Memaparkan catatan dengan label Penginjilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penginjilan. Papar semua catatan

Isnin, 27 Februari 2023

Seorang Paderi Katolik Meninjau Ledakan Pertumbuhan Kekristianan Pentakosta-Karismatik di Benua Selatan (Bahagian 2)



Oleh Father Mathias D. Thelen:

Kunci kepada Pertumbuhan: Kerohanian

Manakala terdapat banyak sebab mengapa ramai sarjana percaya Kekristianan Pentakosta-Karismatik sedang bertumbuh, sebab yang paling menyakinkan untuk pertumbuhan dramatik - satu penjelasan di mana semua sebab-sebab lain akan masuk akal - adalah kerohanian yang biasanya wujud dalam bentuk Kekristianan ini. Itulah sebab yang paling sering diberikan, dan satu-satunya yang dianggap secara serius oleh mereka yang telah datang kepada iman melalui tradisi-tradisi ini.

Ahad, 26 Februari 2023

Seorang Paderi Katolik Meninjau Ledakan Pertumbuhan Kekristianan Pentakosta-Karismatik di Benua Selatan


Oleh Father Mathias D. Thelen:

Kebanyakan orang Katolik tidak menyedari bahawa pusat Kekristianan sedang bergerak ke selatan - ke Amerika Selatan, Afrika dan juga Asia. Kita yang tinggal di Utara secara global adalah paling terkesan dengan kemunduran dahsyat Katolik sebahagiannya oleh kerana kuasa agresif sekularisme. Dengan itu adalah mudah untuk melihat pertumbuhan dan kemunduran dari segi kebangkitan dan kejatuhan Kekristianan di utara.

Selasa, 26 Julai 2022

Kebangunan Rohani - Menara Jam ACS Tahun 1972


Untuk sekian lama, saya telah mendengar coretan kisah mengenai Kebangunan Rohani Menara Jam di Anglo-Chinese School (ACS) Barker pada 1970an, tetapi hanya mendengar secebis di sini dan secebis di sana. Dengan itu, apabila seorang kawan memberikan saya sebuah buku kecil, "Kisah Menara Jam: Permulaan Pembaharuan Karismatik di Singapura" (disunting oleh Michael Poon dan Malcolm Tan), ianya sangat mengujakan saya. Akhirnya! Di situlah kisah penuh apa yang terjadi di ACS bertahun-tahun yang lalu, ketika Roh Kudus turun ke atas sekumpulan anak-anak remaja, yang kehidupan mereka telah berubah dengan nyata, sehingga sebilangan dari mereka telah menjadi pastor di Gereja Methodis di Singapura.

Jumaat, 17 Januari 2020

Pertemuan Reinhard Bonnke Dengan Penginjil Terkenal George Jeffreys Yang Mengubah Hidupnya

Penginjil Reinhard Bonnke

Salah satu pelajar yang paling berjaya dan berhasil dari Bible College of Wales adalah penginjil Jerman, Reinhard Bonnke. Menerusi pelayanannya, Christ for All Nations, lebih 73 juta orang telah membuat keputusan yang telah dicatit untuk mengikuti Yesus Kristus. Bonnke bersaksi bahawa "Christ for All Nations" adalah visi yang sedang berkembang dan yang telah lahir dari suatu imej Afrika yang dibasuh dalam darah Yesus, dan telah mendedikasikan hidupnya untuk membawa Firman mengenai Salib kepada seluruh Afrika disertai kuasa dan pernyataan Roh Kudus. 

Selasa, 10 Disember 2019

Reinhard Bonnke, Penginjil Yang Digelar "Billy Graham Afrika" Meninggal Dunia Pada Usia 79 Tahun


Penginjil Jerman, Reinhard Bonnke, yang mana rapat-rapat umum penginjilannya telah mencipta rekod dan menyebabkannya digelar "Billy Graham Afrika" telah meninggal dunia pada Sabtu lepas pada usia 79 tahun. 

Rabu, 21 Februari 2018

Billy Graham: Penginjil Terkemuka Amerika Syarikat Meninggal Dunia Pada Usia 99 Tahun


Penginjil Amerika Syarikat, Billy Graham - salah seorang pengkhabar Injil paling berpengaruh abad ke-20 - telah meninggal dunia pada usia 99 tahun. 

Rabu, 5 April 2017

Kata-kata Yesus Akan Dipamerkan Di Bas-Bas London Pada Paskah Ini Dalam Kempen Baru Penginjilan

Kata-kata Yesus akan dipamerkan di bas-bas London pada Paskah ini dalam kempen penginjilan yang bertujuan memenangi hati dan minda dan membangkitkan "pengharapan" di kalangan penduduk di ibu kota itu.

Kempen Bas "Quote Jesus" (Kata-Kata Yesus) akan dipamerkan pada 75 bas Routemaster London yang terkenal itu selama dua minggu dari 10 April.

Isnin, 8 Ogos 2016

Bagaimana Agama-Agama Utama Telah Tersebar Ke Sekeliling Dunia (Video)


5 agama terbesar hari ini adalah Hinduisme, Judaisme, Buddhisme, Kristian dan Islam. Dalam video di bawah, Alex Kuzoian dari Business Insider menunjukkan melalui jangka masa 5,000 tahun bagaimana agama-agama itu telah bermula dan berkembang dari selatan Asia dan Timur Tengah sehingga menjadi agama-agama utama hari ini. 

