Memaparkan catatan dengan label Biskop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biskop. Papar semua catatan

Rabu, 12 Februari 2020

Bishop Diosis Anglikan Sabah Ditahbiskan Sebagai Archbishop Provinsi Asia Tenggara


KOTA KINABALU: Bishop Diosis Anglikan Sabah, Right Reverend Datuk Melter Jiki Tais telah dilantik Archbishop ke-6 Gereja Anglikan Provinsi Asia Tenggara di Katedral All Saints di sini pada hari Ahad.

Jumaat, 7 Februari 2020

Bishop Melter J. Tais Akan Dilantik Menjadi Archbishop Gereja Anglikan Provinsi Asia Tenggara Pada 9 Februari 2020


Bishop Melter J. Tais, iaitu bishop Diosis Sabah, akan dilantik sebagai Archbishop Gereja Anglikan Provinsi Asia Tenggara yang ke-6 di suatu kebaktian istimewa di Katedral All Saints, Kota Kinabalu pada 9hb Februari 2020, jam 4 petang. 

Selasa, 5 November 2019

Ketua Biskop Tuding Jari Pada Pemaju Isu Kewarganegaraan Jho Low

Ketua Biskop Chrysostomos II

Ketua gereja Kristian Ortodoks Cyprus dilaporkan menjauhkan diri dari kontroversi pemberian kewarganegaraan kepada Jho Low.

Jumaat, 4 Oktober 2019

Shafie Terima Kunjungan Penasihat Agama Ratu Elizabeth II


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal hari ini menerima kunjungan hormat pemimpin-pemimpin Kristian dari Eropah diketuai Penasihat Agama Kepada Ratu England, Elizabeth II iaitu Uskup Agung Justin Portal Welby.

Selasa, 2 Julai 2019

Sejarah Kebangkitan Karismatik Di Kalangan Anglikan Sabah

Peta 1970 menunjukkan Tongod (dalam bulatan merah)

Ramai Anglikan Sabah hari ini akan menggelarkan diri mereka sebagai "Karismatik"atau "Dipenuhi Roh Kudus." Bagaimanakah identiti ini, yang tidak sejagat dalam Anglikanisme di sekeliling dunia, telah terbentuk dalam Diosis Sabah?

Isnin, 14 Mei 2018

Sarah Mullally - Wanita Pertama Ditabal Sebagai Bishop London

Bishop London yang baru, Sarah Mullally mula menjadi paderi pada 2006

Bekas ketua pegawai kejururawatan, Right Reverend Dame Sarah Mullally telah menjadi wanita pertama ditabal sebagai Bishop London di satu kebaktian yang diadakan di Kathedral St. Paul.

Isnin, 7 Mei 2018

Selasa, 27 Februari 2018

Biskop Besar Berseru Agar Mempunyai Pemahaman Yang Baik Berkenaan Keputusan Mahkamah Persekutuan

Biskop Besar Simon Poh

KUCHING: Biskop Besar Roman Katolik Kuching, Most Reverend Simon Poh mengingatkan orang-orang Kristian bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan kes-kes murtad itu bukanlah sesuatu perkara di mana Gereja bertanding dengan Islam dan berseru untuk pemahaman yang baik berkenaan kes itu.

Rabu, 6 Disember 2017

Santo Nicholas


Santo Nicholas

(15 Mac 270 - 6 Disember 343)

Kisah St Nicholas

Ketiadaan "fakta jelas" sejarah tidak semestinya menjadi penghalang kepada populariti santo-santo, seperti yang ditunjukkan dengan cinta terhadap St Nicholas. Kedua-dua Gereja Barat dan Timur memberi penghormatan kepadanya, dan telah dikatakan bahawa selepas Maria, dia adalah santo yang paling banyak dilukis oleh pelukis-pelukis Kristian. Namun begitu secara sejarah, kita hanya dapat menunjukkan kepada fakta bahawa Nicholas adalah biskop Myra, sebuah kota di Lycia, di wilayah Asia Kecil pada abad keempat.

Jumaat, 24 November 2017

Uskup Sabah Minta Portal Tarik Balik Artikel Gambarkannya Penyokong BN

Uskup Melter Jiki Tais
(Foto Free Malaysia Today)

PORTAL berita berpangkalan di Sabah diminta memohon maaf dan mengeluarkan "artikel rekaan" yang didakwa menggambarkan Uskup Anglikan dan Kristian di Sabah sebagai penyokong Barisan Nasional (BN).

