Jumaat, 7 Februari 2020

Bishop Melter J. Tais Akan Dilantik Menjadi Archbishop Gereja Anglikan Provinsi Asia Tenggara Pada 9 Februari 2020


Bishop Melter J. Tais, iaitu bishop Diosis Sabah, akan dilantik sebagai Archbishop Gereja Anglikan Provinsi Asia Tenggara yang ke-6 di suatu kebaktian istimewa di Katedral All Saints, Kota Kinabalu pada 9hb Februari 2020, jam 4 petang. 

Bakal Archbisyop Melter akan menjadi orang Bumiputera Sabah yang pertama yang melayani dalam jawatan ini. Sila sebarkan berita ini dan datanglah untuk menyertai kebaktian bersejarah ini!

(Anda juga boleh mengikuti upacara kebaktian itu melalui siaran langsung di laman Facebook Anglican Diocese of Sabah pada 4 petang, 9 Februari 2020).