Sabtu, 2 Julai 2016

Sejarah Awal Misionari dan Sekolah Misi Di Sarawak


RUDYARD Kipling, dalam beberapa karya sasteranya telah menulis mengenai pengembaraan dan pencapaian orang-orang Eropah awal yang cekal menempuh lautan dan perbatasan yang sukar di timur untuk mencari kekayaan dan kemasyhuran, menggambarkannya sebagai pengembaraan yang romantik dan agung yang mengendarai ombak Empayar British yang kian berkembang dalam era pasca Victoria. 

Selasa, 12 April 2016

Ambil Satu Minit dan Lihat Bagaimana Injil Telah Tersebar Dalam Masa 2,000 Tahun Lepas


Peta ini menunjukkan gerakan Injil yang kuat dalam masa 2,000 tahun yang lepas, dan ianya menakjubkan untuk ditonton. Setiap detik gambarnya adalah bersamaan dengan setahun dalam penyebaran Amanat Agung. 

Sabtu, 23 Januari 2016

Mubaligh-Mubaligh Kristian Telah Menyumbang Kepada Pembangunan Negara, Majlis Gereja Sabah Memberitahu Hadi

Datuk Jerry Dusing (kiri), presiden Majlis Gereja-Gereja  Sabah (Gambar fail The Malaysian Insider)

Mubaligh-mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak telah menyumbang kepada pembangunan negara, sebuah kumpulan gereja Sabah mengatakan untuk membangkang kenyataan negatif Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap penginjil-penginjil. 

Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah, Datuk Jerry Dusing berkata pelayanan pekerja misi adalah telus dan berpusat pada tiga perkara, gereja, hospital dan sekolah. 

Ladang Misi - Orang-Orang Cina Di Perantauan

Orang-orang Cina telah bermigrasi ke negara-negara lain untuk ratusan tahun, dan pada hari ini jumlah orang Cina yang tinggal di luar China adalah hampir 70 juta. Mereka memiliki latar belakang yang berbeza dan bertutur dalam bahasa-bahasa yang berbeza, tetapi kebanyakan mereka telah menetap semula di lain tempat untuk mencari hidup yang lebih makmur.


Hampir 70 juta orang Cina tinggal di luar negara China (Infografik IMB)

Jumaat, 15 Januari 2016

Kesaksian Steve Saint: Bagaimana Saya Dapat Mengampuni dan Mengasihi Mincaye Serta Orang-Orang Waodani

Steve Saint (kiri) bersama dengan Mincaye, pahlawan Waodani yang telah membunuh ayahnya

Hai, nama saya Steve Saint. 60 tahun yang lalu, tepat masa ini, Tuhan telah memulakan sebuah kisah yang sangat-sangat membawa kesan dalam hidup saya dan juga dalam hidup 4 keluarga lain, dan beratus ribu orang yang lain di sekeliling dunia.

Khamis, 24 Disember 2015

Bagaimana Kedatangan Kristian Telah Menyelamatkan Satu Bangsa Di Sarawak Dari Terpupus


Oleh Johannan Sim (Cilisos.com):

Selain daripada tema Krismas mengenai sukacita, pengampunan dan penebusan, Alkitab juga menyatakan bahawa Yesus Kristus telah datang ke dunia untuk mencari dan menyelamatkan jiwa-jiwa yang tersesat.

Kami tidak akan memberitahu kisah itu dalam artikel ini. Namun begitu kisah ini mengandungi banyak mengenai mencari dan menyelamat. 

Sabtu, 5 September 2015

SIB Bertumbuh Paling Cepat

SIB kini memiliki 300,000 anggota di seluruh negara - Foto Choo Choy Moy

Artikel ini asalnya telah diterbitkan oleh The Malaysian Insider lima tahun yang lalu, pada Mei 2010. Dua tiga hari yang lalu saya perhatikan artikel ini mula dipetik dan disebarkan semula oleh kawan-kawan di Facebook. Berikut ialah terjemahan artikel penulisan Debra Chong mengenai pertumbuhan dan perkembangan Sidang Injil Borneo (SIB);

KUALA LUMPUR, 28 Mei - Gereja Roman Katolik mungkin memiliki pengikut berjumlah sejuta orang, tetapi Sidang Injil Borneo (SIB) adalah gereja yang paling cepat bertumbuh di Malaysia hari ini.   

Jumaat, 21 November 2014

5 Juta Orang Di Sekelling Dunia Terima Kristus Melalui Laman Web Billy Graham

Laman internet PeaceWithGod.net

Laman penginjilan internet yang telah dimulakan oleh Billy Graham Evangelistic Association (BGEA) telah mencapai batu tanda baru hujung minggu lepas apabila orang yang kelima puluh juta menerima Kristus di PeaceWithGod.net

Rabu, 11 Disember 2013

Tonton Bagaimana Agama-Agama Besar Dunia Telah Berkembang Dalam 5,000 Tahun Yang Lepas Dalam Masa 2 Minit




Kisahnya berterusan. Ceritanya masih ditulis. Jiwa-jiwa masih di ambang hidup dan maut.

"Ramai orang masih menunggu di sebalik kepatuhan kita" - David Joannes

Peta ini memberikan pandangan yang menarik bagaimana agama-agama besar dunia telah berkembang dalam tempoh 5,000 tahun yang lepas dalam masa 2 minit.