mengakui ketidakpastian mengenai segalanya - merasakan diri pada satu pihak terlalu muda dan satu pihak lagi terlalu tua untuk memegang jawatan itu.   

Kerendahan hati terukir pada senarai kerjaya Nicky. Dia suka mengingatkan orang bahawa dia tidak memulakan kursus Alpha yang mana dia paling dkenali dan dikaitkan dengan. Sebelum kursus itu ditransformasi menjadi alat penginjilan yang paling berkesan dan digunakan di dunia, ianya sudah wujud sebagai suatu kursus pendek untuk membantu mendasarkan iman orang-orang percaya. Nicky pernah sekali mengakui kepada saya bahawa dia pernah menentang Alpha dijalankan secara online semasa pandemik; namun begitu apabila dia melihat betapa berkesannya itu, dia menjadi teruja, dan menyebut suatu petikan kata kegemaran daripada G.K. Chesterton, "Untuk kekal dalam keadaan sama, kita perlu berubah." 


Nicky adalah jelasnya seorang yang pembawa pembaharuan dan seorang usahawan, tapi di dasar hatinya adalah seorang penginjil yang bersemangat dan seorang pemimpin bersifat pelayan. Beberapa hari sebelum dia menyampaikan khutbahnya yang terakhir di HTB Ahad lepas, dia selesai memimpin kursus Alphanya yang ke-96 secara berterusan. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada usahanya bila dilihat penglibatannya dalam pelayanan peribadi dan praktikal dan juga kerelaannya untuk bercakap dengan, dan mungkin lebih penting lagi, mendengarkan orang-orang lain. Hasilnya, khutbah terakhirnya mengandungi kisah demi kisah dari kumpulan Alphanya yang baru tamat. 

Sambil Nicky menaiki pentas di bahagian depan ruang ibadah selepas video montaj itu, dia tampil bersama dengan isterinya Pippa di sampingnya. Setelah berkongsi bersama banyak daripada pelayanan awam mereka, adalah jelas isterinya akan dianggap sebagai suatu kehilangan besar kepada gereja seperti mana suaminya. 

Saya amat ingin tahu apakah yang Nicky akan katakan dalam khutbahnya yang terakhir kepada jemaatnya yang dia telah layani lebih lama daripada usia kebanyakan ahli-ahlinya. Adakah dia dapat memberikan apa-apa wawsan mengenai kejayaannya pada waktu apabila kelihatannya seperti kebanyakan pemimpin gereja yang terkenal mengakhiri kerjaya mereka dalam skandal atau kelesuan dan bukannya keraian. 

Teks pilihan Nicky adalah dari ucapan selamat tinggal Paulus kepada penatua-penatua Efesus di Kisah Para Rasul 29, tetapi temanya yang bergema adalah suatu yang berulang-ulang di seluruh Kitab Suci, "Yang Terbaik Masih Belum Tiba."

Begitulah sekali lagi, kerendahan hatinya yang begitu mengagumkan. Nicky tidak menjangka dia akan meninggalkan suatu kekosongan di HTB, dan tidak memberikan gambaran dia sedang meninggalkan suatu kapal yang sedang tenggelam. Dia tidak secara rahsianya berharap semuanya akan mula runtuh bila dia sudah pergi, dan dengan itu memastikan bahawa dia akan dikaitkan dengan gereja itu pada puncak kejayaannya. 

Langsung tidak begitu. Dia kelihatan teruja untuk melihat gereja berkembang maju tanpanya. Dia hanya memiliki pujian dan harapan untuk jemaat sambil dia menyerahkan mereka kepada Archie Coates, seorang bekas pelatih di HTB yang telah memimpin sebuah cawangan gereja di Brighton. Nicky seterusnya akan membentuk beberapa program yang inovatif untuk menyokong pemimpin-pemimpin lain yang sedang muncul, terutama mereka yang tersisih kerana rasisme, elitisme, jantina dan usia. Dan di atas segalanya, Nicky menyerahkan gereja itu kepada Tuhan yang dia telah layani dan sembah dengan hidupnya.

Saya menyertai HTB dalam mengucap syukur kepada Tahun untuk pelayanan Nicky: untuk dedikasinya, ketekunannya, kerendahan hatinya yang mesra dan murah hati, dan cita-citanya yang tidak goyah untuk melihat berita baik Yesus dengan setia dan dengan jelas dikomunikasikan dengan perkataan dan perbuatan. Pada waktu ini ketika berlaku pergolakan besar dalam kepimpinan di dalam gereja, adalah betul dan baik untuk kita meraikan mereka yang telah sampai ke garis penamat dan menginspirasikan orang-orang lain untuk mengikuti jejak mereka.

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Christianity Today bertajuk, "Nicky Gumbel's Fitting Farewell to HTB Church: 'The Best Is Yet To Come'" oleh Krish Kandiah bertarikh 31 Julai 2022)