Becket Cook tahu dari usia yang muda bahawa dia tertarik pada lelaki. Dan sambil dia membesar dan mengejar impiannya sebagai pereka set fashion di Los Angeles, dia juga terjun ke dalam gaya hidup gay.
Saya mengasihi dan mengambil berat mengenai orang - dari semua lapisan hidup, orang-orang yang pelbagai kepercayaan, etika, perspektif dan gaya hidup. Saya mengambil berat bahawa kemanusiaan dan setengah-setengah orang dalam kegerejaan Kristian boleh begitu cepat untuk mengasingkan dan mengucilkan mereka yang berbeza daripada mereka; mereka yang hidup berbeza, fikir berbeza, cakap berbeza.
Kenyataan Gereja Hillsong oleh Senior Pastor Brian Houston
Ogos 2015
Saya ingin membetulkan laporan-laporan bahawa Gereja Hillsong mempunyai "satu pasangan yang mengaku secara terbuka hubungan sejenis (gay) dan memimpin koir" di gereja kami di Bandaraya New York. Pendirian Hillsong mengenai homoseks dan perkahwinan sejenis tidak pernah berubah dan konsisten dengan Alkitab. Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, saya percaya bahawa ajaran Paulus adalah jelas mengenai perkara ini. Beberapa bulan yang lalu, apabila salah seorang daripada pemimpin koir kami membuat satu kenyataan umum yang tidak disangka mengenai pertunangannya dengan seorang lelaki yang kadangkala menyanyi dalam koir, ianya juga adalah kejutan yang sesungguhnya kepada kami juga. Saya telah difahamkan bahawa mereka tidak lagi terlibat dalam kepimpinan aktif atau dalam peranan pelayanan sejak masa itu. Dengan mengatakan itu, kami masih mengasihi mereka dan mengakui bahawa mereka - seperti setiap kita - adalah dalam satu perjalanan, dan peranan kami sebagai satu gereja ialah membantu mereka dalam perjalanan ini dengan kasih karunia dan belas kasihan.