Dewan sesak dengan kehadiran peserta sementara siaran
langsung acara tersebut pula mencatatkan sekitar 2,500 tontonan, sekali gus
membolehkan penyertaan yang lebih luas.
Konferensi yang bertemakan “Connected” itu berlangsung
selama tiga hari, bermula 1 hingga 3 September, dengan pelbagai aktiviti
kerohanian dan Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR).
Pengerusi PMM SIB Sabah, Pta. Hallsen Justin, berkata
konferensi tersebut bertujuan melengkapkan generasi muda sebagai pemimpin
rohani yang mampu membawa perubahan kepada keluarga, gereja dan komuniti.
“Generasi muda bukan sahaja perlu aktif di gereja, tetapi
juga perlu teguh dalam iman, berintegriti dan berupaya memimpin transformasi,”
katanya.
Beliau menambah: “Anak-anak muda, kitalah generasi yang
sedang disiapkan untuk menjadi pempengaruh Kerajaan Tuhan atau Kingdom
Influencer.”
Presiden SIB Sabah, Rev. Dr. Sintoh Yusuf, menjelaskan tema
“Connected” yang berpaksikan Injil Yohanes 15:1-8 itu menekankan hubungan yang
berterusan dengan Kristus.
Ujar beliau, hubungan dengan Kristus tidak patut dicari
hanya pada waktu kita memerlukan pertolongan, sebaliknya harus menjadi dasar
kehidupan seharian yang membawa kepada perubahan serta pendewasaan rohani.
“Pemuda-pemudi bukan sahaja perlu dikenali melalui pelayanan
mereka, tetapi juga melalui kehidupan yang berakar dalam Kristus,” ujarnya.
Konferensi itu diteruskan sehingga 3 September dengan
pengisian yang memberi penekanan kepada hubungan dengan Kristus, pembentukan
rohani dan panggilan generasi muda.
