Datuk Jerry Dusing (kiri), presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah (Gambar fail The Malaysian Insider) |
Mubaligh-mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak telah menyumbang kepada pembangunan negara, sebuah kumpulan gereja Sabah mengatakan untuk membangkang kenyataan negatif Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap penginjil-penginjil.
Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah, Datuk Jerry Dusing berkata pelayanan pekerja misi adalah telus dan berpusat pada tiga perkara, gereja, hospital dan sekolah.
Dia berkata ketiga-tiganya telah terbukti berjaya tanpa sebarang laporan rasuah atau insentif untuk menukar agama ke agama Kristian.
Hadi telah mendakwa bahawa mubaligh-mubaligh Kristian telah datang meneruskan kerja mereka ke Malaysia hanya selepas gagal di Barat.
Dia juga berkata bahawa mereka menyebarkan agama bukan menggunakan pengetahuan dan
hujah berasas, tetapi dengan mengumpan sasaran dengan wang dan bentuk bantuan
lain.
"Orang yang dihimpit kesukaran hidup akan mudah menerima bantuan mereka,
dan akhirnya terpengaruh," kata Hadi.
Kenyataan Hadi telah diterbitkan di Harakah, akhbar Pas.
Dusing menyelar kenyataan Hadi sebagai "palsu dan tidak benar", dan berkata kenyataan ketua parti Islam itu menunjukkan kurang pengetahuannya mengenai ajaran utama Kristian.
Dia berkata orang-orang Kristian percaya bahawa kebebasan untuk memilih kepercayaan, pemikiran dan perasaan baru adalah hak peribadi seseorang.
"Oleh itu, membuat dakwaan bahawa mubaligh-mubaligh Kristian menggunakan wang dan bantuan untuk orang menukar agama ke Kristian adalah sangat tidak bertanggungjawab, sebab pertamanya, amalan seperti ini jelas bertentangan dengan kepercayaan kami.
"Sebagai orang-orang Kristian, menipu dan rasuah, insentif dan paksaan tidak dapat dipertahankan, dan dianggap sebagai dosa," katanya sambil menambah bahawa kenyataan Hadi bertujuan untuk membangkitkan pepecahan keagamaan dan menyebabkan kerenganggan dan kebencian di kalangan masyarakat.
Dusing juga berkata bahawa usaha-usaha mubaligh-mubaligh perintisan di kawasan-kawsasan terpencil hutan Sarawak telah membawa bantuan kesihatan dan pendidikan yang sangat diperlukan kepada suku bangsa Lun Bawang.
"Usaha dan pengorbanan mereka telah menyumbang kepada kelangsungan hidup suku Lun Bawang," kata Dusing.
Dia menambah bahawa dari segi pendidikan, pemimpin-pemimpin ternama negara di pelbagai peringkat masyarakat telah mendapat manfaat daripada sekolah-sekolah misi.
"Jika Datuk Seri Hadi Awang mengambil usaha membaca profail Ketua Menteri kami di laman rasmi kerajaan Sabah, dia akan mendapati bahawa Ketua Menteri kami telah memperoleh pendidikan di sekolah-sekolah misi untuk pendidikan sekolah rendah dan menengahnya."
(Diterjemah daripada artikel The Malaysian Insider bertajuk, "Missionaries Contributed To Nation-Building, Sabah Church Group Tells Hadi" bertarikh 23 Januari 2016)