Dalam perutusannya, Ratu Elizabeth, yang adalah Gabenor Agung Church of England, berkata persidangan itu sedang dijalankan pada waktu "terdapat keperluan besar untuk kasih Tuhan - dalam perkataan dan dalam tindakan" sambil dunia keluar dari pandemik.
Baginda juga bertitah bahawa ini adalah "tempoh cabaran amat besar bagi para bishop, paderi-paderi dan ahli-ahli biasa gereja di sekeliling dunia, dengan ramai di antara kamu melayani di tempat-tempat penderitaan, konflik dan trauma".
"Adalah suatu dorongan bagi saya bahawa kamu melakukan itu di dalam kekuatan Tuhan," titah baginda.
Hari ini, para bishop berada di kediaman rasmi Bishop Besar Canterbury di London, Lambeth Palace, untuk sehari yang berpusat pada perkembangan alam sekitar yang dapat dipelihara secara berterusan. Ini akan termasuk pelancaran Hutan Persekutuan Anglikan.
Ratu Elizabeth mengakhiri dengan mengisahkan mengenai iman Kristiannya sendiri.
"Sepanjang hidup saya, mesej dan pengajaran Kristus telah menjadi sumber bimbingan saya dan di dalamnya saya menemukan pengharapan," titah baginda.
"Inilah doa dari hati saya agar kamu terus akan bertahan oleh imanmu pada waktu-waktu pengujian dan didorong oleh pengharapan pada waktu-waktu kekecewaan."
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Christian Today bertajuk, "World In 'Great Need' of The Love of God, Queen Tells Bishops" bertarikh 3 Ogos 2022)