Saya mengasihi dan mengambil berat mengenai orang - dari semua lapisan hidup, orang-orang yang pelbagai kepercayaan, etika, perspektif dan gaya hidup. Saya mengambil berat bahawa kemanusiaan dan setengah-setengah orang dalam kegerejaan Kristian boleh begitu cepat untuk mengasingkan dan mengucilkan mereka yang berbeza daripada mereka; mereka yang hidup berbeza, fikir berbeza, cakap berbeza.
Saya juga hidup mengikut kepercayaan diri saya, dan berpegang kepada pandangan tradisi Kristian mengenai gaya hidup sejenis dan perkahwinan sejenis. Saya percaya bahawa Firman Tuhan jelas menyatakan bahawa perkahwinan adalah di antara seorang lelaki dan seorang wanita. Penulisan Rasul Paulus dalam Alkitab berkenaan topik homoseks juga adalah jelas, seperti yang telah saya sebut dalam beberapa kenyataan umum sebelum ini.
Gereja Hillsong mengalu-alukan kedatangan SEMUA orang tetapi tidak menyokong semua jenis gaya hidup. Secara jelas, kami tidak menyokong gaya hidup sejenis dan oleh kerana itu kami tidak akan secara sedar meletakkan orang-orang yang mempunyai hubungan sejenis dalam kedudukan kepimpinan, samada yang digaji ataupun tidak digaji. Saya sedar bahawa kenyataan ini saja akan tidak menyenangkan orang di kedua-dua pihak perbincangan ini, yang menunjukkan betapa kompleksnya isu ini bagi gereja-gereja di sekeliling dunia.
Saya mengasihi dan menerima orang secara peribadi dan jika saya tinggal berjiran dengan sepasang pasangan gay, saya akan melayani mereka dengan kemesraan yang sama seperti jiran-jiran yang lain sebab - jangat terkejut - bukan semua jiran-jiran saya mempunyai pegangan seperti saya. Semua orang berhak mencari kebahagiaan. Saya mungkin sama sekali tidak setuju dengan anda mengenai apa yang benar-benar dapat memberi kebahagiaan kepada manusia, dan saya akan sentiasa mengajar dan berkhutbah mengikut kepercayaan peribadi saya dan pengajaran Firman, tetapi saya tidak boleh membuat pilihan untuk orang lain - dan secara jujur, saya tidak mahu melakukan itu. Itu bukan tugas saya. Tuhan sendiri telah mencipta kemanusiaan dengan pilihan bebas.
Dunia barat kelihatannya sedang bergerak pantas ke arah mengesahkan perkahwinan sejenis, jadi bagaimanakah itu mengesankan kita sebagai satu gereja, dan bagaimanakah kesannya kepada pelbagai individu anggota Gereja Hillsong? Saya percaya kita masih dapat berfungsi dengan selesa dalam suasana ini, dengan anggapan bahawa kita tidak dipaksa melalui perundangan untuk berkompromi akan kepercayaan kita. Perkahwinan sejenis sudah pun dijadikan sah secara undang-undang di banyak tempat di mana Hillsong wujud, dan kami masih berfungsi dengan baik dan tanpa halangan.
Semua orang dialu-alukan di Gereja Hillsong kecuali pemangsa seks yang diketahui, mereka yang membuat kekacauan. atau mereka yang memiliki agenda permusuhan.
Jadi jika anda adalah gay, adakah anda dialu-alukan di Gereja Hillsong? Tentu saja! Anda dialu-alukan untuk hadir, menyembah bersama kami, dan mengambil bahagian sebagai anggota yang berkumpul. dengan keyakinan bahawa anda diterima secara peribadi dalam komuniti kami. Tetapi (dan di sini ianya mula bersifat tidak menyenangkan) bolehkah anda mengambil peranan kepimpinan secara aktif? Tidak boleh.
Bukan semua orang akan gembira dengan ini dan kepada sebahagian orang pendekatan ini mungkin dilihat sebagai perbuatan yang munafik. Kami ialah gereja yang mengalu-alukan orang-orang gay, tetapi kami bukan gereja yang menyokong gaya hidup gay.
Saya mulakan perbualan ini dengan, "Saya mengasihi dan mengambil berat mengenai orang - dari semua lapisan hidup, orang-orang yang pelbagai kepercayaan, etika, perspektif dan gaya hidup. Saya mengambil berat bahawa kemanusiaan dan setengah-setengah orang dalam kegerejaan Kristian boleh begitu cepat untuk mengasingkan dan mengucilkan mereka yang berbeza daripada mereka; mereka yang hidup beza, fikir beza, kata berbeza." Saya dan Bobbie menaiki lif hari ini bersama seorang wanita Arab Saudi yang berpakaian Islam. Kami berbuai-bual dalam beberapa ketika itu, dan dari wajahnya terpancar satu senyuman paling mesra. Bila dia meninggalkan kami, kami berkata satu dengan lain, "Seorang wanita yang baik." Adakah itu bererti saya sekarang mendukung agamanya? Jawabnya tidak, tetapi jika dia adalah jiran saya, saya pasti akan menjemputnya ke rumah minum teh, atau memberikan pertolongan jika dia memerlukannya.
Saya mengambil berat mengenai orang dan ya, saya ada kawan-kawan gay. Yesus mempunyai ramai kawan-kawan yang membuat orang-orang agama marah dan menyebabkan-Nya dikutuk ramai. Dia menerima seorang yang berdosa dan rendah hati, dan mengutuk orang Farisi yang menganggap dirinya benar. Dia juga akan lakukan yang sama jika waktunya di bumi adalah semasa generasi ini, berhadapan dengan isu-isu sosial yang kita hadapi dan terpaksa tangani hari ini.
Jika Allah ingin menghakimi dunia, Dia pasti sudah menghantarkan seorang hakim. Tetapi Dia tidak melakukan itu. Dia ingin menyelamatkan dunia oleh itu Dia menghantar seorang Juruselamat. Yohanes 3:17.
Dengan kasih,
Brian
(Diterjemah daripada artikel Hillsong bertajuk "Do I Love Gay People?" penulisan Brian Houston bertarikh 4 Ogos 2015)
Saya mengambil berat mengenai orang dan ya, saya ada kawan-kawan gay. Yesus mempunyai ramai kawan-kawan yang membuat orang-orang agama marah dan menyebabkan-Nya dikutuk ramai. Dia menerima seorang yang berdosa dan rendah hati, dan mengutuk orang Farisi yang menganggap dirinya benar. Dia juga akan lakukan yang sama jika waktunya di bumi adalah semasa generasi ini, berhadapan dengan isu-isu sosial yang kita hadapi dan terpaksa tangani hari ini.
Jika Allah ingin menghakimi dunia, Dia pasti sudah menghantarkan seorang hakim. Tetapi Dia tidak melakukan itu. Dia ingin menyelamatkan dunia oleh itu Dia menghantar seorang Juruselamat. Yohanes 3:17.
Dengan kasih,
Brian
(Diterjemah daripada artikel Hillsong bertajuk "Do I Love Gay People?" penulisan Brian Houston bertarikh 4 Ogos 2015)