Memaparkan catatan dengan label Tokoh Pelukis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh Pelukis. Papar semua catatan

Isnin, 8 Julai 2019

Peluang Tatap Karya Da Vinci Di Balai Seni Negara


Balai Seni Negara (NAG) dengan kerjasama kerajaan Itali akan mempamerkan karya agung Leonardo da Vinci pada Pameran Reproduksi Leonardo Da Vinci: Opera Omnia yang dijadual bermula 15 Julai ini.

Jumaat, 8 Disember 2017

Putera Mahkota Arab Saudi Pembeli Lukisan Yesus Termahal Dunia Karya Da Vinci

Lukisan "Salvador Mundi" (Juruselamat Dunia)
karya Leornado da Vinci

Telah didedahkan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi adalah pembeli sebenar lukisan Leornado da Vinci  berharga $450.3 juta (atau RM1.8 bilion) - dan sepupu jauhnya, yang telah dilaporkan membelinya, hanya adalah proksi untuk pembelian tersebut.

Selasa, 18 Julai 2017

Melukis Bagi Tuhan - Tommy Chen


Tommy Chen telah tamat pengajian di Malaysian Institute of Art pada 1990, dan dia telah mengfokus kepada menghasilkan lukisan ikan koi dan biasanya akan menyelitkan unsur-unsur Feng Shui dalam lukisan-lukisannya. Walau bagaimanapun, selepas dia menerima dan menyerahkan hidup kepada Yesus, dia mula melukis bagi Tuhan. Ini adalah petikan daripada kesaksian yang ditulis oleh Tommy Chen.

Ahad, 30 April 2017

Jika Anda Pernah Melihat Lukisan Ini, Inilah Kisah Di Sebaliknya Yang Tidak Diketahui Ramai

Lukisan Head of Christ 

Sehingga 1990an, lukisan ini telah dicetak lebih 500 juta kali, dengan salinan saiz besar dicetak untuk kegunaan gereja dan salinan saiz kecil sebesar dompet untuk kegunaan peribadi. Ianya disukai oleh kedua-dua orang-orang Protestan dan Katolik dan dapat dilihat di gereja-gereja dan kediaman-kediaman mereka. 

Anda mungkin tidak akan mengenal namanya, tapi anda mungkin pernah melihat karyanya. Warner Sallman adalah pelukis Kristian paling terkenal pada permulaan abad kedua puluh. Hampir semua orang pernah melihat cetakan lukisannya Head of Christ. Lukisan kuning perang dengan rambut yang panjang beralun itu adalah ikon tahun 1940an dan 1950an. 

Isnin, 13 Februari 2017

10 Perkara Yang Anda Harus Tahu Mengenai Lukisan Agung "The Last Supper"


The Last Supper oleh Leonardo da Vinci adalah salah satu lukisan yang paling dikagumi, dikaji, dan disalin semula di dunia. Tapi tak kira berapa kali anda pernah melihatnya, kami teka anda mungkin tidak tahu butir-butir ini mengenainya. 

Jumaat, 11 November 2016

Artis-Artis Menghiasi Alkitab Dengan Hasil Seni Berwarna-Warni

Ramai artis yang sedang beralih ke kanvas baru, Alkitab mereka. Dengan populariti Alkitab Jurnal (Journaling Bibles), para pembaca mempunyai ruangan yang lebih luas untuk mengambil nota dan membuat jurnal. Tetapi ramai artis yang mengambil kesempatan ini untuk menjadikan ayat-ayat Alkitab hasil seni yang menyentuh hati. Anda boleh mendapatkan salah satu daripada Alkitab Jurnal kegemaran kami di sini.

Khamis, 7 Ogos 2014

7 Perkara Menarik Mengenai Potret Yesus "Prince of Peace"

Potret Yesus bertajuk "Prince of Peace"

Potret Yesus yang bertajuk "Prince of Peace" telah menjadi lebih terkenal lagi selepas ditunjukkan dalam filem "Heaven Is For Real" yang telah ditayangkan di pawagam sejak April 2014. 

Berikut 7 perkara menarik mengenai potret "Prince of Peace" itu;

1. Potret itu telah dilukis oleh seorang anak gadis berusia 8 tahun. Pelukis muda, Akiane Kramarik telah melukis potret "Prince of Peace" pada tahun 2002 ketika dia hanya berusia 8 tahun. Potret itu merupakan potret Yesus yang pertama dilukiskan oleh Akiane.  

2. Potret itu berdasarkan penglihatan yang dialami oleh anak gadis itu. Akiane telah mula mendapat penglihatan syurga dan Yesus sejak dia berusia tiga tahun. Hal itu itu sangat menghairankan ibubapanya sebab ibubapanya ateis dan tidak pernah mengajarnya mengenai Tuhan. Akiane melukis potret Yesus itu berdasarkan penglihatan yang dialaminya sejak kecil. 

Jumaat, 1 Ogos 2014

Akiane - Gadis Kecil Yang Melukis Potret Yesus

Akiane Kramarik duduk bersebelahan potret Yesus yang berjudul
"The Prince of Peace" yang dilukisnya ketika berusia 8 tahun

"Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika kamu tidak bertobat dan menjadi seperti anak kecil ini, kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga" - Matius 18:3.

Filem Heaven Is For Real berdasarkan buku bestseller oleh Todd Burpo, menceritakan kisah seorang kanak-kanak lelaki yang melawat syurga selepas pengalaman hampir maut. Dalam kisah itu, kanak-kanak lelaki itu, Colton menceritakan mengenai perjalanannya kepada keluarganya, mengenai syurga, malaikat-malaikat dan pertemuan dengan Yesus Kristus.