Selasa, 21 November 2017

DBP Bukan Pihak Sepatutnya Terjemah Bible


DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) bukan pihak berkuasa yang sepatutnya menterjemah Bible ke Bahasa Malaysia, kata presiden Majlis Gereja Sabah Bishop Melter Jiki Tais. 

Sabtu, 4 November 2017

Katedral St Mary Terima Kunjungan Kerabat Diraja England


KUALA LUMPUR: Selepas 19 tahun, Cathedral St Mary berdekatan Dataran Merdeka di Jalan Raja di sini Sabtu menerima kunjungan pasangan diraja British.

Putera Charles, Putera Wales dan isteri Camilla, Duchess of Cornwall melawat gereja Anglican ini sebagai sebahagian daripada lawatan sulung tujuh hari mereka ke Malaysia.

Rabu, 20 September 2017

Sabtu, 26 Ogos 2017

Menjelang Merdeka, Gereja Berdoa Untuk Kebebasan Pastor-Pastor dan Aktivis-Aktivis


KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Synod (Majlis) Diosis Anglikan Malaysia Barat menyuarakan kebimbangannya hari ini bahawa Pastor Raymond Koh masih kehilangan tanpa ada perkembangan yang positif.

Isnin, 14 Ogos 2017

Gereja Anglikan Menabalkan Bishop Ke-14 Sarawak dan Brunei

Ng (dua dari kiri) meletakkan Mitre ke atas kepala Danald semasa kebaktian itu
(Foto dari Facebook Mark Nyambang)

KUCHING: Wilayah Anglikan Asia Tenggara telah mentahbiskan dan menabalkan Right Rev Danald Jute sebagai Bishop yang ke-14 Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei, yang dikenali sebagai Diosis Kuching, di Katedral St Thomas di sini semalam. (Foto di atas oleh Mark Nyambang)

Sabtu, 12 Ogos 2017

Diosis Kuching Adakan Upacara Pentahbisan Dan Pertabalan Bishop Diosis Ke-14 Esok

Bakal Bishop, Rev Danald Jute dengan isteri, Julita Jack Sunggul

KUCHING: Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei yang dikenali sebagai Diosis Kuching akan mengadakan Upacara Pentahbisan dan Pertabalan untuk Bishop Diosis Ke-14 esok

Khamis, 27 Julai 2017

Bolly Lapok Bersara Selepas Satu Dekad Sebagai Bishop

Jamal (ketiga dari kanan), Ramdan (kedua dari kiri), Umpie (kiri) dan lain-lain
bersama Bolly (tiga dari kiri) di majlis makan perpisahan 

SIBU: Parochial Church Council (Majlis Kawasan Gereja) Gereja Anglikan St. John mengucapkan selamat tinggal kepada Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Darusalam, Right Reverend Datuk Bolly Lapok, dengan majlis makan malam di Restoran Sheraton di sini baru-baru ini. 

Jumaat, 7 Julai 2017

Biskop Baru Diumumkan Di Kepulauan Borneo


Reverend Danald Jute telah dilantik sebagai Biskop ke-14 Diosis Kuching, ibu negeri Sarawak di Kepulauan Borneo. Penyerahan dan penetapan Rev Danald akan dilaksanakan bulan depan di Gereja St Thomas di Kuching.

Selasa, 13 Disember 2016

Biskop Bolly Lapok Menerima Penganugerahan Sultan Dengan Berpakaian Keagamaan

Sultan Sharafuddin berbicara dengan Biskop Bolly selepas majlis penganugerahan

KELANG: Menghormati semua agama adalah penting bagi Pemerintah Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Khamis, 21 April 2016

Biskop-Biskop Anglikan Mahu Tindakan Ke Atas Penceramah Islam Yang Didakwa Menyamar Sebagai Bekas Paderi

 Ng berkata bahawa penyampaian maklumat salah mengenai latar belakang Ayub dalam poster
promosi menunjukkan niat "jahat" di pihak penderamah itu (Foto Malay Mail/Choo Choy May)

KUALA LUMPUR, 21 April - Tiga daripada biskop Anglikan paling senior di Malaysia mahu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap sarjana Islam yang juga pemenang anugerah, Ayub Abdul Rahman yang didakwa mereka memberi ceramah kepada orang-orang awam dengan menyamar secara palsu sebagai bekas paderi daripada gereja mereka.